Monday, 22 July 2019

MAHATHIR DAN HAMID BADOR HARUS BERHENTI MEMPERBODOHKAN RAKYAT


Seperti yang sudah dijangkakan, Ketua Polis Negara (KPN) Abdul Hamid Bador mengisytiharkan bahawa video sex perhubungan sejenis yang meletup melibatkan Menteri Ekonomi adalah tulen, tetapi identiti dua orang dalam klip video tersebut tidak dikenalpasti. Ia sudah tentu merupakan kejutan besar seandainya pegawai kanan polis itu mengatakan identiti dua orang itu telah secara positif dikenalpasti, ini akan secara langsung bertentangan dengan rumusan Mahathir.
KPN sepatutnya menghantar klip video ke Amerika Syarikat (AS) untuk dikenalpasti. Seandainya ia diluar belanjawan PDRM, Negara China juga mampu menawarkan perkhidmatan tersebut. Sebuah syarikat produk dan analysis negara China yang dikenali “Hikvision” merupakan sebahagaian daripada sistem analysis negara China di mana perisian pengecaman raut muka telah banyak memberi khidmat kepada  1.4-bilion rakyat negara itu. Malah A.S. dan United Kingdom menggunakan peralatan yang sama daripada negara tersebut.
Kamera daripada Hikvision boleh mengeluarkan bukan sahaja pengimejan yang jelas, imej warna dalam kedaan kabus dan hampir kepada kegelapan, tetapi juga mempunyai teknologi A1. Walaupun video seks hubungan sejenis yang disiasat sekarag tidak dirakamkan menggunakan Hikvision, secara kebetulan syarikat itu mempunyai perisian untuk mengenalpasti sekiranya kedua orang itu di klip resolusi yang rendah mampu mengenalpast bahawa mereka adalah Azmin Ali dan Muhammad Haziq Abdul Aziz.
Sebab  Haziq sudah mengaku bahawa dia merupakan salah seorang di dalam klip video tersebut, tidak sukar untuk menganalisa ketulenan orang seorang lagi, yang mana Haziq dakwa sebagai pasangan seks Azmin. Apa yang perisian pengecaman muka perlu lakukan untuk membentuk keupayaan dan penuh kepercayaan untuk dipadankan dengan Haziq dengan ketepatan yang tinggi. Kemudia individu seorang lagi boleh dipadankan bersetentangan dengan Azmin Ali.
Untuk itu, pihak polis hanya bergantung kepada Cybersecurity Malaysia tempatan untuk melaksanakan verifikasi klip video tersebu amat melucukan. Untuk mengelakkan PDRM di bawah kepimpinan yang baru Abdul Hamid Bador daripada di label sebagai anjing Perdana Menteri Mahathir Mohamad, klip video the homoseksual harus dihantar kepada kedua-dua negara China and A.S. untuk dianalysa ketulenan selanjutnya.
Malangnya , kedua-duanya iaitu Perdana Menteri Mahathir dan KPN Bador dilihat gagal menangani skandal seks hubungan sejenis itu dengan penuh professionalisme dan integriti yang melibatkan Azmin, budak kesayangan Mahathir. Beliau telah mempamirkan sikap berat sebelah apabila menyatakan bahawa Azmin tidak bersalah dan klip video itu adalah palsu  – malah ia dinyatakan sebelumpihak polis memulakan proses siasatan tentang ketulenan video tersebut.
Kenyataan perdana menteri yang berumur 94-tahun itu pada dasarnya telah memusnahkan keboleh kepercayaan atau kredential KPN Bador, yang telah dilantik berdasrakan hanya kesetiaan yang membabi buta terhadap Mahathir. Ia telah membuatkan ketua polis itu serba salah  – malah dijadikan sebagai alat politik memandangkan dia tidak mungkin akan mengengkari kehendakbossnya. Dengan kepura-puraan bahawa pihak polis tidak dapat mengenalpasti siapa bintang porno dalam video seks hubungan sejenis tersebut, tetapi boleh mengesahkan ia 100% “bukan Azmin Ali”.
Hari ini bukan tahun 1998. Mahathir dan KPN harus berhenti memperbodohkan rakyat. Perdana menteri harus menjelaskan mengapa “Anwar sebagai homosekstidak diterima pada tahun 1998 tetapi Azmin sebagai homosekdialukan pada tahun  2019 boleh diterima.. Ahh, kata Mahathir – “Saya lihat ini sebagai satu langkah politik, bukan disebabkan jenayah. Jenayahnya ialah terdapat pakatan untuk menjatuhkan  Azmin.”
