Tuesday, 17 October 2017

DEBERAN MENUNGGU LAPORAN RCI KERUGIAN FOREX BANK NEGARA UNTUK PENGETAHUAN RAKYAT


Hanya satu cara Mahathir dan anak-anaknya boleh menyakinkan rakyat Malaysia bahawa mereka bukan penjenayah dan harta kekayaan mereka tidak  datang dari Bank Negara atau punca-punca lain seperti rasuah dan salah guna kuasa, dengan menunjukkan daripada pelbagai punca supaya dapat dilihat dari mana puncanya kekayaan mereka. Mahathir dan anak-anaknya harus berani tunjukkan segala buktikan  kekayaan yang diperolehi setakat ini yang ia bukan datangnya daripada punca-punca aktiviti haram atau yang menyalahi undang-undang. Sehingga itu rakyat Malaysia haruslah menganggapkan bahawa segala kekayaan yang dimiliki Mahathir dan anak-anaknya dicuri daripada Bank Negara dan salah guna kuasa semasa menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.


Jumaat 13 Oktober 2017 adalah tarikh terakhir laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) akibat perdagangan mata wang asing pada awal 90-an diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Selepas prosiding kes di tutup 19 September 2017 lalu, sebanyak 25 saksi telah member keterangan di Mahkamah Rayuan 6, Istana Kehakiman, Putrajaya.

Sebanyak 42 dokumen dimasukkan sebagai keterangan sepanjang sembilan hari pendengaran mulai 21 Ogos 2017 yang lalu. Yang menariknya sepanjang prosiding yang berlangsung memperdengarkan kenyataan-kenyataan mengejutkan daripada keterangan saksi-saksi terbabit.

Ironinya pada 1994, Kit Siang menulis 38 muka surat buku bertajuk “The Bank Negara RM30 Billion Forex Losses Scandal”. Mampu menulis sebanyak itu (dan Kit Siang mendakwa beliau telah menulis dan bercakap 10 juta perkataan dalam kerjaya politiknya) yang bermakna dia tahu banyak tentang apa yang berlaku. Bagaimanapun, keterangannya di RCI tersebut hanya 30 minit sahaja. Mengapa hanya 30 minit sahaja? Macam mana tiba-tiba Kit Siang bercakap sedikit setelah bercakap banyak untuk selama melebihi 20 tahun?

Mahathir dan ketiga-tiga anaknya menjadi bilionair dalam tempoh sepuluh tahun oleh itu mereka perlu menjelaskan dari mana datangnya wang tersebut

