Friday, 8 September 2017

PKR, PAN DAN PPBM ADALAH ALAT DAP UNTUK MEMPERDAYA BANGSA MELAYU

Top Dog Pakatan Harapan sebenar
Parti-parti pembangkang berteraskan Melayu (tetapi tiada jati diri Melayu) seperti PPBM, PAN dan termasuk juga PKR merupakan alat DAP untuk memperdayakan orang Melayu agar mereka dapat menguasa kaum tersebut semasa pilihan raya. Tidak lebih dari itu. Mereka boleh berjanji dengan pelbagai janji-janji manis untuk mengekal hak-hak istimewa bumiputera, Islam sebagai agama persekutuan dan sebagainya, namun kuasa penentu adalah di tangan DAP, sebab mempunyai kerusi parlimen terbanyak iaitu 37 kerusi, bukan ketiga-tiga parti yang kononnya Melayu itu yang PKR hanya mempunyai 28 kerusi, PAN hanya 6 kerusi dan PPBM hanya 1 kerusi.
Tujuh orang boneka DAP dalam Pakatan Harapan
Berasaskan perkembangan politik terkini Lim Kit Siang atau DAP yang terdesak untuk menguasai negara ini dengan menarik penggundi Melayu dengan exploitasi pemimpin-pemimpin Melayu dalam Pakatan Harapan. Oleh itu di meminta rakyat terutama orang Melayu agar tidak tertipu dengan retorik kata-kata pimpinan parti-parti Pakatan Harapan berteraskan bangsa Melayu seperti PPBM, PKR dan juga PAN, yang kononnya akan tetap memelihara asas-asas fundamental seperti Islam dan hak-hak istimewa bangsa Melayu jika mereka diberikan kuasa untuk memerintah negara.
Hakikatnya, kesemua pemimpin-pemimpin parti tersebut akhirnya akan terpaksa  tunduk kepada ideologi politik Malaysian Malaysia DAP dan terpaksa bergantung talian hayat kepada kekuatan parti itu yang dianggap cauvinis Cina dan rasis itu demi untuk berkuasa.
Tambah lagi, biarpun pimpinan parti-parti seperti PPBM dan PAN menguar-uarkan kepada rakyat bahawa isu hak keistimewaan Bumiputera dan Islam akan terus dipelihara, namun pimpinan parti-parti tersebut tidak dapat menafikan bahawa mereka  akhirnya terpaksa tunduk kepada kehendak DAP dalam urusan pentadbiran dan sebagainya.
Sebenarnya sudah banyak contoh di mana parti-parti pembangkang yang bernaung di bawah pakatan pembangkang terpaksa tunduk dengan kehendak DAP. Contoh satu ketika dulu, kalau kita masih ingat tentang isu penjualan arak di kedai-kedai 24 jam di negeri Selangor, akhirnya kerajaan negeri Selangor terpaksa juga tunduk dengan kehendak seorang wakil DAP. Isu arak itu juga antara penyebab bekas pesuruhjaya Pas Selangor, Dato Dr Hassan Ali akhirnya tersingkir dari pentadbiran negeri.
Begitu juga ketika Perak jatuh ke tangan pembangkang. Biarpun YB Nizar Jamaluddin daripada PAS dilantik sebagai Menteri Besar Perak, namun ternyata DAP lah yang menguasai pentadbiran negeri Perak apabila segala keputusan yang mahu dibuat perlu merujuk kepada pimpinan DAP terlebih dulu. Tidak hairanlah Nizar boleh buat keputusan untuk menyerahkan hak milik tanah kampung baru Cina kepada penduduk kampung tersebut yang majoriti penghuninya merupakan bekas PKM (Parti Komunis Malaya) dengan hak milik selama 999 tahun, yang mana tidak pernah berlaku pun sebelum ini. Bekas pasukan keselamatan seperti Polis dan Tentera yang banyak berkorban menentang PKM pun tidak beri tanah seperti yang dianugerahkan oleh kerajaan negeri Perak itu.
Sama juga kes pertelagahan antara PAS dan DAP yang menyebabkan pakatan pembangkang berpecah sebanyak dua kali. Perpecahan itu dikatakan berpunca apabila PAS yang tidak mahu tunduk kepada kehendak dan idelogi politik Malaysia Malaysian DAP yang liberal dan tidak sesuai untuk sebuah negara Islam seperti di Malaysia ini.
Parti-parti pembangkang berteraskan Melayu (tetapi tiada jati diri Melayu) seperti PPBM, PAN dan termasuk juga PKR merupakan alat DAP untuk memperdayakan orang Melayu agar mereka dapat menguasai kaum tersebut semasa pilihan raya. Tidak lebih dari itu. Mereka boleh berjanji dengan pelbagai janji-janji manis untuk mengekal hak-hak istimewa bumiputera, Islam sebagai agama persekutuan dan sebagainya, namun kuasa penentu adalah di tangan DAP, sebab mempunyai kerusi parlimen terbanyak iaitu 37 kerusi, bukan ketiga-tiga parti yang kononnya Melayu itu yang PKR hanya mempunyai 28 kerusi, PAN hanya 6 kerusi dan PPBM hanya 1 kerusi.
Justeru itu, adalah diharapkan agar pengundi, khususnya pengundi Melayu sedar akan hakikat penguasaan DAP dalam Pakatan Harapan dalam senario politik pembangkang hari ini.
Seperti yang kita tahu, pimpinan DAP mungkin tidaklah begitu kemaruk mahukan jawatan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar atau apa saja. Oleh itu DAP boleh disamakan seperti Zionis atau Yahudi di Amerika Syarikat, walaupun mereka tidak minat menjadi Presiden Amerika Syarikat atau Senator di senate Amerika Syarikat namun pengaruh atau kuasa Yahudi tetap ada sama ada dasar luar atau pentadbiran White House Amerika Syarikat. Bagi DAP tidak ada masalah dan sanggup untuk membenarkan ‘muka Melayu’ memegang jawatan tersebut, asalkan mereka yang menguasai dan menentukan apa juga keputusan yang dibuat oleh di pemegang jawatan itu untuk urusan pentadbiran, politik dan sebagainya.
Inilah yang sepatutnya kita sedar. Hakikatnya hari ini, DAP lah yang menguasai Pakatan Harapan dengan kekuatan kerusi yang ada pada mereka, dan parti-parti lain yang berwajah Melayu itu hanyalah alat atau boneka DAP untuk melaksanakan hasrat mereka bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang liberal serta sama rata dan bukannya kesaksama seperti sekarang..
Konsep sama rata yang ingin dilaksanakan oleh DAP amat tidak sesuai di negara ini, memandangkan Malaysia atau dulunya dikenali sebagai Tanah Melayu (Malay Land atau Land of the Malays) mempunyai adat, budaya dan sejarahnya yang tersendiri sejak ribuan tahun dulu.
Jika Pakatan Harapan diberi mandat oleh rakyat untuk menguasai parlimen dan mentadbir negara, adalah tidak mustahil bahawa segala apa yang telah termaktub di dalam perlembagaan selama ini, khususnya dalam hal-hal agama Islam dan bangsa Melayu akan berubah mengikut acuan dan kehendak DAP.

No comments:

Post a Comment