Kenyataan Lim Kit Siang memanipulasi kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak itu adalah sebagai langkah selamat DAP, untuk menutupi agenda mereka memecah belahkan orang Melayu demi melemahkan kuasa politik bangsa tersebut.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang sengaja memanipulasikan kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak bahawa beliau mengakui UMNO akan kalah dan bakal kehilangan sokongan majoriti orang Melayu terhadap parti itu pada PRU ke 14 ini jika bangsa Melayu terus berpecah belah.
Menurut kenyataan tersebut, mungkin Lim Kit Siang tidak faham bahawa kenyataan Datuk Seri Salleh Said Keruak adalah sebagai satu peringatan dan amaran yang pernah disuarakan oleh ramai pemimpin UMNO yang lain sebelum ini, di mana sekiranya bangsa Melayu terus berpecah belah, ia dapat memberikan kesan kepada kemenangan UMNO dan BN pada PRU yang akan datang.
Tapi jika dilihat daripada segi realitinya,UMNO sebagai parti tonggak terbesar bangsa Melayu masih lagi mendapat sokongan yang padu daripada orang-orang Melayu. Walaupun pihak pembangkang memainkan pelbagai isu seperti isu fitnah 1MDB dan sebagainya, namun ternyata isu tersebut hari ini tidak lagi begitu memberi kesan terhadap pengundi Melayu.
Ini dapat dilihat daripada dua PRK di Sungai Besar dan juga Kuala Kangsar di mana sokongan pengundi Melayu terhadap UMNO dan BN masih kukuh dengan peningkatan majoriti kemenangan yang diperolehi oleh BN berbanding PRU ke 13 sebelum ini, biarpun pembangkang menjadikan isu fitnah 1MDB ini sebagai tema kempen mereka pada PRK tersebut.
Begitu juga dengan isu Tun Mahathir yang hari ini sudah berpihak kepada pembangkang di mana kesannya memang ada, tetapi ianya tidak cukup kuat untuk menghakis sokongan padu orang Melayu terhadap UMNO dan juga BN. Memang ada segelintir ahli-ahli UMNO yang keluar parti menyertai PPBM, namun gelombang tersebut cukup lemah dan tidak mampu menjejaskan kekuatan UMNO.
Kalau nak bercerita tentang isu ahli keluar parti, di sebelah pembangkang juga berlaku perkara ini, malah lebih teruk lagi apabila bukan sahaja ahli yang keluar parti, malah pemimpin mereka sendiri lebih ramai yang meletakkan jawatan dan keluar parti, seperti mana yang berlaku pada Dap Sabah dan lain-lain lagi sebelum ini.
Kenyataan Lim Kit Siang memanipulasi kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak itu adalah sebagai langkah selamat DAP, untuk menutupi agenda mereka memecah belahkan orang Melayu demi melemahkan kuasa politik bangsa tersebut.
Melalui kenyataan Kit Siang itu, kami lihat beliau cuba meletakkan kesalahan terhadap UMNO apabila berlakunya perpecahan di kalangan bangsa Melayu. Sedangkan hakikatnya, DAP lah yang memainkan peranan di belakang tabir untuk menghasut dan melakukan adu domba di kalangan orang Melayu untuk memecah belahkan kuasa politik mereka.
Dan apabila Datuk Seri Salleh Keruak mengatakan bahawa DAP boleh berkuasa sekiranya Melayu berpecah belah, beliau bimbang kenyataan menteri tersebut akan menyedarkan bangsa Melayu yang masih lagi belum sedar tentang startegi divide and conquer yang digunakan oleh DAP terhadap bangsa Melayu dalam usaha ke arah itu.
Maka sebab itulah, beliau cepat-cepat membuat kenyataan menyalahkan UMNO berhubung isu perpecahan Melayu ini, sedangkan hakikatnya merekalah yang menjadi tangan-tangan ghaib yang melakukan provokasi bertujuan memecahkan kekuatan politik bangsa Melayu di negara ini.
Kami yakin bahawa pengundi-pengundi di negara ini, khususnya bangsa Melayu tidak berfikiran singkat membuat keputusan untuk melakukan peralihan undi secara total daripada BN kepada pakatan harapan.
Kami yakin, pengundi di negara ini, terutama di kalangan orang Melayu kini sudah sedar dan tahu bahawa serangan demi serangan terhadap Datuk Seri Najib itu hanyalah satu tuduhan fitnah pembangkang semata-mata, tanpa dapat mengemukakan bukti kukuh terhadap tuduhan tersebut. Tanpa fitnah, pembangkang tidak ada isu untuk diketengahkan untuk menarik sokongan rakyat. Ini memandangkan mereka tidak ada langsung sebarang kecermelangan yang telah disumbangkan kepada rakyat dan negara setakat ini sejak wujudnya parti pembangkang di negara ini.
Isu fitnah 1MDB yang diulang-ulang oleh pihak pembangkang itu pun sebenarnya sudah menjadi isu basi di kalangan rakyat, memandangkan sudah jelas hari ini bahawa tuduhan pembangkang kononnya Datuk Seri Najib terlibat dalam penyelewangan tersebut sudah pun terjawab dengan kenyataan dari syarikat 1MDB, siasatan PAC, termasuk dengan kehadiran Raja Arab Saudi, Raja Salman ke Malaysia baru-baru ini.
Dan kami juga yakin, bahawa rakyat juga melihat dan memerhatikan ketidak tentuan dan kecelaruan yang berlaku di dalam Pakatan Harapan, apabila begitu banyak isu-isu yang tidak selesai, ditambah lagi dengan perbalahan antara sesama parti pembangkang, termasuklah isu-isu dalaman seperti isu pemilihan semula CEC DAP yang belum selesai hingga kini, isu perpecahan PPBM yang mana pemuda ARMADA nya telah mula mempersoalkan kredibiliti Pengerusinya Tun Mahathir dan juga isu PKR yang kini terpecah kepada dua kumpulan. Malah terkini PKR telah terpecah kepada tiga kumpulan iaitu Presiden (Dr Wan Azizah), Timbalan Presiden (Azmin Ali) dan Naib Presiden (Rafizi).
Apakah kita sebagai seorang pengundi yang rasional dan mampu berfikir secara matang, akan memberikan mandat kepada satu pakatan parti politik pembangkang yang dalam keadaan tidak pernah stabil, caca merba, tidak ada persefahaman serta seringkali berbalah sesama sendiri untuk mentadbir sebuah negara, jika mahu dibandingkan dengan BN yang jauh lebih stabil dan kukuh biarpun mempunyai 13 buah parti di dalamnya? Kami fikir rakyat tidak sekali-kali boleh menerimanya. Kerana rakyat akan diabaikan kerana mereka sibuk 24 jam berpolitik sehingga mengabaikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat.
No comments:
Post a Comment