Wednesday 13 June 2018

APABILA MELAYU TERLUPA MENJADI MELAYU

Anak Tanah Melayu

1. Keputusan PRU 14 akan menjadi diskusi demi diskusi yang tiada punya jawapan yang diinginkan. Namun yang pasti ia adalah pemangkin malapetaka yang membawa kepada kemusnahan  bangsa Melayu  di negara ini buat selamanya.

2. Bukan kerana ia menepati dakwaaan kononnya ia membawa angin perubahan Malaysia Baru dengan takrifan songsang kepada konsep ‘Baru’ itu tetapi lebih daripada itu kerana Melayu sudah lupa untuk menjadi Melayu.

3. Melayu jelas tidak mampu untuk menyedari bahawa mereka telah dipermainkan oleh kaum lain sehinggakan mereka layu dan kaku lalu gagal bertindak atas batas batas semangat Melayu mereka. Melayu telah terpedaya bahawa dengan bersikap tidak Melayu menunjukkan kematangan dan betapa liberalnya Mereka.

4. Jelas Melayu telah diperbodohkan dan setiap kali mereka mahu bertindak sebagai Melayu, mereka akan dilabel sebagai rasis. Dengan itu Melayu tidak dibenar untuk terus menjadi Melayu.

5. Begitu bijak Melayu ditipu oleh bukan Melayu di Tanah Melayu. Melayu masih tidak mampu mempunyai jati diri yang jitu lalu sering beranggapan bahawa bukan Melayu itu lebih hebat daripada mereka. Melayu berbangga bergaduh sesama Melayu tetapi bertuankan bukan Melayu.

6. Siapakah rasis sebenarnya? Adakah Melayu yang telah menunjukkan bukti untuk lari dari kecenderungan membuat pilihan berdasarkan kepentingan bangsa sendiri dalam PRU 14? Melayu mengundi dengan terlupa bahawa mereka itu Melayu dan akhirnya Melayu jadi terbelah dan terpecah.

7. Namun kaum Cina tidak langsung berganjak daripada kesepakatan perkauman mereka hingga mereka bersatu hati untuk memberi undi mereka kepada PH. Bagi Cina, dimana DAP berada disitulah mereka akan berpijak. Bukankah ini menunjukkan bahawa kaum Cina adalah bangsa yang jelas mempunyai sifat rasisme yang begitu mendalam?

8. Melayu tertipu dengan perancangan cina untuk mengajar Melayu memusuhi sesama Melayu.

9. Sehingga hari ini pun Melayu diajar bahawa apa salahnya kaum Cina memegang jawatan penting dalam kerajaan jika mereka mampu melaksanakan tugas itu. Jelas asuhan Cina terhadap bangsa Melayu sudah berjaya pada hari ini.Melayu membiar Cina menjadi tuan kepada bangsa kita.

10. Selamat malam wahai Melayu. Tidur anak cucu kita nanti pasti tidak senyenyak dahulu.
Nasi sudah menjadi bubur.

Melayu memang telah menang. Malangnya Melayu telah menang sorak tetapi kampung kita yang telah tergadai.

2 Comments
Sort by
Add a comment...

 
Malay in kelantan and terengganu also reject Bn. And its because najib forgot his roots.
The latest pipeline scandal may implicate china gshmen for graft as no job done in sabah yet. Not even gas purchase agreement. Yet 80% of money disbursed to contractor. Sounds familiar? Its like the billions sent to wrong ipic account which we have admit guilt by refunding money ipic paid on our behalf.
Like聽路聽Reply聽路聽1d
 
Fairuz Hidayat聽路聽
Yaaawwnn...........
Like聽路聽Reply聽路聽3聽路聽1d
 
Asma Nawi聽路聽
Works at聽Ipoh, Perak
Yawn too...big jargon lacking in content, depth and credibility. Could be copy pasted.
Like聽路聽Reply聽路聽3聽路聽1d
 
Fatehah Ibrahim聽路聽
rahim · 
😪😪😪😪
Like聽路聽Reply聽路聽23h
 
Agenda Melayu screws Melayu telah tercapai(?).
Like聽路聽Reply聽路聽20h

No comments:

Post a Comment