Mengikut lojik Mahathir, adakah dia mengaku bahawa satu jenayah telah dilakukan oleh dirinya sendiri berbalik pada tahun 1998 apabila dia menjatuhkan Anwar Ibrahim mengunakan modus operandi yang sama? Dengan itu, berbalik semula dalam tahun 1998, tidak ada klip video seks apabila bekas Timbalan Perdana Menteri  Anwar telah dipecat kerana meliwati pemandu isterinya , Azizan Abu Bakar. Adakah itu bukan langkah politik ke ketika itu?
Mungkin Dr Mahathir harus menjelaskan kepada rakyat perbezaan antara aktiviti homoseks yang dilakukan oleh kedua-dua Anwar dan Azmin sehingga perdana menteri yakin dengan sepenuhnya tentang kegiatan tambahan Azmin itu adalah “halal” (dibenarkan) teapi Anwar adalah “haram” (dilarang). Keduanya sama ada meliwat atau yang diliwat oleh pasangan lelaki mereka adalah tetap menjadi satu kesalahan jenayah,, adakah tidak begitu?
Ia tidak membantu dalam keadaan sekarang apabila pegawai tinggi polis Abdul Hamid Bador menawarkan satu kenyataan yang bercampur aduk dengan kenyataan politik  – bahawa penyiasatan polis terhadap perkara tersebut menunjukkan kewujudan satu  “konspirasi jahatdidalangi oleh seorang pemimpin parti politik dengan bertujuan untuk memalukan reputasi individu tertentu (Azmin Ali). Ini bukan merupakan satu tugas hakiki polis untuk membuat penghakiman. Tugas polis sepatunya hanya menyiasat sahaja, bukannya menjadi hakim.
Sejauh yang diketahui tentang video seks hubungan sejenis itu, kedua-dua – Haziq dan Azmin – telah melakukan perlakuan homoseks, yang merupakan satu jenayah yang boleh dihukum kepada  20-tahun penjara dan sebatan. Walaupun Mahathir tidak suka kepada fakta bahawa Haziq yang tidak tahu malu itu mengakui bahawa dia merupakan salah seorang daripada dua orang dalam video seks itu, ini tidak bermakna ia memberi Perdana Menteri dan pihak polis hak untuk mendiskriminasi hanya Haziq.
Sementara Haziq masih lagi ditahan atas perintah reman 6-hari, Menteri Ekonomi  Azmin Ali dilihat sebagai dilindungi oleh pihak berkuasa, atau sekurang-kurangnya tanggapan umum ialah bahawa Perdana Menteri yang penuh kuasa telah memberi arahan kepada pihak polis untuk meletakkan semua kesalahan atas Haziq sementara  Azmin telah digambarkan sebagai seekor kambing yang tidak bersalah.
Tunggu seminit. Adakah kita yakin orang yang satu lagi dalam klip itu adalah  Azmin Ali? Terdapat hanya ada satu cara untuk memastikannya – hantar klip video itu ke  A.S. atau negara China untuk dikenalpasti. Tetapi tanpa menyedarinya, Azmin secara tidak langsung telah mengaku dalam klip video itu adalah dia. Pada Rabu (Julai 17 2019), Anwar Ibrahim mencadangkan supaya Azmin meletakkan jawatan sekiranya dia secara muktamat dikenalpasti sebagai salah seorang di dalam video seks yang telah di tular baru-baru ini.
Tanpa berfikir dengan lebih bijaksana, Azmin Ali bertindak balas dengan pantas sepert kilat terhadap bossnya Anwar Ibrahim, dengan menyatakan kepada Presiden PKR itu bahawa beliau harus lihat kepada orang di cermin.
Ketika bekas Perdana Menteri Najib Razak telah dikutuk kononnya mencuri wang daripada dana 1MDB, dia hanya bertidak balas sekali dan mencadangkan bahawa Mahathir juga telah mencuri wang semasa menjadi Perdana Menteri ke 4 selama 22 tahun. Oleh itu ini bermakna dalam pepatah bahasa Inggeris ia bermaksud, it takes a crook to recognize another crook.
