Ketua Menteri Pulau Pinang Yang Tidak Punya Integriti |
Lim Guan Eng bekas banduan adalah diantara pimpinan dalam Pakatan Harapan hari ini yang dilihat begitu bersungguh-sungguh menyokong dalam apa jua perkara negatif (FITNAH) yang dilemparkan terhadap YAB Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Apa sahaja isu yang dibangkitkan oleh gerombolan pembangkang terhadap YAB Perdana Menteri pastinya akan mendapat sokongan jitu pemimpin DAP ini dan ada kalanya mengambil sikap menyindir.
Sebagai contoh lihat sahaja dalam isu pelaburan yang dibawa masuk ke Malaysia oleh Kerajaan Persekutuan, hampir ke semuanya mendapat respon negatif seolah-olah Malaysia sudah digadaikan kepada orang luar.
Malah Guan Eng sering mendabik dada dan mencemuh kononnya Kerajaan Persekutuan tidak telus dalam semua perancangan mereka sebaliknya membanding-bandingkan dasar pentadbiran kerajaan DAP di Pulau Pinang sebagai jauh lebih baik sehingga berjaya mengurangkan jumlah hutangnya.
Lebih menarik lagi DAP dengan barisan suku-sakatnya sentiasa mempertikaikan ketelusan pentadbiran kerajaan Malaysia yang disifatkan mereka sebagai pengamal rasuah dan menganggap isu membabitkan 1MDB sebagai perosak negara dan masyarakat walaupun ianya sudah pun dijelaskan berkali-kali serta diputuskan banyak pihak berwajib termasuklah keputusan PAC yang turut dianggotai oleh wakil pembangkang sebagai bebas dari tuduhan yang dilemparkan.
Dalam masa yang sama , Guan Eng masih lagi bermain-main dengan propaganda murahan ini sewaktu menandatangi IBR yang ramai pihak sedia maklum sebelumnya kerajaan DAP Pulau Pinang dilihat cuba berdolak-dalih.
Semua itu adalah perlakuan sumbang yang ditarikan Guan Eng sepanjang tempoh beliau memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang walhal diri sendiri sebenarnya sudah terpalit dengan skandal melibatkan salah guna kuasa dan rasuah yang sudah pun dibawa ke mahkamah.
Seperkara yang perlu kita ketahui adalah Guan Eng memang terkenal dengan sikap yang sentiasa berubah-ubah dan selalu mencipta pembohohongan demi pembohongan kerana ia sudah menjadi amalan beliau untuk bermegah-megah.
Dan kerana suka bermegah-megah itulah akhirnya apa yang diungkapkan oleh Guan Eng berbalik kepada dirinya sendiri.
Apakah Guan Eng bekas seorang banduan di penjara Kajang punya INTEGRITI ?
1.Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng dalam perbahasannya di Sidang Dewan Rakyat bertarikh 15 Disember 2008 sewaktu membahaskan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia 2009 telah mencadangkan supaya akta tersebut perlu dipinda untuk memasukkan satu klausa bagi memastikan tender terbuka bagi semua urus niaga kerajaan.
2.Berdasarkan rekod handsard Lim Guan Eng berkata “Kita mesti memastikan prinsip integriti terjamin.Bila saya sebutkan tentang integriti saya ingin meminta supaya Akta SPRM ini boleh mengadakan satu fasal yang mewajibkan sebarang kontrak atau kontrak pembekalan kerajaan mestilah dibuat secara terbuka.
Amalan di luar negara ialah sekiranya sebarang kontrak kerajaan atau kontrak pembekalan kerajaan dibuat tanpa tender terbuka ia akan dianggap sebagai suatu kesalahan yang boleh ditakrifkan sebagai amalan rasuah dan tindakan undang-undang bolehlah diambil. Oleh itu, saya ingin menyarankan bahawa pihak kerajaan mesti mewajibkan, mesti meletakkan amalan tender terbuka sebagai satu kewajipan yang mesti diikuti oleh mana-mana badan kerajaan.Sekiranya ia boleh diamalkan , saya percaya rakyat boleh menjimatkan wang selain daripada memastikan mutu perkhidmatan yang lebih baik dan juga melaksanakan delivery system yang lebih efisien dan berkesan.