Pada 1993, Kit Siang lah yang membawa perkara ini ke perhatian dunia. Dan, sebab pertanyaannya yang begitu mendesak, Anwar Ibrahim, ketika itu Menteri Kewangan, akhirnya secara tidak rela mengakui pada 1994 bahawa Bank Negara telah, sesungguhnya, rugi wang berjudi di pasaran pertukaran wang asing (forex). Tetapi kononnya kerugiannya kecil dan hanya kerugian atas kertas, kata Anwar.
Tetapi Anwar memberi tahu Kabinet perkara yang berlainan. Anwar memberi tahu Kabinet yang kerugian sebenar ialah RM5.7 bilion tetapi kononnya ‘perbelanjaan tertangguh’ dan ‘kerugian tidak dikesan’. Oleh itu Anwar telah berbohong kepada kedua-dua Parliamen dan Kabinet. Dan Kit Siang tahu perkara ini. Sebab itulah mengapa dia menulis bukunnya yang mengandungi 38 muka surat yang bertajuk  “The Bank Negara RM30 Billion Forex Losses Scandal”.
Hakikatnya Bank Negara rugi RM30 bilion dan bukannya RM5.7 bilion termasuk ia merupakan kerugian yang dikesan, bukan ‘perbelanjaan tertangguh’, ‘kerugian atas kertas’ atau ‘kerugian tidak dikesan’, sebagaimana didakwa Anwar. Dan Kit Siang tahu ini. Sebab itulah mengapa dia seperti anjing dengan tulang: di mana dia akan menggigit dengan kuat tulang tersebut dan tidak akan melepaskannya sementara menyalak berterusan tanpa henti.
Kemudian, pada 2012, Anwar akhirnya berlembut dan mengakuinya. Bank Negara rugi AS$10 bilion, kata Anwar, dan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin adalah di sebalik kerugian tersebut. Dukacitanya penglibatan Tun Mahathir dan Tun Daim  tidak di dedahkan semasa RCI.
Kit Siang sudah mengetahuinya, sudah tentu. Dia hanya mahu Anwar untuk mengakuinya. Tetapi malah ketika itu Kit Siang tahu Anwar tidak bercakap benar. Bukan sahaja Mahathir dan Daim yang bersalah. Anwar juga bersalah. Oleh itu Trio MAD (Mahathir-Anwar-Daim) yang sepatunya dipertanggungjawabkan. Ini juga tidak didedahkan oleh Kit Siang semasa RCI.
Kit Siang tahu yang bencana ini sebenarnya bermula pada 1988 (lapan tahun setelah Mahathir jadi Perdana Menteri). Menjelang 1991 masalah ini menjadi luar kawalan, oleh itu Mahathir dan Daim melantik Anwar sebagai Menteri Kewangan yang baru menggantikan Daim. Tugas Anwar adalah untuk melindungi Mahathir dan Daim sekirnya perkara ini meletus. Dan pada 1993 ia betul meletus. Dan orang yang meletuskannya ialah Lim Kit Siang.
Anwar namun itu terus bertegas yang kerugian Bank Negara berjudi di pasaran forex ialah RM5.7 bilion dan bukannya RM30 bilion atau AS$10 bilion. Kit Siang, disebaliknya pula, terus bertegas ia adalah RM30 bilion. Sementara Anwar bersetuju yang Bank Negara rugi RM30 bilion (dan sekarang RCI kata sebanyak RM31.5 bilion), sehingga hari ini dia masih lagi bertegas yang kerugian berjudi di pasaran forex itu hanya RM5.7 bilion.
Apakah permainan yang Anwar sedang mainkan? Pada 1994 dia kata RM5.7 bilion. Pada 2012 dia kata AS$10 bilion. Dan hari ini dia kata RM5.7 bilion.
Sebenarnya, apa yang banyak orang tidak sedar ialah, Anwar sedang menghantar satu mesej makna tersembunyi (cryptic message) kepada rakyat Malaysia. Bank Negara mungkin telah rugi RM31.5 bilion tetapi dalam jumlah itu, hanya RM5.7 bilion rugi kerana berjudi di pasaran forex. Dengan kata mudah, apa yang Anwar kata, keseluruhannya Bank Negara rugi RM31.5 billion, RM5.7 bilion daripadanya adalah rugi di pasaran forex, dan baki RM25.8 bilion hilang dengan cara yang lain’.
Oleh itu, sekiranya Bank Negara rugi RM31.5 bilion tetapi hanya RM5.7 bilion rugi berjudi di pasaran forex, apa terjadi kepada baki RM25.8 bilion? Itulah apa yang  Anwar beri tahu kita untuk rakyat bertanya. Apa terjadi terhadap baki RM25.8 bilion  wang  Bank Negara yang hilang atas angin, menurut Anwar, hanya RM5.7 bilion rugi kerana berjudi di pasaran forex?