Dengan jelas, kebodohan Azmin bertindak balas boleh diterjemahkan sebagai memberitahu Anwar memandangkan keduanya adalah homosektual (atau  heterosektual), sebagai PM-dalam-menunggu, Anwar tidak mempunyai sebarang hak untuk menasihati dia tentang meletakkan jawatan. Bagaimanapun, Azmin telah lupa bahawa Anwar, disebalik laungan beliau terhadap pendakwaan politik atau pendakwaan terpilih, pernah dihukum oleh undang-undang dan telah dipenjarakan. Tetapi malahan Azmin tidak pernah ditahan, mahupun didakwa terlibat dalam kes seks luar tabii.
Suka atau tidak, Anwar adalah betul menyarankan agar Azmin harus letak jawatan  – sekiranya terbukti  bahawa sesungguhnya Menteri Ekonomi itu terperangkap dalam video seks hubungan sejenis itu. Hakikatnya Anwar tidak kata bahawa Azmin harus meletak jawatan serta merta. Keengganan Azmin untuk meletakkan jawatan seandainya didapati kedua-dua lelaki dalam klip video merupakan dia dan Haziq dan mungkin dia akan mengheret bukan sahaja PKR, tetapi juga menjatuhkan kerajaan PH keseluruhannya.
Mungkin itu mengapa Azmin Ali berazam untuk lakukan – untuk mengheret Anwar dan setiap orang bersama dengan dia sekiranya budak kesayangan Mahathir yang pentingkan diri sendiri itu dipaksa untuk meletakkan jawatan. Untuk kebaikan gabungan PH, Azmin yang gila kuasa harus berfikir dua kali sebelum mengiytiharkan perang nuklear.
Sebagai contoh, sila lihat skandal sek bekas Presiden MCA Datuk Chua Soi Lek. Tiba-tiba beliau, yang terlibat dalam skandal seks, dilihat sebagai seorang Malaikat.
Di sebalik keputusan sebelum ini untuk tidak meletakkan jawatan , Datuk Chua Soi Lek meletakkan jawatan-jawatan sebagai Menteri Kesihatan, Naib Presiden MCA, Ketua MCA Johor dan Ahli Parlimen Labis pada Januari 2, 2008. Sebagaimana dibandingkan dengan Azmin Ali, Datuk Chua meletakkan jawatan dengan maruah setelah mengadakan sidang media di Labis, Johor, di mana beliau mengaku sebagai orang dalam DVD seks yang tular di seluruh negeri Johorquit with honour after he held a press conference in Labis, Johor, where he admitted to being the man in the sex DVDs circulating in the state of Johor.
Jelas dan nyata , dua DVD yang ditunjukkan oleh Datuk Chua Soi Lek melakukan hubungan seks dengan seorang perempuan yang dikatakan sebagai seorang “rakan peribadi”. Diperolok-olokan dan dihina sebagai “pelakun seks”, Datuk Chua mendakwa dia telah dikhianati oleh rakan dia sendiri – Wee Ka Siong dan Liow Tiong Lai. Hotel empat bintang dikenali Hotel Katerina di bandar Batu Pahat yang tenang merupakan hotel di mana Datuk Chua melakukan hubungan seks dengan seorang wanita muda.
Kesilapan Chua adalah melakukan hubungan seks terhadap rakan wanitabeliau – Ms Angela Yam – di hotel yang sama dalam bilik yang sama demi keselesaan. Empat kamera tersembunyi dalam bilik merakamkan dia mengadakan hubungan seks tanpa pengetahuan beliau. Apabila tertangkap dengan seluarnya terlondeh dia mengambil tanggungjawab dan membuat pengakuan tentang dirinya dan memohon maaf dan apabila itu gagal dia meletakkan jawatan.
Tidak seperti Azmin, Datuk Chua tidak melemparkan kemarahan dan menangis seperti bayi dan menuduh orang lain kecuali dirinya sendiri. Secara ajaibnya, Datuk Chua kembali semula 2 tahun kemudian dan muncul dengan kemenangan sebagai presiden MCA pada tahun 2010. Ya, dia tidak melakukan seks luar tabii atau semburit atau liwat dengan lelaki lain, tetapi melakukan seks mengikut tabiidengan wanita lain dan namun itu, dia meletakkan jawatan sebagai seorang yang bermaruah.
Namun Mahathir telah melakukan banyak kerosakkan daripada kebaikkan kepada negara dengan cubaan yang menjijikan, iaitu cuba untuk melindungi Azmin Ali yang terlibat dalam jenayah moral iaitu hubungan seks luar tabii yang juga merupakan satu kesalahan jenayah dalam undang-undang negara ini.


No comments:

Post a Comment