Friday, 1 June 2018

DERMA RAKYAT D ‘EJA’ VU 1998.


Ab Jalil Backer

1. Pada 1998 Perdana Menteri Ke-4 Dato Seri Dr Mahathir Mohamad melancarkan “Dana Untuk Malaysia” oleh Pemuda BN.

2. Dana ini bertujuan agar rakyat bersama kerajaan untuk menyelamatkan negara dari krisis kewangan ketika itu.

3. George Soros adalah antagonis atau penjahat dalam drama 1998. Pasaran saham dan matawang negara jatuh teruk.

4. Dalam krisis kewangan 1997/98, ketika rakyat diminta menyelamatkan negara, Petronas menyelamatkan syarikat Mirzan Mahathir sebanyak sekitar RM1 BILION.

5. Pada tahun tersebut juga Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim dipecat.

6. 20 tahun, pada 2018, sekali lagi pasaran saham sedang menjunam, matawang juga jatuh dan Najib Razak adalah antagonis baharu.

7. Perdana Menteri Ke-7, Tun Mahathir Mohamad (orang yang sama) sekali lagi melancarkan tabung rakyat untuk selamatkan ekonomi negara.

8. Kita tunggulah apa pula hendak difaraid kali ini dan adakah Mahathir akan mensabotaj Anwar Ibrahim sekali lagi?

Source: Ab Jalil Backer

2 Comments
Sort by
 Top
 
Sepandai pandai mahathir melompat........sekali sekala akan terjunam ketanah dan terus mampus
Like · Reply · 2 · 1d
 
Back where we were before. Ini dah jadi movie sequal. kalau dulu boleh salahkan soros tapi skg nak salahkan siapa. Terlampau ghairah untuk mengaibkan dan memfitnah, buat kenyataan tanpa memikirkan kesan-kesannya. Terlajak perahu boleh di tarik balik,(terlajak shinkansen er er jauh sesatnya.) terlajak katakata buruk padahnya, terlajak berjanji tanggung la sendiri. (Lepas ni esei nak pergi bayar zakat fitrah dan bersedekah dgn ustaz zakat tu, tak de nak masuk tabung orang tu de.)
Like · Reply · 1 · 13h

No comments:

Post a Comment