Tuesday 26 September 2017

MACAM MANA DIKATAKAN PEMINUM ARAK MEMPUNYAI HAK?

Kerajaan PKR Selangor tidak akan menghalang jika pesta arak Better Beer Festival 2017 mahu diadakan di negeri Selangor selepas pesta itu tidak dibenarkan di Kuala Lumpur.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, ini sejajar dengan prinsip yang dipegang oleh Kerajaan Negeri Selangor iaitu menghormati hak kaum dan agama lain.

Sebenarnya Azmin Ali harus disekolahkan terlebih dahulu sebelum membenarkan pesta tersebut diadakan di Selangor.

Beliau harus faham bahawa arak bukanlah milik mana-mana agama atau kaum dan arak jelas ditentang oleh semua agama. Selain memudaratkan manusia seperti memabukkan dan ketagihan, ia juga mewujudkan masalah sosial seperti pergaduhan yang tidak terkawal sehingga mengakibatkan pembunuhan dan kemalangn jalan raya atau mungkin kase rogol atau liwat. Kemudaratannya kepada manusia lebih kurang sama dengan kemudaratan mengambil dadah. Jikalau dadah boleh diharamkan, mengapa tidak terhadap minum arak? Kedua-duanya mewujudkan masalah sosial.


Selain itu apa yang dilihat ia jelas tidak menghormati sensitiviti agama lain selain mencabar keharmonian hidup beragama demi untuk meraih undi peminum arak tegar yang kebanyakkannya bukan Islam.

Satu persoalan yang ingin dibangkitkan kepada Azmin Ali, arak ini milik agama dan kaum mana? Kalau beliau nak kata hormati agama dan kaum lain, terlebih dahulu buktikan arak ini milik siapa?

Kristian, Buddha, Hindu dan apatah lagi Islam semuanya menolak arak kerana ia memudaratkan manusia serupa seperti dadah. Kaum lain tidak dihalang untuk minum arak tetapi jangan buat pesta kerana ia mencabar dan tidak menghormati perlembagaan negara ini di mana Islam adalah agama persekutuan.

Sementara itu banyak pihak menyuarakan kekecewaan terhadap Azmin Ali kerana didakwa gagal menjaga maruah Islam walaupun beliau sendiri seorang Islam (tak taulah kalau sudah tukar agama kerana kemaruk dengan politik) kerana baginya politik adalah segalanya, Islam tidak penting baginya. Padanya dirinya adalah penting daripada Islam demi untuk mendapatkan kuasa. Adakah beliau layak diundi oleh Melayu Islam pada pilihan raya umum akan datang? Oleh itu adalah diharapkan agar orang Melayu Islam kali ini 'tidak akan mudah lupa' untuk menolak Azmin Ali, yang mana bertentangan dengan rakanya Mahathir, ‘Melayu Mudah Lupa’.

Dengan isu ini Azmin Ali secara terang-terang tanpa berselindung telah membuka pintu dengan seluasnya untuk Perlembagaan Persekutuan Bahagian I Perkara 3(1) -Islam Sebagai Agama Persekutuan dicabar oleh pihak bukan Islam yang mempunyai agenda tersendiri untuk menulis semula perlembagaan negara ini. Itulah ibaratnya jika  pokok yang sudah condong, bukan sahaja ular, kura-kura juga turut naik.

Selama ini kita orang Islam tidak pernah halang kaum lain minum arak, malah kilang arak pun wujud di Selangor.

Apakah mereka menghormati Islam dengan mengadakan pesta arak? Sebenarnya mereka sendiri tidak hormati kita orang Islam dan kenapa pulak Azmin Ali sahaja yang kena hormati mereka, atau hormat kerana politik, atau Azmin Ali sendiri barua mereka, ini tidak adil dan berat sebelah. Azmin Ali tidak layak mewakili orang Melayu Islam negeri Selangor untuk menentukan sama ada pesta arak itu boleh atau tidak boleh diadakan di negeri Selangor. Berdasrkan Bahagian I Perkara 3 (2) Perlembagaan Persekutuan, hanya D.Y.M.M Sultan Selangor sahaja melalui Majlis Agama Islam Negeri Selangor (MAIS) dan seterusnya kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang layak membuat sebarang keputusan atau undang-undang yang ada kait rapat dengan agama Islam, seperti isu pesta arak tersebut.

Ironinya jawatan Azmin Ali sebagai Menteri Besar adalah atas pekenan D.Y.M.M Sultan Selangor. Masakan beliau lebih berkuasa daripada Baginda untuk membenarkan pesta arak tersebut diadakan di negeri Selangor yang mana ia bertentangan dengan undang-undang Islam, sepatutnya di bawah bidang kuasa Sultan Selangor yang mempunyai kuasa terhadap agama Islam dan bukanya Menteri Besar seperti Azmin.

Beliau sebagai Menteri Besar boleh dengan sewenang-wenangnya membenarkan pesta arak diadakan di Selangor, tetapi ini boleh dicabar oleh rakyat Melayu Islam Selangor di mahkamah melalui ‘Semakan Kehakiman’ atau ‘Judiciary Review’ sama ada Menteri Besar mempunyai kuasa untuk menidakkan kuasa D.Y.M.M Sultan dalam melaksanakan kuasanya terhadap pelaksanaan serta perjalanan agama Islam di Selangor.

Sebagai sebuah kerajaan yang berprinsipkan Islam, kerajaan negeri tidak boleh terlalu liberal dan letakkan kebebasan mutlak sebagai keutamaan kerana pesta arak jelas membawa keburukkan hampir serupa dengan gejala dadah.









No comments:

Post a Comment