Friday, 29 June 2018

BEKU AKAUN, TINDAKAN ZALIM KERAJAAN PAKATAN YANG DIKUASAI DAP TERHADAP PARTI YANG MEMPERJUANGKAN NASIB BANGSA MELAYU.


Wira Veteran

1. Tindakan membekukan akaun UMNO Selangor dan UMNO Johor membuktikan kezaliman dan sikap jahat kerajaan Pakatan yang dikuasai DAP berterusan ingin mengenakan tekanan terhadap UMNO sebuah parti yang memperjuangkan nasib Bangsa Melayu.

2. Kesabaran orang Melayu ada hadnya, dikuatiri provokasi oleh kerajaan Pakatan ini akan membuat orang Melayu merasa tertindas yang menjurus mereka beramai-ramai turun ke jalanan untuk menuntut hak. 

3. Sekira ini berlaku tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap mereka dijangkan mungkin tidak memberi kesan, kerana maruah bangsa Melayu telah diperkotak katik. Sekiranya sepuluh ditahan mungkin beribu-ribu lagi akan tampil ke hadapan untuk menuntut hak. Akhirnya jadilah negara ini sebuah negara yang tidak aman yang menjurus kepada pertumpahan darah seperti Mei 13 tahun 1969.

4. Adakah ini yang diidamkan oleh kerajaan Pakatan sekarang?

5. Kerajaan Pakatan, SPRM dan PDRM sepatutnya memberi tumpuan untuk memberikan bukti yang kukuh mengenai dakwaan mereka bahawa RM2.6 bilion dicuri daripada 1MDB dan RM42 bilion benar-benar lesap daripada 1MDB, bukannya mengeluarkan kenyataan-kenyataan untuk memainkan persepsi rakyat dan menghukum melalui media.

6. Sepatutnya tugas pihak SPRM dan PDRM adalah untuk mengumpulkan bukti dan menyempurnakan siasatan seterusnya mengangkat hasil siasatan kepada Peguam Negara untuk ditentukan samada bukti-bukti prima facie dan melangkaui keraguan yang munasabah; bukan dijadikan alat permainan persepsi oleh kerajaan sehingga rakyat mempertikaikan integriti mereka dan menjadikan institusi ini bahan jenaka.

7. Dakwaan yang dibuat oleh Pakatan sebelum ini adalah RM2.6 bilion duit 1MDB dicuri oleh Najib Razak. Rakyat mahu tahu adakah ini benar dan jika benar di mana buktinya? Tidak masuk akal jika pihak PDRM dan SPRM tidak mampu menunjukkan bukti-bukti kepada dakwaan ini sedangkan kerajaan hari ini menguasai 1MDB, Kementerian Kewangan, Bank Negara dan semua agensi penyiasatan.

8. Sehingga kini rakyat tidak dapat melihat bukti-bukti yang menunjukkan RM2.6 bilion duit 1MDB dicuri oleh rakyat sebaliknya disajikan dengan drama penggeledahan oleh pihak polis dan kenyataan-kenyataan tidak berintegriti pihak berkuasa.

9. Begitu sukar nampaknya pihak berkuasa membukti kan duit RM2.6 bilion dicuri sehingga terpaksa mencari-cari kesalahan di bawah Akta Anti Penggubahan Wang Haram pula sehingga perlu membekukan akaun UMNO negeri pula.

10. Ikutlah ‘money trail’, buktikan RM2.6 benar-benar dicuri daripada 1MDB. SPRM dan PDRM perlu menghentikan permainan wayang persepsi ini dan mengelak dari dijadikan alat kepada kerajaan yang zalim ini.

6 Comments


 
Sudah sah perkara yg dimainkan ini membuktikan bahawa pemimpin negara waktu ini adalah pengecut dan menggunakan kuasa mereka membuli orang yang tidak bersalah....begitulah yang terjadi bila dendam menguasai diri.....
Like · Reply · 6 · 16h
 
This is the nastiest government in modern world we can witness, this is the way they eliminate all of the political parties against them so that they can continue to rule the country and doing whatever they want with all the resources they snatched. What good things have they done since they control 
Putrajaya? None.
Like · Reply · 6 · 16h
 
20 tahun lalu saya tak percaya, malah saya sangat mempertahankan dan menafikan....tetapi sekarang saya mulai percaya apa yang puak reformasi dakwa bahawa idola mereka telah di anianya olih T.O.1 dengan satu konspirasi diantara penegak undang2....betul kah?
Like · Reply · 3 · 16h

 
Setelah 20 thun kemudian, pihak yang dituduh kemudiannya memberikan laluan dan menyokong penuh di penuduh menjadi PM semula untuk membuat plot drama yang sama, adalah lebih sukar dipercayai. Politik Malaysia yang meloyakan. 

Semuanya bermula apabila seorang ingin terus berkuasa dan menganggap beliaulah kununnya satu-satunya manusia dalam Malaysia yang paling bijak mengatur yang terbaik untuk negara.
Like · Reply · 5 · 11h
 
Ben Brando, bila raja nak jadi rakyat, rakyat akan kata raja berjiwa rakyat tetapi bila rakyat nak jadi raja, orang akan kata manusia tak sedar diri dan tak tahu diuntung.
Like · Reply · 1 · 11h
 
selagi ketua pdrm dan sprm dilantik oleh perdana menteri maka mereka akan menjadi alat kepada pm dan digunakan dengan rakus. 

memandangkan pdrm dan sprm adalah kepunyaan diraja perlantikan ketuanya wajib diserahkan kepada agung sahaja. pm/parti memerintah, parlimen, badan perhakiman dan yang berkenaan juga boleh menamakan calun tapi yang penting tiada paksaan kepada agung untuk menerima nama tersebut.

sampai bila rakyat nak kena tipu oleh pm yang akan hanya lantik macainya untuk kepentingannya sendiri?
Like · Reply · 2 · 12h


Kerajaan PH sekarang ni nampaknya lebih kepada agenda menipu.. sedih memikirkannya.. Sekarang saya dah mula rasa rindunya kepadanya kerajaan dahulu yang lebih terbuka.. Sekiranya ada orang yang buat salah sila tangkap.. bukannya dengan menipu rakyat dan berlakun..
Like · Reply · 10h
 
Walaupun PM PH seorang Melayu, adakah beliau mahu mencari masaalah dengan bangsa Melayu? Dendam peribadi nya terhadap Najib tidak sepatutnya melibat rakyat dan bangsa Melayu. Adakah beliau terlalu terdesak dan sukar untuk membuktikan Najib bersalah?
Like · Reply · 1h · Edited


Razali Daud
Not only UMNO will be humiliated and ridiculed..with the passage of time not surprise to witness PAS will face likewise brunt from TDM. His macai will find even a slight excuse, if not will create ways & means to criple PAS from becoming the force to be reckoned with in the forthcoming GE.
LikeReply27m

No comments:

Post a Comment