Saturday, 9 September 2017

PAKATAN HARAPAN HIDUNG TAK MANCUNG PIPI TERSORONG- SORONG

Disebalik bergaduh tentang sama ada mereka bersetuju atau tidak bersetuju untuk rujuk kembali dengan PAS, mereka harus menyemak terlebih dahulu sama ada PAS berhasrat untuk merujuk kembali dengan mereka. Sekiranya tidak bak pepatah Melayu mengatakan ia sebagai ‘hidung tak mancung pipi tersorong-sorong’ .

Pakatan Gila Talak
Sebenarnya Pakatan Harapan sedang mengidap SSP atau Sindrom Selepas Penceraian. Orang Melayu memanggilnya Gila Talak . Keadaan ini berlaku apabila anda menceraikan pasangan anda (biasanya lelaki menceraikan permpuan dan ini boleh dilakukan dengan lafas mudah ‘Saya dengan ini menceraikan anda’ walaupun setengah orang mengatakan email, SMS atau WhatsApp sah digunakan) dan kemudian anda menyesal melakukannya.
Dalam Islam anda dibenarkan untuk menceraikan isteri anda dua kali (sudah tentu, penceraian kedua hanya boleh berlaku apabila anda kahwin semula setelah penceraian pertama). Setelah anda bercerai kali ketiga yang mana anda kahwin sekali, lepas itu kahwin kali kedua, dan kemudian bercerai, dan kemudian kahwin kali ketiga, dan kemudian bercerai lagi (tiga kali kahwin dan tiga kali bercerai). Bagaimanapun, setelah anda menceraikan isteri anda buat kali ketiga anda tidak boleh mengahwininya semula. Melayu memanggil ini sebagai Talak Tiga. Orang Amerika memanggilnya ‘three strikes and you are out.
Rombongan menziarah Tuan Guru Haji Abdul Hadi kerana

'hidung tak mancung pipi tersorong-sorong'.
Sekiranya anda mahu mengahwininya semula setelah penceraian kali ketiga, isteri anda perlu untuk berkahwin dengan orang lain terlebih dahulu. Setelah isteri anda mengahwini orang lain dia harus diceraikan oleh orang itu sebelum anda boleh mengahwininya untuk kali ke empat. Orang lain ini yang dikahwini oleh isteri anda dikenali Cina Buta. Mengapa ia dipanggil Cina Buta tidak diketahui tetapi ia mungkin ada sebab dan mempunyai certa disebaliknya.
Oleh itu, setelah menceraikan isteri anda sekali lagi, setelah kahwin ketiga, anda tidak boleh kahwin sekali lagi kali ke empat. Anda harus mencari Cina Buta untuk dikahwinkan dengan isteri anda dan kemudian Cina Buta ini harus menceraikan dia. Sekiranya Cina Buta ini tidak menceraikan bekas isteri anda dan membuat keputusan untuk terus berkahwin dengan bekas isteri anda, maka kemudian anda akan menghadapi satu masalah yang besar.
Ini telah berlaku banyak kali, malah satu ketika berlaku kepada kawan saya. Dan dia merasa kecewa apabila kami melawak dan beritahu kepadanya, “Lain kali carilah Cina Buta. Ini cari Cina Celek buat apa?Bagaimana kawan saya itu tidak melihat keseluruh keadaan sebagai kelakar sebagaimana kami lihat memandangkan Cina Buta sebenarnya ialah Cina Celek yang muda, lelaki kacak yang bekas isteri kawan saya mungkin fikir satu urusa yang baik berbanding kawan saya yang dua kali ganda daripada umur suami Cina Buta bekas isteri saya.
Secara biasa, kawan saya itu telah mengidap Gila Talak, tetapi seperti kata orang Melayunasi sudah jadi bubur. Oleh itu yang terbaik yang kawan saya boleh lakukan ialah menghirup bubur dalam kesunyian serta marah.
Tetapi apa lebih melucukan ialah Gila Talak yang sedang dihidapi oleh Pakatan Harapan. DAP menceraikan PAS pada 1995 setelah perkahwinan  APU-Gagasan pada 1990. Kemudian DAP menceraikan PAS pada 2001 setelah perkahwinan  Barisan Alternatif pada 1999. Kemudian, untuk kali ketiga, DAP menceraikan PAS pada 2015 setelah perkahwinan Pakatan Rakyat pada 2008. Itu menjadikan Talak Tiga dan mereka tidak lagi boleh mengahwini PAS untuk kali ke empat sehigga PAS berkahwin dengan orang lain sebagai Cina Buta.
Tetapi kemudian PAS tidak berhasrat mengahwini sesiapa sebagai Cina Buta atau kahwin dengan DAP untuk kali ke empat. Bagaimanapun, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Rafizi Ramli, Tun Dr Mahathir Mohamad, Saifuddin Nasution, Latheefa Koya, dan banyak lagi pemimpin lain DAP, PKR, PAN and PPBM , sedang bergaduh tentang sama ada mereka patut atau tidak berkahwin semula dengan PAS untuk kali ke empat.
Isu di sini ialah bukan sama ada mereka akan atau tidak akan rujuk kembali dengan  PAS. Isu nya sekarang adakah PAS mahu rujuk kembali kepada DAP dan  parti-parti yang sewaktu dengannya seperti PKR, PPBM dan PAN?
Di sebalik bergaduh tentang sama ada mereka bersetuju atau tidak setuju untuk rujuk kembali kepada PAS, mereka harus semak terlebih dahulu sama ada PAS berhasrat untuk rujuk kembali dengan mereka. Jikalau tidak seperti pepatah Melayu mengatakan ini sebagai ‘hidung tak mancung pipi tersorong-sorong’.


No comments:

Post a Comment