Tidak mustahil kewujudan PPBM dan juga Parti Amanah Negara (PAN) hanya sebagai proksi DAP untuk memecah-belahkan parti yang dikuasai oleh masyarakat Melayu dan bumiputera khususnya UMNO dan Pas.
Penubuhan Pertubuhan Parti Bersatu Malaysia (PPBM) sekadar bertujuan untuk memecah-belahkan Melayu semata-mata, tanpa ada niat yang lebih positif dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, khususnya orang Melayu.
Pada pandangan mata kasar, memang wujudnya parti PPBM itu kononnya untuk membela rakyat tetapi sebenarnya ia hanya akan mengurangkan kekuatan sokongan politik orang Melayu, yang akhirnya akan memecah belahkan bangsa Melayu itu sendiri.
Kini, kita nampak pecahan enam parti orang Melayu, ada antara mereka sendiri yang membuka parti baru malah menggunakan alasan untuk mengantikan parti induk mereka sendiri sebelum ini, sedikit sebanyak ada kesannya pada kuasa politik orang Melayu dalam negara kita.
Dalam masa yang sama, penubuhan PPBM ini sekadar mahu menonjolkan bahawa parti mereka lebih hebat dari UMNO, walhal keahlian mereka hanya mengaut ahli-ahli dari UMNO yang kecewa, dan mempunyai kepentingan peribadi termasuk mahu bertanding dalam PRU-14 akan datang.
Tidak mustahil kewujudan PPBM dan juga Parti Amanah Negara (PAN) hanya sebagai proksi DAP untuk memecah-belahkan parti yang dikuasai oleh masyarakat Melayu dan bumiputera khususnya UMNO dan PAS.
Namun UMNO sebagai parti politik yang matang, kerosakan yang berlaku ini hanya di peringkat permulaan sahaja, dan ahli-ahli UMNO sendiri sudah sedar bahawa kewujudan parti baru ini akhirnya tidak membawa apa-apa haluan perjuangannya selain hanya merugikan orang Melayu sahaja.
Sehubungan itu, semua masyarat Melayu khususnya ahli UMNO dingatkan supaya berhati-hati dan tidak terpengaruh dengan usaha parti baru berkenaan untuk menarik ahli-ahli UMNO.
Memanglah apabila ditubuh parti baru tujuan mereka hanyalah hendak memecahbelahkan UMNO yang mana dipercayai PPBM seperti juga PAN yang didalangi oleh DAP cuba untuk memecahbelahkan orang Melayu, oleh yang demikian kesan besarnya bangsa kitalah yang akan rugi.
No comments:
Post a Comment