Mahathir sendiri kata yang hanya RM5.7 bilion sahaja rugi kerana berjudi di pasaran forex. Dia juga kata tiada wang dicuri. Tetapi ketika itu Bank Negara hilang RM31.5 bilion. Oleh itu bagaimana Bank Negara boleh hilang jumlah RM31.5 bilion tetapi rugi hanya RM5.7 bilion bermain pasaran forex dan namun tiada wang, kata Mahathir, telah dicuri? Mahathir harus buktikan yang tiada wang dicuri, sekiranya dia terus bertegas tiada wang dicuri dan namun RM31.5 bilion secara rasmi diisytiharkan hilang.
Inilah apa yang RCI perlu dan harus ambil perhatian. Mahathir termasuk tiga anaknya  (Mukhriz, Mirzan dan Mokhzani) perlu menunjukkan di mana datangnya kekayaan mereka.Mahathir dan tiga anaknya merupakan bilionair. Bagaimana mereka boleh jadi bilionair? Dari mana datangnya wang mereka? Berapa banyak sebahagian wang  Bank Negara berjumlah RM25.8 bilion berakhir di poket Mahathir, Mukhriz, Mirzan dan Mokhzani?
Fakta yang Bank Negara hilang anggaran RM31.5 bilion telah dibuktikan oleh RCI.  Fakta yang Bank Negara rugi RM5.7 bilion berjudi di pasaran forex juga dilihat sebagaimana apa yang Anwar kata telah berlaku. Apa yang Anwar belum katakan ialah tentang baki RM25.8 bilion? Dan Mahathir, Mukhriz, Mirzan dan  Mokhzani perlu buktikan yang RM25.8 bilion tidak berakhir di poket mereka. Oleh itu Mahathir dan anak-anaknya perlu tunjukkan dari mana datangnya kekayaan mereka sekiranya kekayaan mereka tidak dicuri daripada Bank Negara.
Adalah sukar keluarga Mahathir menjadi billionair dalam tempoh yang singkat hanya sepuloh tahun sekiranya wang diperolehi secara sah tanpa melibatkan jenayah. Malah keluarga Tan Sri Lim Goh Tong-Genting Group, keluarga Hong Leong, keluarga YTL, keluarga Berjaya Group, keluarga Boon Siew, keluarga Tan Chong, keluarga Soon Seng, keluarga Low Yat, dan banyak lagi, memerlukan 60 tahun atau lebih untuk menjadi sebagaimana mereka hari ini. Mahathir dan anak-anaknya memerlukan hanya sepuluh tahun mengatasi semua orang Cina di Malaysia.
Ini tidak masuk akal. Kebanyakkan orang Cina akan beri tahu anda yang orang Melayu tidak sebijak orang Cina dalam perniagaan dan orang Melayu tidak boleh menjadi kaya dalam tempoh singkat melainkan mereka merupakan penjenayah atau diberi bantuan kemudahan atau ‘diberi tongkat’. Bila kita bercakap dengan kebanyakkan orang Cina mereka akan mengesahkan ini.
Hanya satu cara Mahathir dan anak-anaknya boleh menyakinkan rakyat Malaysia bahawa mereka bukan penjenayah dan harta serta wang mereka tidak  datang dari Bank Negara atau punca-punca lain seperti rasuah dan salah guna kuasa, dengan menunjukkan semua daripada pelbagai punca untuk dilihat dari manakah puncanya kekayaan mereka. Mahathir dan anak-anaknya harus tunjukkan serta buktikan  punca kekayaan yang mereka perolehi setakat ini yang ia bukan datangnya daripada punca-punca salah guna kuasa menyalahi undang-undang. Sehingga itu rakyat Malaysia haruslah menganggapkan bahawa segala kekayaan yang dimiliki Mahathir dan anak-anaknya dicuri daripada Bank Negara dan lain-lain aktiviti salah guna kuasa  semasa menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Sekiranya ada pihak yang menganggap posting tersebut di atas merupakan fitnah, sila semak kepada tiga penulisan di bawah untuk rujukan. Sehingga ke hari ini tiada sebarang tindakan undang-undang diambil oleh Mahathir terhadap penulis-penulisnya seandainya ia berupa fitnah.


Barry Wain seorang bekas wartawan WSJ warga Australia

Jomo K.S. bekas aktivis PRM dan bekas Pensyarah Ekonomi Universiti Malaya.


Edmund Terence Gomez seorang penulis ekonomi


No comments:

Post a Comment