Penjelasan Bloger Lim Sian See :
1. Mahathir hanya mengolah semula beberapa dakwaan dahulu terhadap 1MDB– semua yang beliau dakwa selama dua tahun yang lalu ia didapati palsu dan terbukti sebagai fitnah.
2. Dia dakwa bahawa Kerajaan terlebih bayar untuk aset kuasa Independent Power Producer (IPP), tetapi ini terbukti salah kerana IPP ini telah jual balik lebih kurang harga yang sama sebagaimana yang telah dibeli oleh 1MDB.
3. Hasil penjualan IPP tersebut, hutang 1MDB telah berkurangan sekarang kepada RM27 bilion. Tidak lagi RM42 bilion atau RM55 bilion, sementara semua hutang jangka pendek dan hutang bank telah diselesaikan.
4. Hutang jangka panjang semasa yang merangkumi bon 30 tahun bernilai RM5 bilion yang akan matang pada 2039, bon nilai AS$3 bilion yang akan matang pada 2023 dan bon nilai AS$3.5 bilion yang akan matang pada 2022.
5. Terdapat juga satu bon nilai RM2.4 bilion untuk Bandar Malaysia yang akan matang antara 2021 dan 2024 tetapi ini disandarkan kepada jualan hak pembangunan untuk tanah Bandar Malaysia.
6. Akhir-akhir ini, kerajaan telah menerima 9 bidaan daripada 500 syarikat dibawah Global Fortune, di mana bidaan tertinggi daripada AS$7.5 bilion ke AS$10.5 bilion (RM44 bilion). Kerajaan dijangkakan akan membuat keputusan atas bidaan ini tidak lama lagi.
Dalang pemfitnah 1MDB untuk jatuhkan
Najib.
|
7. Mahathir mendakwa bahawa pada asasnya tidak ada keperluan untuk membeli IPP tersebut kerana tempoh perjanjian kontraknya akan tamat. Sebenarnya pembelian IPP tersebut adalah secara pakej yang merangkumi 13 loji kuasa IPP yang berlainan, hanya 2 loji sahaja yang hampir kepada tamat tempoh kontrak tetapi telah diperbaharui semasa ia dibeli.
8. Akibat 1MDB mencebur diri dalam industri pembekalan kuasa, semua perjanjian IPP yang berat sebelah yang ditanda tangan oleh Mahathir telah berjaya diselesaikan. Jikalau tidak kerajaan terpaksa menampung kerugian wang rakyat puluhan bilion ringgit setiap tahun.
9. Sebab itulah sejak 2012, pemimpin pembangkang tidak lagi bercakap tentang perjanjian IPP yang berat sebelah itu yang ditanda tangan Mahathir. Ini adalah satu gerakan oleh 1MDB yang telah berjaya menyelamatkan Malaysia sekurang-kurangnya RM200 bilion wang rakyat untuk 20 tahun akan datang.
10. Di atas RM200 bilion wang rakyat yang berjaya diselamatkan daripada perjanjian IPP yang berat sebelah, Mahathir juga tidak pernah menyebut bahawa 1MDB telah membayar dengan sepenuhnya tentang pembinaan dan naik taraf yang amat diperlukan terhadap 8 pengkalan tentera – termasuk pengkalan TUDM Sendayan seluas 750 ekar di Seremban.
11. Menyembunyikan cebisan maklumat kritikal dan membanggakan seperti ini menunjukkan sejauh mana serta bagaimana hasad dengki dan penipunya Mahathir dan pembangkang – dan malah kita belum lagi menyebut tentang puluhan ribu biasiswa penuntut dan pembiayaan jemaah haji yang mana juga turut dibayar oleh 1MDB.
Dua orang barua Mahathir yang buat laporan fitnah di
7 negara.
|
12. Dan sebab mengapa 1MDB didakwa di bawah penyiasatan di 7 negara adalah kerana Mahathir sendiri menghantar baruanya, Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang, ke semua negara berkenaan untuk membuat laporan dan memutar belitkannya dengan menyediakan maklumat yang terpilih serta tidak benar.
13. Malah setelah dua tahun, sama ada Perdana Menteri mahupun 1MDB sendiri tidak dinamakan sebagai suspek di dalam sebarang kase di mana-mana dalam 7 negara tersebut.
14. Meskipun Mahathir menyatakan bahawa Najib akan ditahan sekiranya pergi ke seberang laut – terutama sekali di Amerika Syarikat, Najib sekarang sedang melawat Rumah Putih atas undangan Presiden Amerika Syarikat.
15. Adalah tidak benar bahawa kerajaan mengalami kerugian apabila menjual tanah TRX dan Bandar Malaysia kepada 1 MDB. 1MDB masih kekal 100% milik kerajaan, oleh itu macam mana berlaku kerugian pihak kerajaan?
16. Tentang dakwaan kos tanah TRX bernilai RM7,000 sk/ps semasa dijual kepada 1MDB, merupakan pembohongan yang besar. Tanah RM7,000 sk/ps yang dikatakan oleh Mahathir itu merupakan sebidang tanah kecil seluas 20,000 kps terletak bersebelahan Pavilion KL yang telah dibeli oleh Pavilion untuk tujuan pembesaran. Ia merupakan satu plot tanah yang kecil yang lokasinya telah dimajukan sepenuhnya serta siap dengan infrastrukturnya. Hanya Pavilion telah membayar sebanyak itu untuk tanah berkenaan. Sejak itu, tidak ada lagi tanah di Malaysia yang telah mencapai harga RM7,000 sk/ps..
