Friday, 8 September 2017

ADALAH JELAS SEKARANG DAP MENGGUNAKAN TAKTIK ‘ALI BABA’

Datuk Seri Tengku Sariffuddin berkata DAP dan Kit Siang tahu benar bahawa orang Melayu tidak akan menyokong mereka bulat-bulat.
Sekarang semakin jelas bahawa DAP ialah “parti dominan” dalam Pakatan Har
Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad
apan dengan Lim Kit Siang sebagai pemimpin “de facto” yang bijak mengatur percaturan dan mencorakkan penampilan Pakatan Harapan, kata Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad.
Tengku Sariffuddin berkata ia menggunakan strategi Ali Baba dengan meletakkan pemimpin Melayu di barisan hadapan tetapi “power broker” sebenarnya berada di belakang tabir.
“Bagaimanapun, orang Melayu hari ini sudah mula menghidu taktik kotor ini kerana ia menghina kecerdasan pemikiran mereka.
Lim Kit Siang pemimpin 'de facto' Pakatan Harapan atau

'Top Dog'.
“Mengapa Dap dan Kit Siang bermain silap mata ini? Ini kerana pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas Pakatan Harapan mula merosot, mereka memerlukan seorang tokoh Melayu yang baharu di barisan hadapan sebagai topeng,” kata Tengku Sariffuddin dalam satu kenyataan hari ini.
Datuk Seri Tengku Sariffuddin berkata DAP dan Kit Siang tahu benar bahawa orang Melayu tidak akan menyokong mereka bulat-bulat.
Mereka tidak menaruh kepercayaan kepada pemimpin rakan-rakan dalam Pakatan Harapan seperti Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR) atau Mohamad Sabu (Parti Amanah Negara (PAN), tetapi sebaliknya memilih untuk membentuk pakatan baharu dengan Pengerusi Parti Pribumi Melayu Bersatu (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad, dengan mengetahui sepenuhnya bekas Perdana Menteri itu tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-14 dan bahawa partinya hanya mempunyai satu kerusi di parlimen, kata beliau.
Barisan kepimpinan Pakatan 'Ali Baba' dengan

7 orang 'Ali' dan 2 orang 'Baba'.
Beliau berkata keputusan DAP untuk merestui Mahathir untuk memimpin Pakatan Harapan adalah satu penghinaan kepada PKR dan PAN.
“DAP dan Kit Siang mengambil keputusan ini kononnya berdasarkan pengalaman dan pengaruh Mahathir. Tetapi ini jelas hipokrit kerana sebelum ini parti-parti pembangkang terutama PKR melancarkan gerakan reformasi yang terang-terang menentang Mahathir,” katanya.
Tengku Sariffuddin berkata Kit Siang  menggunakan musuh lamanya dan orang yang pernah menyebabkan beliau meringkuk dalam tahanan ISA untuk menerajui cabaran DAP di kawasan-kawasan yang menjadi kubu orang Melayu.
“Itulah sebabnya mengapa mereka membiarkan Mahathir bercakap mengenai dasar. Tujuan utama DAP ialah untuk menambat hati pengundi Melayu.
“Bagi Kit Siang secara peribadi, ikatannya dengan Mahathir bermaksud untuk memadamkan imejnya sebagai anti Melayu dan anti Islam. Tetapi apa yang Kit Siang gagal untuk memahami ialah orang Melayu boleh menghidu bahawa mereka diperalatkan oleh DAP,” kata beliau.
Tengku Sariffuddin berkata sudah tidak menjadi rahsia lagi bahawa mengundi Pakatan Harapan  sebenarnya ialah mengundi DAP, bukan PKR, PAN atau PPBM.
“DAP adalah kuasa sebenar di belakang Pakatan Harapan. Bagaimanapun, DAP  kini dalam keadaan panik kerana telah sedar bahawa orang Melayu menyedari apa yang sedang berlaku dan dalang sebenarnya ialah Kit Siang,” kata beliau.

No comments:

Post a Comment