Dua insiden mengecewakan Kartel Mahathir - Azmin dalam masa sebulan ini. Pertama, mereka kecewa kerana usaha mereka meletakkan Azmin sebagai calon Perdana Menteri menggantikan Mahathir gagal, akibat munculnya video seks luar tabii 11 Jun lepas.
Manakala kekecewaan kedua adalah apabila YB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kembali menjalankan tugas Presiden pada 30hb Jun lalu. Gagallah usaha pihak tertentu untuk menjayakan Kerajaan Perpaduan Ummah bersama Mahathir tanpa Dato' Sri Najib dan Datuk Seri Zahid.
Hari ini nampaknya Kartel Mahathir-Azmin yang semakin terdesak kerana menyedari akan kehilangan kuasa tidak lama lagi, melakukan serangan balas terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid. Satu akuan bersumpah palsu telah dikeluarkan kononnya Datuk Seri Zahid menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke 8.
Jentera Barisan Nasional harus bersiap sedia untuk menghadapi lebih banyak lagi serangan yang akan bertali-arus sehinggalah parlimen dibubarkan tidak lama lagi. Apa yang pasti, Presiden UMNO telah menegaskan bahawa UMNO tidak akan memberikan Nyawa kepada Tun Mahathir dengan membubarkan UMNO atau menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti dalam Pakatan Harapan. Bila rakyat sudah hilang harapan dengan Pakatan, jangan sampai ada pula dikalangan kita memberikan harapan baru kepada mereka. Jangan khianati rakyat!
No comments:
Post a Comment