Tuesday 3 October 2017

ADAKAH LIM KIT SIANG BILIONAIR PENCETAK WANG YANG BARU?

PETALING JAYA: Adakah penasihat DAP Lim Kit Siang akan menafikan dakwaan terkini yang dibuat oleh bloger Raja Petra Kamaruddin, atau beliau akan berdiam diri ?
Aktivis Sosial Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, dalam menanyakan ini, mahu tahu sekiranya Lim adalah bilionair pencetak wang yang baru, sebagaimana yang dicadangkan oleh Raja Petra dalam satu artikelnya yang disiarkan minggu lepas.
Raja Petra mendakwa bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad telah menawarkan sogokan kepada Lim berjumlah RM1 bilion supaya mantan Perdana Menteri dijadikan pengerusi Pakatan Harapan.
Sebahagian daripada rundingan tersebut, menurut Raja Petra, adalah Lim tidak akan mendedahkan terhadap skandal pertukaran wang asing (forex)Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun 90an dan anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir diberi kerusi Parlimen selamat untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum akan datang.
Bloger berkenaan mendakwa bahawa RM750 juta telah dibayar setakat ini, dan setelah kerusi Mukhriz dipastikan, bakinya akan dibayar.
Bercakap pada satu sidang media di Hilton Hotel (video di bawah), di sini hari ini, Tunku Abdul Aziz berkata ahli DAP dan penyokong setia Lim mempunyai hak untuk mengetahui apakah keadaan isu ini.
Adakah Lim akan menafikan dakwaan yang Raja Petra telah buat dan meneruskan saman terhadap dia?” tanya Tunku Abdul Aziz.
Beliau menegaskan bahawa ahli DAP members, penyokong setia Lim dan orang awam yang akan mengundi PRU akan datang mempunyai hak dalam demokrasi di Malaysia untuk diberitahu kebenaran oleh pemimpin politik yang berhasrat untuk memimpin negara. 
Sekiranya beliau gagal untuk menafikan yang beliau telah dibeli dengan RM 1 bilion dan akibat ini menyaman Raja Petra, rakyat Malaysian kemudian harus membuat rumusan yang lojik yang Lim telah tunduk kepada sogokan dan rasuah,” kata mantan naib pengerusi kebangsaan DAP itu.
Apabila ditanya sekiranya Dr Mahathir juga harus memberi respond, Tunku Abdul Aziz berkata adalah adil mantan Perdana Menteri itu hanya memberi pengesahan atau menafikannya.
Sebagaimana yang kita telah diberi tahu beberapa kali, dalam sebarang kase rasuah, ia perlu ada dua pihak. Lim sendiri tidak mungkin akan melakukan tarian rasuah ini. Mahathir, menurut Raja Petra, pihak yang membayar.
Beranikah beliau secara terbuka dan menyatakan kedudukan beliau? Sekiranya ia palsu, nafikan dan saman Raja Petra untuk mengajar beliau,” tambah Tunku Abdul Aziz. – MO

No comments:

Post a Comment