3.Merujuk kepada kenyataan tersebut jelas ianya menyimpang daripada amalan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sendiri kerana banyak urus niaga melibatkan pentadbiran Lim Guan Eng menolak sama sekali cadangan yang dikemukan oleh beliau.
Walaupun Lim Guan Eng pada ketika itu dalam hujahnya kepada dewan menjelaskan bahawa 99% projek-projek Kerajaan Negeri Pulau Pinang bernilai RM39 bilion telah dibuat melalui tender terbuka dan hanya melibatkan baki 1% daripada projek telah dirunding terus dengan “game changer” seperti Ikea dan Intel dengan alasan pengecualian projek-projek ini menawarkan nilai ekonomi berimpak tinggi , ianya menimbulkan banyak keraguan memandangkan tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang semenjak daripada itu dilihat terlalu rakus melakukan urus niaga tanpa melalui tender terbuka.
4.Isu yang menjadi pertikaian banyak pihak , projek penambakan laut dan cadangan pembinaan terowong misalnya hampir pasti akan menyebabkan rakyat menghadapi masalah untuk memiliki rumah akibat daripada peningkatan kos kerana impak projek mega dan ianya mengundang pengaliran keluar warga Pulau Pinang itu sendiri ke negeri-negeri lain yang boleh disamakan sebagai agenda pengusiran terancang.
Malah pencemaran alam sekitar yang bakal berlaku sudah tentu akan menjejaskan nasib para nelayan pantai dan juga ekosistem marin di Pulau Pinang.
5.Tidak ada ketelusan dalam urus niaga (tanpa melalui tender terbuka) yang dilakukan oleh kerajaan negeri apabila ke semua projek terlibat tidak disusuli dengan sebarang statistik jumlah syarikat swasta yang terlibat sama ada menerima tender projek secara terbuka atau tertutup atau sebarang laporan berkaitan sebaliknya hanya membentangkan secara lisan apabila ianya mendapat desakan.
6.Lim Guan Eng bukan sahaja berbohong dengan diri sendiri tetapi juga berbohong kepada seluruh warga Pulau Pinang dan rakyat Malaysia apabila Kerajaan Negeri di bawah pentadbirannya sendiri GAGAL untuk menjadikan cadangan yang dikemukakan oleh Lim Guan Eng sendiri di Dewan Rakyat pada 2008 yang lalu sebagai asas kepada pentadbirannya.
Lim Guan Eng hilang INTEGRITI dan kesan daripada tindakan sedemikian sudah pun dibuktikan dengan kepincangan pentadbiran Kerajaan Negeri yang kini sedang berdepan dengan pelbagai skandal penipuan melibatkan projek-projek mega yang bermasalah.
Jika Lim Guan Eng dalam cadangannya berkenaan Akta SPRM pada 2008 menyebut bahawa “sekiranya sebarang kontrak kerajaan atau kontrak pembekalan kerajaan dibuat tanpa tender terbuka ia akan dianggap sebagai suatu kesalahan yang boleh ditakrifkan sebagai amalan rasuah dan tindakan undang-undang bolehlah diambil” maka merujuk kepada cadangan tersebut sewajarnya segala tindak tanduk Lim Guan Eng dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada hari ini adalah SATU KESALAHAN dan ianya adalah satu AMALAN RASUAH yang harus dikenakan tindakan undang-undang !
Jelas Lim Guan Eng bukan sahaja GAGAL selaku pemimpin dan pentadbir tetapi juga GAGAL membuktikan dirinya adalah setelus kata-katanya sendiri apabila hari ini Lim Guan Eng sedang berdepan tindakan undang-undang di mahkamah atas dakwaan korupsi berkaitan pengezonan semula dua plot tanah pertanian bagi kegunaan perumahan di Balik Pulau, dan pembelian sebuah banglo bernilai RM2.8 juta, harga yang didakwa di bawah harga pasaran sebanyak RM4.27 juta dari seorang ahli perniagaan yang berkepentingan dalam projek berkaitan kerajaan negeri.
Kalau setakat IBR yang sebelumnya macam-macam dolak-dalih tu tak perlulah kot Guan Eng sembang kencang sangat sebab jelas apa yang berlaku sebelum dan terkini membuktikan tokong pujaan para macai Pakatan Harapan ini langsung tak punya INTEGRITI !
No comments:
Post a Comment