Pakatan Harapan digambarkan sebagai gabungan pembangkang berbilang kaum yang mengandugi DAP, PKR, PAN (Amanah) dan PPBM (Bersatu). Walaupun barisan kepimpinan tertingginya mengandungi 78% (7 orang) Melayu, 11% (1 orang) Cina dan 11% (1 orang) India, tetapi hakikat disebaliknya parti cauvinis Cina DAP mempunyai kuasa penentu dalam Pakatan Harapan kerana mempunyai 37 kerusi Parlimen berbanding hanya 28 kerusi PKR, 6 kerusi PAN dan 1 kerusi PPBM.
Gambaran kepimpinan Melayu yang cuba dipamirkan oleh DAP dalam barisan kepimpinan Pakatan Harapan hanyalah untuk mengabui serta memperbodohkan pengundi-pengundi Melayu agar memilih Pakatan Harapan. Kuasa penentu dalam Pakatan Harapan bukanlah Anwar Ibrahim (Penasihat), bukanlah Mahathir Mohamad (Pengerusi), bukanlah Wan Azizah (Timbalan Pengerusi), bukanlah Muhyiddin Yassin (Presiden), bukanlah Azmin Ali (Timbalan Presiden), bukanlah Mohamad Sabu (Naib Presiden) dan bukanlah Saifuddin Abdullah (Setiausaha Agung).
Semua pemimpin-pemimpin Melayu itu hanyalah sebagai kuda tonggangan Lim Kit Siang. Hakikatnya yang berkuasa disebalik barisan kepimpinan Pakatan Harapan ialah Lim Kit Siang, walaupun namanya tidak tersenarai dalam barisan kepimpinan Pakatan Harapan. Oleh itu orang Melayu janganlah tertipu, mengundi Pakatan Harapan bermakna mengundi DAP, yang mana akan menghakis kepentingan masa depan orang Melayu dan agama Islam.
Umat Islam di negara ini perlu memandang serius kenyataan Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Othman supaya tidak bersekongkol dengan mana-mana kumpulan yang ingin menghakis ajaran Islam dan kepentingan bangsa Melayu.
Sehubungan itu, umat Islam perlu menolak perjuangan DAP dan sekutunya yang dilihat tidak pernah bersetuju dengan usaha memertabatkan agama Islam dan Melayu yang diperjuangkan oleh parti orang Melayu UMNO selama ini.
Kami menyokong apa yang disebut oleh Mufti Pahang itu, bahawa kita sememangnya tidak boleh sekali-kali bersekongkol dengan kumpulan yang ingin menghancurkan agama kita.
Hari ini kita lihat dalam kalangan orang Melayu, pemimpin-pemimpin termasuk bekas Perdana Menteri kita bersekongkol dengan DAP. Jadi apa yang disarankan oleh Mufti Pahang itu merupakan satu perkara yang perlu diambil perhatian serius kerana bersekongkol dengan kumpulan yang hendak menghancurkan agama, akhirnya merugikan umat Islam.
Dalam khutubah solat sunat Aidiladha pada 01hb September 2017, Mufti Pahang itu berkata, umat Islam tidak seharusnya bersekongkol dan memberi sokongan pada mana-mana pihak yang cuba menghakis ajaran Islam dan kuasa politik orang Melayu.
Katanya, golongan berkenaan hanya mementingkan kemenangan politik berpihak kepada mereka semata-mata daripada mengukuhkan perpaduan umat Islam.
Sejak dari dahulu, DAP yang memperjuangkan hak sama rata tidak pernah bersetuju dengan perjuangan parti Melayu UMNO untuk memertabatkan agama Islam dan bangsa Melayu.
DAP kita lihat sangat jelas komen-komen yang dikeluarkan oleh pemimpin mereka yang mempersoalkan agama kita seperti dari segi murtad yang mana dalam Parlimen pun ada Ahli Parlimen DAP mencadangkan supaya membenarkan sesiapa yang ingin murtad dan sebagainya.
Dalam pada itu, perjuangan parti Melayu UMNO sejak dahulu sehingga kini begitu konsisten dalam memertabatkan agama Islam dan juga menjaga kepentingan orang Melayu dan bumiputera.
Perjuangan parti Melayu UMNO amat berbeza berbanding dengan parti-parti pembagkang lain yang mana jelas dalam Perlembagaan UMNO memberi keutamaan dalam memertabatkan umat Islam dan Melayu.
Asas perjuangan kita adalah untuk meningkatkan syiar Islam, mempertahankan hak-hak Melayu, mempertahankan dan mengekalkan Raja-raja Melayu serta mempertahankan bahasa Melayu.
No comments:
Post a Comment