Friday, 22 June 2018

TUN M MENGAKU MENGGUNAKAN MEDIA ASING UNTUK MEMFITNAH DS NAJIB RAZAK

Dato’ Lokman Adam

Dalam satu sidang media di parlimen akhirnya Mahathir mengakui bahawa pihak pembangkang di negara ini menggunakan bantuan media asing untuk memainkan isu isu persepsi tentang 1MDB. Akhirnya sudah terbongkar siapa dalang sebenar yang mengubah dokumen dokumen yang diperolehi menerusi Xavier Justo untuk membuat cerita rekaan tentang 1MDB di luar negara.

Malah pada tahun 2015 lagi, facebook Kelab Sayang Tun Dr Mahathir, SSTDM sudah mengesahkan dalam satu posting bahawa Mahathir ada bertemu Justo untuk mengambil dokumen. SSTDM menulis “Kalau Untuk Pengesahan Apa Salah nya … takkan nak terima saja Tanpa Dokumen Pengesahan Melalui Perjumpaan empat mata …”.

Pada tahun 2015 lagi, pihak Polis Di Raja Malaysia bersama polis Thailand telah menyiasat bekas Pengarah Eksekutif IT PetroSaudi, Xavier Andre Justo. Dalam satu temubual dengan Justo di penjara Thailand, PDRM mendapat maklumat bahawa gerakan mengulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dibuat menerusi pengubah suaian dokumen 1MDB dan PetroSaudi.

Dalam transkrip perbualan Whatsapp telefon Justo turut dijumpai perbualan beberapa orang pemimpin pembangkang, orang kanan Mahathir dan Claire Rewcastle Brown, Editor Sarawak Report yang berkonspirasi menjatuhkan Najib dan kerajaan mengunakan dokumen palsu itu.

Dalam satu temubual dengan News Straits Times, Singapura, Justo menyebut nama Mahathir sebagai salah seorang yang terlibat. Justo menyatakan orang kanan Mahathir ada berjumpanya untuk ambil dokumen tetapi akhirnya tidak membayar sejumlah wang yang dijanjikan kepadanya.

Lebih teruk lagi dalam perbualan Whatsapp itu Clare Rewcastle Brown berkata mahu raikan kejayaan menumbangkan Najib dengan segelas arak. Malah Claire Brown telah berjumpa dengan Mahathir selepas itu. Bergambar sekali lagi. Bukan sekali jumpa tetapi berkali kali termasuklah di London semasa Hari Raya Puasa tahun lepas.


Dengan pengakuan Mahathir pada dua hari lepas itu, ianya mengesahkan segalanya, siapa dalang terbesar yang mahu menumbangkan Najib sejak 2015 lagi. Mahu gunakan isu 1MDB sebagai isu politik bagi tumbangkan kerajaan. 1MDB bukanlah isu pun. Duit RM42 billion yang didakwa Mahathir sebagai hilang tidak pun hilang.

Kapal layar, lukisan dan kapal terbang yang didakwa dibeli dengan wang 1MDB pun ternyata tidak benar. Termasuklah dakwaan kononnya ada RM430 juta duit 1MDB di Switzerland, juga tidak benar bila sudah dua kali ditolak oleh parlimen Switzerland.

Semua ini cerita rekaan kerana dokumen dan sumber yang diguna untuk tumbangkan Najib itu adalah semata mata berdasarkan dokumen yang diubah suai oleh Sarawak Report semata mata. Malah portal Malaysian Insider pun sudah tutup bila pendedahan Justo ini dibuat.

Syed Saddiq juga sudah bocorkan rahsia bahawa Mahathir sudah beri AS$5 juta kepada Yayasan Clinton untuk bayar pihak media asing untuk kempen propaganda jatuhkan kerajaan (ada kaitan dengan isu DOJ). Sebelum ini pada 10 April 2016, Mahathir dalam satu temubual dengan The Weekend Australian turut menjemput campur tangan asing di Malaysia.

Jadi apa yang Wan Saiful Wan Jan, yang baru dua tiga hari masuk PPBM dedahkan tentang campurtangan asing menerusi Cambridge Analytica akhirnya terkena ke atas batang hidung anak Mahathir sendiri. Puas Mukhriz bersilat menafikan, tetapi akhirnya peluru yang ditembak oleh Wan Jan itu makan diri sendiri bila Azrin Zizal, bekas pegawai media Mukhriz mendedahkan cerita yang sebenar.

Ramai sudah keluar parti PPBM kerana tahu agenda peribadi Mahathir ini. Mereka tahu 1MDB bukanlah isu pun. Mahathir sebenarnya yang tidak berpuashati bila kroninya tidak lagi mendapat berbillion ringgit menerusi IPP. Kerana hendak anak sendiri jadi Perdana Menteri, kerana agenda kroni.

