Friday 29 June 2018

KEKAYAAN LUAR BIASA ANAK-ANAK TUN M PART- 1


Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Perdana Menteri yang ke-7 harus menerangkan kepada rakyat Malaysia bagaimana anak-anak beliau boleh menjadi kaya raya dalam masa yang begitu singkat.
Malah, Dr Mahathir juga telah berjanji akan menghapuskan jenayah rasuah, nepotism dan kronisme. Mungkin beliau boleh memulakan dengan mendedahkan cara keluarganya menjadi kaya raya.
Ranking anak Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Mokhzani Mahathir mungkin sudah terkeluar daripada senarai 40 rakyat Malaysia paling kaya selepas beliau menjual sahamnya dalam Sapura Energy dan keluar dari perniagaan Gas dan Minyak.
Tetapi, pada 2014 beliau tersenarai didalam 10 individu terkaya Malaysia oleh majalah Malaysian Business dengan jangkaan nilai harta sekitar RM4.22 bilion, menjadikan beliau orang Melayu kedua terkaya selepas ahli perniagaan terkenal, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary – dan peningkatan kekayaannya yang meningkat hari demi hari masih menjadi tanda tanya sehingga kini.
Malah, sebelum ini veteran DAP Lim Kit Siang pernah mencipta hoo-ha kononnya anak Dr Mahathir ini menjadi bilionaire dalam tempoh semalaman dan Pakatan Rakyat (kini dikenali Pakatan Harapan) pernah berjaji untuk menghentikan kronisme keluarga Dr Mahathir sekiranya mereka menang PRU13 dahulu.
Lain pula situasi sekarang bila Dr Mahathir menjadi Pengerusi Pakatan Harapan dan Perdana Menteri selepas PRU 14.
DAP dan PKR tidak pula berani bersuara mengenai anak-anak Dr Mahathir tetapi cuma menangguk apabila beliau menegaskan bahawa kekayaan anaknya bukan diatas bantuannya selaku Perdana Menteri selama ini dan “apa yang Mokhzani perolehi diatas kerja kerasnya.”
Secara kronologinya, penganalisis politik Lim Sian See merungkaikan bagaimana Mokhzani yang melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pantai Holdings Bhd dan Tongkah Holdings Bhd mendakwa menerima “banyak dakwaan liar mengaitkan saya dengan projek kerajaan atau projek mega.”
Beliau juga memberitahu Bernama bahawa tuduhan yang dilemparkan keatasnya dibuat oleh individu yang mahu memburukkan imej beliau dan bapanya, sementara menafikan menjual seluruh pegangan secara langsung dan tidak langsungnya didalam syarikat-syarikat disenarai Bursa Malaysia, kerana beliau merajuk.
Jelas LSS, walaupun mendakwa hanya “akan melakukan perniagaan kecil-kecilan” selepas beliau keluar dari dunia korporat, Mokhzani kemudiannya menubuhkan Kencana Capital dengan modal besar sehingga RM30 juta, pada tahun sama.


4 Comments

 
DAP dan PKR tidak pula berani bersuara mengenai anak-anak Dr Mahathir tetapi cuma menangguk apabila beliau menegaskan bahawa kekayaan anaknya bukan diatas bantuannya selaku Perdana Menteri selama ini dan “apa yang Mokhzani perolehi diatas kerja kerasnya.” Bull shit, semua sudah kena dedak dpd Tun'uturn.
Like · Reply · 1m
 
Mokhzani acquired 10% of Scomi Group Berhad shares in between 5th to 8th June 2018 via a private placement done by KAF Investment Bank Berhad. He was using Khase Baru Sdn Bhd as the SPV. His intention is even bigger than Sapura Kencana. He is targetting to become the operator for the 3 oil field and this will be awarded through a direct nego from Petronas. Another project that he is working into, is to revive the abandoned Putrajaya Monorel and other project related to railway. Bear in mind, Scomi has subsidiaries for Railway Industry, Transportation, Oil and Gas and Overseas transportation business.
Like · Reply · 3 · 23h
 
Anak2 Mahadir mempunyai kekayaan luar biasa tetapi yg lebih menakjubkan ialah rakyat Malaysia mempunyai kebodohan luar biasa.
Like · Reply · 7 · 1d

No comments:

Post a Comment