Wednesday 20 June 2018

MALAYSIA SEDANG MENUJU BANKRAP


Datuk Seri Najib Tun Razak

Hari ini Malaysia akan BENAR-BENAR menjadi sebuah negara yang BANKRAP seperti yang mereka sering laungkan sebelum ini.

Ekonomi Malaysia yang pesat ketika pentadbiran saya dulu telah dihancurkan sikit demi sedikit akibat dendam.

Dengan kejatuhan Bursa yang menyaksikan pelabur asing menarik pelaburan mereka setiap hari sejak PRU14, kini giliran KWSP mengalami kerugian melebihi RM6 billion dari 10 syarikat yang mereka laburkan hari ini.

Syarikat itu Gamuda, MRCB, IJM, Cahaya Mata Sarawak, Maybank, CIMB, Axiata, Telekom, TNB dan akan disusuli Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) dan Tabung Haji.

Bursa kita mempunyai jumlah 894 syarikat yang tersenarai dan bayangkan jika keadaan ini berterusan, negara kita akan mengalami lagi kerugian RM200 billion

Sudah saya jelaskan sebelum ini, mereka kerajaan pakatan harapan suka mencari dan mencipta kesalahan saya sehingga terlupa untuk menguruskan kesalahan mereka

Mereka berpolitik untuk terus menyerang saya. akibatnya rakyat akan menderita kelak

Sumber: Datuk Seri Najib Tun Razak

No comments:

Post a Comment