Jika dilihat secara fakta, apa yang diperkatakan oleh PAS terhadap PH lebih berasas daripada dakwaan PH terhadap PAS. Ini kerana DAP adalah sebahagian daripada PH. Malah mereka adalah kumpulan yang paling besar dan berkuasa dalam PH. Di peringkat parlimen, mereka memiliki 37 orang ahli parlimen, berbanding PKR yang kini 28, PAN 6 dan PPBM 1. Sebahagian besar penyokong PH juga adalah dari kaum Cina, yang diketahui bahawa hampir kesemua mereka datangnya dari penyokong DAP.
Ustaz Khalil Abdul Hadi |
Kelihatan begitu ramai pihak yang melenting apabila Ketua Pemuda PAS, Ustaz Khalil Abdul Hadi, mengeluarkan kenyataan bahawa undi kepada PH adalah undi kepada DAP. Berbagai serangan dilontar kepada beliau sebagai membantah apa yang diperkatakan. Ironinya, pihak yang sama beberapa kali menyerang PAS dengan memperkatakan bahawa undi untuk PAS adalah undi untuk UMNO.
Jika dilihat secara fakta, apa yang diperkatakan oleh PAS terhadap PH lebih berasas daripada dakwaan PH terhadap PAS. Ini kerana DAP adalah sebahagian daripada PH. Malah mereka adalah kumpulan yang paling besar dan berkuasa dalam PH. Di peringkat parlimen, mereka memiliki 37 orang ahli parlimen, berbanding PKR yang kini 28, PAN 6 dan PPBM 1. Sebahagian besar penyokong PH juga adalah dari kaum Cina, yang diketahui bahawa hampir kesemua mereka datangnya dari penyokong DAP.
Tanpa DAP, kita boleh rumuskan bahawa PH tidak punya apa-apa. Kajian IDE (Institut Darul Ehsan)menunjukkan PAN hanya mampu menarik sokongan 1% sahaja kalangan pengundi. PPBM pula mungkin tidak lebih dari 10%, kerana kesan terhadap organisasi UMNO setelah mereka keluar seperti tidak ada apa-apa. Justeru kenyataan Ustaz Khalil adalah sangat berasas.
Berbeza dengan tuduhan PH bahawa undi PAS sama dengan undi UMNO, perkara ini secara logiknya agak sukar untuk diterima. Setakat ini PAS masih tidak membentuk apa-apa pakatan untuk menuju pilihanraya bersama UMNO. Mereka masih dianggap sebagai seteru politik. PAS bukan sebahagian daripada komponen BN.
Dalam sejarah pilihanraya negara, hampir kesemua tempat yang ditandingi PAS adalah berlawan dengan UMNO. Malah menjelang PRU14 ini, PAS masih lagi mengumumkan akan bertanding di kerusi-kerusi yang biasa ditandingi UMNO sebelum ini. Sebagai contoh, Terengganu telah mengisytiharkan akan bertanding di semua kerusi di negeri itu. Kecuali DUN Bandar, kesemua DUN-DUN adalah kerusi yang ditandingi Umno sejak zaman-berzaman.
Agaknya kenapakah PH terutamanya PAN begitu marah apabila dikatakan undi PH adalah undi DAP? Ini kerana mereka sedang cuba untuk meraih sokongan Melayu. Walaupun mereka tahu sukar untuk menandingi sokongan Melayu terhadap UMNO mahupun PAS, tetapi mereka hanya perlukan beberapa peratus sahaja untuk dicampur dengan sokongan bukan Melayu yang mereka sangkakan hampir solid kepada mereka.
Mereka juga tahu bahawa Melayu sangat anti kepada DAP. Justeru itu kenyataan Ketua Pemuda PAS adalah sangat bahaya untuk mereka mempertahankan beberapa peratus sokongan Melayu yang mereka miliki.
Kenapa orang Melayu begitu anti kepada DAP? Ini kerana DAP sangat anti kepada kepentingan-kepentingan orang Melayu. Pertama, kerana DAP bersikap prejudis terhadap Islam yang menjadi agama orang Melayu. Malah Islam adalah agama bagi Persekutuan Malaysia sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaan. Sifat kebanyakan Melayu, tidak kira yang kuat berpegang kepada agama mahupun tidak, amat pantang kalau agama mereka tercabar. Lihat sahaja jika timbul isu bakar masjid, karikatur hina nabi, pembantaian umat Islam di semua belahan dunia, pasti akan membangkitkan sensiviti umat Melayu di Malaysia.
DAP menimbulkan masalah kepada kelangsungan Islam di Malaysia dalam banyak segi. Antara yang paling besar, mereka menentang kuat pengisytiharan Malaysia sebagai sebuah negara Islam di zaman Pak Lah sebagai Perdana Menteri. Mereka juga menentang pemerkasaan Syariah Islam di Malaysia, samada RUU355 ataupun penggubalan Enakmen Hudud di Kelantan. Mereka turut mempertikai dasar Islamisasi kerajaan terutama dalam sektor pendidikan. Mereka juga menyokong gereja menuntut hak penggunaan kalimah Allah. Kini, beberapa orang pemimpin DAP dikesan memiliki kaitan dengan gerakan kristianisasi antarabangsa dan juga Evangelis yang sangat anti kepada Islam.
Kedua, DAP juga terkenal dengan penentangan mereka terhadap keistimewaan bangsa melayu di negara ini. Sejak awal penubuhan Malaysia dahulu, DAP yang dahulunya dikenali dengan PAP memperjuangkan dasar Malaysian Malaysia yang menolak dasar keistimewaan Melayu dan Bumiputera. Sehingga kini mereka masih berpegang dengan dasar itu. Selain itu, mereka turut membantah pemerkasaan semula Tulisan Jawi yang digunakan pada papan tanda jalan. Beberapa ahli parlimen DAP turut mempertikaikan penggunaan bahasa Melayu di dalam parlimen. Mereka lebih mengiktiraf bahasa Inggeris.
Ketiga, DAP juga berjuang untuk menghapuskan sistem beraja di Malaysia. Mereka konsisten dari dahulu mempertikaikan monarki di negara ini dari berbagai sudut. Berbagai isu mereka timbulkan yang mencetus konflik antara pihak Istana dan parti tersebut. Tidak ada satu pun Institusi Diraja yang memiliki hubungan baik dengan DAP. Kesemuanya amat membenci DAP. Kini, Dr Mahathir yang juga terkenal sebagai anti Raja-raja Melayu telah bekerjasama dengan DAP. Perkara ini semakin membimbangkan kedudukan Raja-raja. Kerana mereka tahu, jika pakatan itu berkuasa pasti parti tersebut akan berusaha untuk menghilangkan segala kuasa Raja-raja Melayu sedikit demi sedikit.
Atas sebab-sebab inilah, Melayu sehingga sekarang sukar untuk menerima DAP. DAP sedar akan hal ini dan mencuba berbagai cara untuk menanganinya. Antaranya mereka melantik beberapa tokoh politik Melayu di jawatan tertentu parti, tetapi mereka ini seumpama maskot. Mereka juga menaja beberapa orang Melayu membentuk parti politik pro mereka, sebagai taktik mengelabui mata orang Melayu. Namun sehingga kini, sokongan yang mereka cita-citakan masih belum signifikan untuk memastikan matlamat menguasai Malaysia tercapai.
Selagi PAS tidak bersama mereka, sangat sukar untuk mereka merubah keadaan. Kerana itulah sehingga kini mereka terus cari fasal dengan PAS. Samada menyerang, ataupun memujuk.
聽
No comments:
Post a Comment