Sekiranya Mahathir masih lagi percaya ia bernilai RM7,000 sk/ps, maka TRX dengan lebih sukacitanya sanggup menjual tanah itu kepada Mahathir pada kadar harga diskaun RM5,000 sk/ps..
17. Mahathir tidak boleh membandingkan tanah kecil itu kepada tanah di Imbi semasa ia dibeli oleh 1MDB. 1MDB terpaksa melabur RM3 bilion untuk memindahkan penempatan haram dan banyak struktur yang telah didirikan seperti restoran, pasar, perumahan awam dan rumah kedai termasuk menyediakan rancangan pembangunan dan membina terowong dan infrastruktur untuk tanah TRX.
18. Sekiranya ini tidak dilakukan, tiada siapa akan membayar RM7,000 sk/ps atau malah RM700 sk/ps untuk tanah ini kerana tanggungan yang mahal yang hanya pihak kerajaan (melalui 1MDB) mempunyai azam politik untuk melaksanakannya.
19. Mahathir juga mendakwa yang tanah di Pulau Pinang terlalu mahal pada kadar RM135 sk/ps. Sekiranya hari ini, ada orang menawarkan untuk menjual tanah di Pulau Pinang dengan harga hanya RM135 sk/ps anda tidak harus melepaskan peluang itu. Malah Ketua Menteri Pulau Pinang yang terkenal dengan banglow 60% di bawah harga pasaran pun membeli dengan harga RM270 sk/ps.
20. Memang benar, tanah di Pulau Pinang mempunyai masalah untuk menyelesaikan masalah setinggan – serupa seperti di tanah TRX pada peringkat awalnya. Tetapi apa yang 1MDB boleh lakukan ialah selesaikan masalah setinggan itu dan nescaya ia akan dapat meningkatkan nilai tanah 1MDB di Pulau Pinang itu – serupa apa yang telah dilakukan oleh 1MDB terhadap tanah di TRX.
21. Mahathir juga berbohong dengan mengatakan yang pembangunan di TRX amat perlahan. Apa yang anda harus lakukan ialah pergi sendiri ke lokasi tapak TRX berhampiran dengan bulatan Kampung Pandan (dahulu) dan anda dapat lihat bangunan 106 tingkat sudah 70% siap dan akan lebih tinggi daripada KLCC Mahathir apabila dirasmikan tahun hadapan.
22. Di atas bangunan 106 tingkat menara signature, HSBC telah menjadikan TRX sebagai ibu pejabat serantaunya bersama dengan Prudential. Affin Bank juga mempunyai lot di TRX bersama dengan Australia Lend Lease dan Tabung Haji. Terdapat juga projek baru oleh salah satu bank terkemuka negara China yang akan menempatkan ibu pejabat serantaunya di TRX.
23. Tiada satu sen pun dana yang Mahathir dakwa hilang di atas angin datang terus daripada 1MDB tetapi didakwa dilencongkan daripada entiti pihak ke 3 yang berurusan dengan 1MDB. Semua entiti ini dimiliki atau ada hubung kait dengan pegawai kanan IPIC/Aabar.
24. Sebab itulah mengapa pada April 2017, 1MDB telah menanda tangan perjanjian penyelesaian dengan IPIC untuk mendapat semula dana ini. Hasilnya, 1MDB telah memperolehi semula AS$2.5 bilion unit dana yang mana didakwa oleh Mahathir sebagai tidak bernilai.
25. Daripada unit dana inilah yang membolehkan 1MDB membayar AS$620 juta kepada IPIC pada Aug 2017 sebagai sebahagian daripada perjanjian penyelesaian. Perjanjian ini akan juga menyelesaikan AS$3.5 bilion bon yang dijamin oleh IPIC.
26. Dengan resolusi perjanjian penyelesaian, pembangunan TRX yang sedang berjalan sekarang termasuk anugerah terakhir hak pembangunan Bandar Malaysia anggaran RM30 bilion ke RM40 bilion, 1MDB lebih mampu untuk membayar balik baki bon RM27 bilion dan masih lagi mendapat keuntungan yang besar selepas bayaran tersebut.
28. Ini tidak serupa dengan kerugian RM32 bilion dalam Skandal Forex BNM yang dikaitkan dengan Mahathir yang mempunyai sifar harapan untuk diperolehi kembali.
Bukan seperti 1MDB yang telah membina serta menaik taraf 8 pengkalan tentera, meninggalkan legasi pembangunan di TRX dan Bandar Malaysia, menyelesaikan perjanjian berat sebelah IPP serta menyelamatkan RM200 bilion wang rakyat untuk 20 tahun, memberi puluh ribuan biasiswa kepada pelajar, Skandal RM32 bilion BNM yang dikaitkan dengan Mahathir mempunyai peluang sifar untuk dinkmati oleh rakyat Malaysia, semua hilang lesap kerana dicuri atau mungki rugi sebenar.
No comments:
Post a Comment