Sunday 3 September 2017

LIM GUAN ENG - BERAPA KALI MAHU BOHONG?

Apakah Lim Guan Eng telah berbohong apabila beliau mendakwa janji seorang ahli Parlimen BN hanya janji kosong? Apakah beliau sanggup untuk menafikannya?
Guan Eng mendakwa ahli Parlimen Balik Pulau, Dato’ Seri Dr Hilmi Haji Yahya pernah berjanji akan memberikan peruntukan sebanyak RM200,000 kepada SJKC Yu Chye di Sungai Pinang, Balik Pulau pada tahun 2015 tetapi sehingga hari ini masih tidak direalisasikan dan hanya tinggal janji kosong.
Tetapi apabila merujuk kepada laporan akhbar bertarikh 1 Ogos 2017, dewan sekolah tersebut telah pun diperbaiki dan dirasmikan oleh Presiden MCA, Liow Tiong Lai. Hilmi Yahya turut berada semasa perasmian tersebut. Malah, tambahan dana berjumlah RM200,000 turut diumumkan semasa program tersebut.
Realitinya, kerajaan DAP acap kali berbohong dan menabur fitnah kononnya kerajaan BN Persekutuan menganaktirikan negeri Pulau Pinang. Tetapi rakyat negeri semakin faham dengan propaganda jahat cauvinis DAP ini.
Di bawah RMK 11 (2016 – 2020), kerajaan BN telah merancang beberapa projek kesihatan untuk rakyat Pulau Pinang. Di antaranya:
1. Hospital Pulau Pinang (HPP)
a. RM13.99 juta – Projek naik taraf sedang dilaksanakan
b. Projek yang sedang dirancang iaitu:
RM6 juta – Menaiktaraf Perkhidmatan Transplan HPP
RM296.9 juta – Blok Wanita dan Kanak-kanak HPP
RM20 juta – Kerja awalan Blok Klinik Pakar dan Wad Hospital HPP
RM75 juta – Kuarters HPP
2. Hospital Seberang Jaya (HSJ)
RM17.8 juta – Projek Naiktaraf HSJ
RM486.2 juta – Multistorey Block HSJ
3. Hospital Balik Pulau
RM22.5 juta – Projek Naiktaraf Jabatan Kecemasan dan Pesakit Luar telah dibuat tawaran tender pada 15 Mei 2017 dan SST (September 2017).
4. Hospital Bukit Mertajam
RM7 juta – Projek menaiktaraf sistem penghawa dingin berpusat di dewan bedah dan sistem bekalan elektrik.
5. Klinik Kesihatan di Pulau Pinang.
RM30 juta – Klinik Kesihatan (jenis 2) Bandar PERDA, Seberang Perai Tengah
RM30 juta – Klinik Kesihatan (Jenis 3) Air Putih, Barat Daya
Sebelum ini pun Kerajaan BN Persekutuan telah membantu negeri Pulau Pinang walaupun telah diburuk-burukkan dan dihina oleh cauvinis DAP. Di antaranya :
1. RM2.1 billion – projek saliran dan pengairan pada RMK8, RMK9 dan RMK10
2. RM170 juta – RTB Bandar Pulau Pinang dan rawatan air Sungai Pinang.
3. RM250 juta – menaiktaraf LTAPP untuk menampung pertambahan penumpang sehingga tahun 2020.
4. RM242.50 juta – pembinaan projek jalan baru dan sambungan yang melibatkan Jalan Persekutuan dan Negeri.
5. RM125.68 juta – pembinaan sekolah baru dan bangunan tambahan, termasuk projek sambungan sekolah
6. RM18.5 juta – Pembangunan Punca Air di Skim Pengairan Sungai Acheh.
7. RM50.3 juta – pembinaan rumah kos rendah dan sederhana.
8. RM5.7 billion – Untuk RMK11, 144 projek melibatkan 81 projek baru dan 63 projek sambungan meliputi kemudahan infrastruktur, kesihatan, pendidikan, peluang pelaburan, peningkatan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
9. RM768 juta – Projek dalam tempoh Rolling Plan 2016 (RP1 2016)
10. 33,943 – unit rumah kos rendah, sederhana dan mampu milik akan dibina oleh Jabatan/Agensi Persekutuan di Pulau Pinang seperti PPA1M. Perbadanan PRIMA, PERDA, JKP SDN BHD, UDA Holdings dan SPNB.
11. 9,444 – unit darinya telah di kemukakan permohonan Pelan Kebenaran Merancang tapi masih belum diberikan kelulusan oleh Kerajaan DAP Negeri sejak 2012.
12. RM1.2 bilion – geran untuk memperbesarkan empangan Mengkuang
Sudah tiba masanya untuk rakyat Pulau Pinang menolak kerajaan DAP negeri pada PRU14 kelak. Mereka telah gagal mentadbir negeri, malah terpalit dengan pelbagai skandal yang melibatkan bilion ringgit wang rakyat.

No comments:

Post a Comment