Monday 18 September 2017

TUN MAHATHIR BAYAR PELOBI BERJUTA-JUTA RINGGIT

“Khazanah untung tuan-tuan, Ali Baba syarikat China dia senaraikan di Amerika Syarikat, kita beli saham Alibaba kita untung AS$1 bilion atau RM4 bilion. Keuntungan ini kita beli syarikat teknologi tinggi pembangkang tiada modal lagi dia tipu dan kelirukan rakyat supaya rakyat benci pada kerajaan”.

Ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Amerika Syarikat (AS).

Ada orang kritik lawatan saya ke Rumah Putih termasuk bekas Perdana Menteri (Tun Dr. Mahathir Mohamad). Saya nak bagi tahu waktu dia jadi Perdana Menteri dia nak jumpa Presiden George W. Bush.

Dr. Mahathir bayar pelobi berjuta-juta ringgit. Saya tahu. Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (Timbalan Perdana Menteri) pun tahu.

Saya nak bagi tahu pelobi itu yang menjadi perantara namanya Ken Schiller. Siapa yang Dr. Mahathir gunakan? Allahyarham Tan Sri Megat Junid sebagai perancang utama.

Tahu macam mana bayar? Dia bayar melalui kontrak Tenaga Nasional Bhd. (TNB), kontrak arang batu berjuta-juta ringgit dibayar kerana apa, sebab nak sangat jumpa Presiden Bush.

Tetapi Dr. Mahathir tak dapat sambutan yang sama seperti saya dapat. Masalah Malaysian Airlines pun berpunca daripada Dr. Mahathir yang kita terpaksa selesaikan sekarang.

Siapa yang swastakan Malaysian Airlines masa kerajaan beli balik tiga kali dari harga pasaran, siapa punya keputusan siapa punya angkara?

Sekarang ini kita selamatkan Malaysian Arlines, jadi jangan tipu rakyat. Cukup, cukuplah, banyak sangat penipuan.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pun tertipu lagi. Saya dapat laporan Dr. Mahathir sebut pada 26 April 2005.

Dia sebut KWSP patut melabur lebih di luar negara supaya penyimpan deposit dapat dividen lebih. Ini kenyataan Dr. Mahathir pada tahun 2005. Tuan-tuan kita melabur di luar negara keuntungan itu kita bawa balik.

KWSP pada tahun ini keuntugan pelaburan luar negaranya ialah RM1.10 bilion lebih tinggi daripada pulangan dalam negara. KWSP ada dana RM760 bilion, tak kan semua nak labur di Bursa Malaysia. Kalau dia melabur semua di Bursa Malaysia tiada orang lain boleh beli saham. Tak kan semua nak letak di Malaysia, kita labur di luar negara.

Khazanah untung tuan-tuan, Ali Baba syarikat China dia disenaraikan di Amerika Syarikat, kita beli saham Alibaba kita untung AS$1 bilion atau RM4 bilion. Keuntungan ini kita beli syarikat teknologi tinggi, pembangkang tiada modal lagi dia tipu dan kelirukan rakyat supaya rakyat benci pada kerajaan.

Itu nawaitu dia, jadi dia buat pusingan U. Itu perkara biasa, u-turn, u-turn, u-turn dan lebih banyak lagi u-turn.

Tapi tak apa, kita ada banyak rekod apa dia cakap dulu. Rakyat akan menilai nanti insya-Allah rakyat akan lebih percaya kepada Barisan Nasional (BN).


No comments:

Post a Comment