CERMIN diri. Perkataan tersebut cukup popular dan menjadi perbualan hangat sehari dua ini.Ini mengambarkan kemelut dalam PKR antara Anwar dan Azmin sukar ditutup dengan nyiru
Perkataan yang walaupun pendek tetapi membawa pengertian luas daripada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Ia sebagai reaksi balas kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu meletakkan jawatan sekiranya video intim yang dikaitkan dengan lelaki mirip Timbalan Presiden PKR tersebut disahkan benar.
Ia sekali gus membawa 1,001 maksud tersendiri dalam menggambarkan bagaimana keretakan di dalam PKR sudah tidak dapat disembunyikan lagi.
Sebelum ini, kita hanya mendengar sahaja cakap-cakap kononnya wujud dua kem membabitkan dua pemimpin utama di dalam PKR itu, tetapi ia segera ditepis Anwar dan Mohamed Azmin.
Malah, ‘teguran’ yang diberikan oleh 28 ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan Ahli Parlimen PKR kepada Presiden parti mereka itu seolah-oleh memberi isyarat jelas bahawa kem Mohamed Azmin kini sudah bersedia bangkit pada bila-bila masa untuk ‘bertembung’ jika berlaku sesuatu terhadap Ahli Parlimen Gombak itu.
Mohamed Azmin yang digambarkan sebagai ‘mr. cool’ sebelum ini jarang melatah dalam apa jua isu yang dikaitkan terhadapnya, namun apabila bekas Menteri Besar Selangor itu bersuara meskipun dengan hanya menyuruh Anwar ‘cermin diri’ ia membawa maksud besar kepada perkembangan politik PKR selepas ini.
Kini kewujudan dua kem di dalam PKR sudah bukan lagi rahsia dan terserahlah kepada kebijaksanaan Anwar untuk menyelesaikan masalah ini dan mengukuhkan kembali parti.
Meskipun Anwar dalam masa sama menegaskan beliau mempunyai cukup sokongan untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri apabila tiba masanya nanti, namun situasi semasa menunjukkan sebaliknya.
Sejak PKR ditubuhkan lebih 20 tahun lalu, situasi yang berlaku kali ini dilihat paling getir dengan membabitkan pertembungan Presiden dan Timbalannya iaitu perkara yang tidak pernah lagi terjadi di dalam parti itu selama ini.
Situasi tersebut perlu segera diselesaikan kerana perkara paling penting sekarang adalah rakyat ingin melihat sesuatu yang dilakukan oleh kerajaan untuk kebajikan rakyat setelah setahun memerintah. Dan bukannya dihidangkan dengan politik rebutan kuasa sepanjang masa. Rakyat sudah bosan serta meluat apa yang sedang dan akan berlaku.
Itu baru PKR, yang sebenarnya perkara yang sama juga wujud dalam PPBM (Bersatu). Tetapi buat Bersatu ia masih lagi di peringkat ‘arus di dasar’ (undercurrent) dan belum lagi meletus seperti yang berlaku sekarang kepada PKR.
Sebagai contoh isu tidak sehaluan kepimpinan Bersatu antara Tun Mahathir sebagai Pengerusi dengan Tan Sri Mahayuddin sebagai Presiden dalam isu perlantikan Menteri Besar Johor dan Pengerusi Perhubungan Bersatu negeri Johor. Tak perlu kita ulas isu ini dengan lebih panjang lebar lagi, yang pentingnya untuk menyatakan kepada rakyat bahawa Bersatu tidak terkecuali dalam politik rebut kuasa. Ia memberi kesan kepada kemampuan kerajaan PH walaupun mempunyai Perdana Menteri Melayu untuk memperjuangkan nasib orang Melayu.
Yang menyedihkan pertelagahan dalam PH ini ia hanya berlaku terhadap kepimpinan Melayu sahaja dan tidak kepada kepimpinan bukan Melayu. Malah kepimpinan bukan Melayu dalam PH masih kekal teguh dan utuh.
Tidak hairanlah mengapa DAP sebuah parti cauvanis Cina mampu menguasai PH. Walaupun PKR parti berbilang kaum didominasi Melayu mempunyai kerusi terbanyak namun ia gagal menguasai PH kerana mempunyai nawaitu atau .niat yang salah kerana mengamalkan politik gila kuasa yang menjurus kepada perpecahan dikalangan mereka.
Bagi Bersatu pula, sebuah parti nyamok dalam PH yang ingin menjadi burung garuda yang hebat kerana gila kuasa. Pemimpin utama mereka sanggup diperalatkan DAP dengan diberi talian hayat dengan jawatan Perdana Menteri yang dikawal sepenuhnya untuk memecahbelakan Melayu di bawah agenda DAP “use Malay to kill Malay”.
Kesimpulannya kebosanan dan kemeluatan orang Melayu terhadap kepimpinan Melayu dalam PH ada asasnya. Perbalahan mereka bukan sahaja melemahkan suara mereka untuk membela nasib orang Melayu setelah setahun memerintah, malah ia terus mengekecewakan orang Melayu yang tertipu dengan manifesto mereka pada PRU ke 14 yang lepas.
No comments:
Post a Comment