Mahathir sudah jadi pengkhianat bangsa dan negara sendiri. Undang campur tangan asing untuk jatuhkan kerajaan demokrasi di negara ini. Malaysia belum lagi dijajah oleh China seperti yang didakwa pembangkang. Yang terjajah dan tergadai adalah pembangkang Malaysia. Mereka sudah tergadai kepada tangan tangan asing.

6 Comments
Sort by 
Add a comment...
 
Bocorkan lagi hati busuk mahathir tu!
Like · Reply · 6 · 7h
 
Busuk hati bukan benda baru bagi TurnM, sejak 60'an lagi, gaduh dengan Tunku, gaduh dengan Hussein On, tak sempat gaduh dengan Tun Razak, gaduh dengan Musa, gaduh dengan Ku Li, gaduh dengan Anwar sekarang geng pula, gaduh dengan LKS sekarang geng pula. 
Semua orang tak betul, dia aje yang betul. Itu lah hati busuk tak sudah, umur dah hampir 100 tahun tak ingat tuhan.
Like · Reply · 8 · 6h
 
Alaa sampai bila mulut media asing di $ lentur, Yg Bhg Dato
yang sejak mula dah terang mengkritik:

" Some of Dr Mahathir’s plans have faced market criticism, including campaign pledges to replace an unpopular GST with a narrower tax and to reinstate fuel subsidies
It is “bad news for fiscal consolidation given his more populist leanings and promises,” said Peter Mumford of global risk consultancy Eurasia Group
Dr Mahathir’s pledges to reassess Mr Najib’s large-scale infrastructure projects “will negatively affect companies involved in those projects as well as potentially 
Malaysia’s GDP growth,” Mr. Mumford said"
( more and nauzubi'Llah worse to come?)
-- Wall St Journal
pada 11 Mei 2018

M Zin 
SS16 Subang Jaya
Like · Reply · 3 · 6h
 
Sebab tu orang putih gelar maklumat yang telah dipalsukan digelar "a doctored document". Dalam konteks isu 1MDB ni maklumatnya benar-benar dipalsukan oleh seorang doktor!

Kebenarannya terserlah amat!
Like · Reply · 3 · 2h
 
turn m sememangnya adalah bangsat sejak dulu lagi. ramai yang terpesona dengan cara dia berpidato semasa menjadi pm selama 2 dekad. tapi tak ramai yang tahu sifat bengis dan dengkinya. panjang umur dia sebenarnya adalah kerana sumpah seranah orang2 yang mengenali dia di sebalik topeng berwajah peramah tetapi busuk hati yang teramat. mungkin Allah sedang mendedahkan sifat sebenarnya manusia turn m ini supaya rakyat tidak terus hidup dalam khayalan.

lakunan dia memang cekap. tidak nampak dia bertaubat nasuha. kesian ramai cina2 malaysia yang benci umno (melayu) tertipu olehnya konon dia akan bawa pembaharuan dan basmi rasuah. umno dibenci adalah kerana orang2 seperti turn m ini tapi pelik orang macam ni yang kaum cina ambil semula... bila niat dah busuk yang diterima akan busuk juga.

lihatlah apa yang berlaku sekarang. ekonomi jatuh pelabur lari pekerja hilang rezki periok nasi keluarga hancur. cubalah anda semua rasa dan bayangkan anda semua sebahagian dari mangsanya yang tidak mampu berhari raya tahun ini kerana hilang punca makan. sedih pilu dan malu nak jumpa jiran dan keluarga kerana tiada duit untuk sambutan raya itu. tapi hingga sekarang dendam kesumat turn m ni masih membara memburu mereka yang tak sebulu dengan nya. 

kini rakyat sesal pun tak guna kerana penyagak serial telah diangkat semula untuk merosakan negara. kalau di dunia tak cukup balasan khianat nya maka di akhirat nanti akan lebih siksa balasan kedegilan dan kesombongan nya. semuga Allah melindungi rakyat dan negara ini dari pemerintahan kukubesi dan konco2nya. semuga diubah semula kerajaan ini kepada yang lebih baik dari sekarang.

amin ya rabbal alamin.
Like · Reply · 1 · 1h

Harith Ismail
Sebenarnya kami sudah lama mengetahuinya, bukan dpd pendedahan Tun M. Pendedahan ini telah dibuat Justo sediri setelah disiasat oleh Polis Thailand dan juga semasa ditemu bual oleh New Straits Times Singapura. Namun rakyat Malaysia tidak mahu mempercayainya. Sekarang siapa kena tipu? Sepatutnya rakyat Malaysia terutama golongan muda merasa bangga kerana mendapat seorang PM pemfitnah dan penipu untuk lima tahun akan datang. Rakyat Malaysia yang mindanya yang terjajah mempercayai media penjajah Sarawak Report yang mencari makan dengan hasil fitnah untuk hidup.
LikeReply27mEdited

No comments:

Post a Comment