Friday 1 June 2018

GST SIFAR TAPI HARGA BARANG NAIK?

SEREMBAN Jun 1, 2018: Biarpun Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus dimansuhkan hari ini, harga bahan mentah dan makanan meningkat hari ini.

Tinjauan NSTP di Pasar Besar Seremban mendapati, harga sekilogram daging lembu tempatan meningkat RM36 berbanding RM35 sejak tiga hari lalu manakala harga daging kambing naik RM28 berbanding RM26.90 untuk tempoh yang sama.

Sementara itu harga ikan kembung naik 10 sen daripada RM15.90 kepada RM16 dan harga hidangan chicken chop melonjak RM17 daripada RM15 di sebuah kopitiam di Templer, di sini.

Seorang peniaga hanya dikenali Razak, 35 berkata, tiga bahan mentah itu tidak dipengaruhi GST berikutan bekalan dibeli terus melalui orang tengah.

Bagaimanapun tinjauan di sebuah pasar raya di Seremban 2 mendapati, harga lampin pakai buang bagi 62 keping meningkat daripada RM32.75 menjadi RM34.25.

Barangan lain yang didapati meningkat adalah tayar kereta jenis Dunlop yang dijual pada harga RM185 daripada RM175 sejak Rabu lalu.

Sumber: Berita Harian

2 Comments
Sort by 
 
Works at Retired
Katanya orang tengah, Tak terfikirke sebelum berkempen, habis tu nak buat ape kutip derma lagi???
Like · Reply · 1 · 28m
 
Apa yg sudah dinaikkan harga, tak akan diturunkan.......Hanya Hujan yg turun........mcm mcm daleh dan alasan oleh peniaga.............inilah pandai pandai reka manifesto.......
Kucar kacir.........PH
Lain kepala Lain pulak press statement......keliru
Like · Reply · 16m

No comments:

Post a Comment