Thursday 7 September 2017

APA YANG RAFIZI MAHU?

Kenyataan Lim Sian See terhadap Rafizi.

1. Saya menjawab permohonan YB Rafizi Ramli untuk berdebat dengan saya tentang perkara berkaitan dengan pemungutan cukai.
2. Walaubagaimanapun, banyak orang berpendapat bahawa cabaran beliau itu merupakan cubaan Rafizi untuk mengalih perhatian daripada perbalahan dalaman parti beliau dan luaran parti seperti dengan Dato’ Ambiga Sreenevasan yang mana  Rafizi dengan pelik menuduhnya sebagai anti-Pakatan Harapan.
3. Saya perlu akui bahawa sarkas dan gelagat pertarungan beliau dan kekecohan dalaman Pakatan Harapan untuk jadikan tontonan yang menarik.
4. Terkini hari ini seolah-olah Rafizi mendedahkan perbualan peribadi antara keduanya dengan Ambiga seorang tokoh yang telah memberi sesuatu dokumen yang telah menyumbang kepada kegagalan “Langkah Kajang” yang telah menyingkirkan Menteri Besarnya sendiri.
5. Supaya tidak menganggu pertarungan Rafizi dan untuk mengelakkan masalah beliau dialih perhatian, Rafizi sepatutnya harus mencabar saya semula untuk berdebat dengannya dalam tempoh sebulan lagi. Bagaimanapun isu ini tidak terlalu mendesak untuk didebatkan.
Mungkin dalam tempoh sebulan, pertarungan Rafizi akan berakhir atau beliau meninggalkan parti atau beliau dipecat daripada parti.
6. Tambahan, saya tidak faham apakah sebenarnya yang tidak menyenangkan Rafizi dengan kutipan cukai tahun-tahun yang lepas.
7. Mulanya Rafizi mendakwa bahawa kutipan cukai telah melangkaui pertumbuhan KDNK di mana beliau dakwa telah membebankan rakyat. Beliau kemudian meminta kerajaan untuk mengurangkan cukai pendapatan dan cukai korporat memandangkan GST telah diperkenalkan.
8. Setelah saya menjelaskan bahawa kedua kadar cukai korporat dan cukai pendapatan telah dikurangkan dengan nyata sekali sejak 2008, Rafizi kemudian mengakui bahawa kadarnya telah sesungguhnya dikurangkan dan menerimanya bahawa rakyat membayar cukai yang kurang dan banyak individu sekarang telah dikecualikan membayar cukai pendapatan.
9. Bagaimanapun , beliau sekarang membuat satu isu bahawa kutipan cukai pendapatan menurun hampir setengah daripada RM 51.3 bilion pada 2012 kepada RM 27.6 bilion pada 2016.
10. Ini sesungguhnya satu yang pelik memandangkan permulaannya Rafizi mengadu bahawa kutipan cukai oleh kerajaan melangkaui pertumbuhan KDNK tetapi sekarang beliau merungut bahawa kutipan cukai pendapatan telah berkurangan hampir separuh.
11. Adakah tidak dengan mengutip cukai pendapatan yang rendah daripada rakyat disebabkan kerajaan mengurangkan kadar cukai pendapatan pada masa yang sama memberi banyak pengecualian dan potongan bukan satu perkara yang baik untuk rakyat?
Mengapa Rafizi sekarang tidak gumbira bahawa kerajaan memungut cukai pendapatan yang kurang daripada rakyat – yang mana merupakan rancangangan kerajaan sendiri untuk mengurangkan kutipan cukai pendapatan yang merupakan sebahagian daripada reformasi percukaian GST selaras dengan penghapusan cukai jualan dan cukai perkhidmatan?
12. Rafizi kemudian merungut bahawa kutipan cukai korporat melebihi dua kali ganda. Mungkin Rafizi perlu faham bahawa bayaran cukai korporat dibuat atas keuntungan yang dibuat oleh syarikat.
13. Tidakkah Rafizi berasa gembira bahawa disebalik kerajaan menurunkan kadar cukai korporat daripada 27% kepada 24% sejak 2007, dengan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang baik telah membawa banyak peningkatan keuntungan dan oleh itu meningkatkan pungutan cukai korporat?
14. Atau adakah Rafizi lebih gembira sekiranya syarikat disebaliknya kerugian wang dan membayar cukai korporat yang kurang atau tiada membayar langsung cukai korporat?
15. Mungkin Rafizi harus menarik nafas yang mendalam, berundur kebelakang dan berfikir dengan berhati-hati apakah sebenarnya yang beliau tidak gembira dan apakah yang beliau cuba untuk mendakwa sebelum mencabar sesiapa untuk berdebat.

No comments:

Post a Comment