Saekor monyet yang amat marah cuba untuk menerkam |
Di tengah-tengah kekalutan Rafizi Ramli terpaksa menjawab perihal PREPAYMENT INVOICEnya yang serba mengelirukan, ditambah pula dengan penjelasan Rafizi Ramli yang dia sendiri terlupa beberapa fakta atau terlepas pandang terutama sekali berhubung tarikh pada invois dan tarikh dalam penjelasannya, para pemimpin Pakatan langsung tidak berusaha mempertahankan Rafizi. Sebaliknya mereka lebih sibuk dengan hal sendiri.
Hari ini Rafizi Ramli terpaksa ‘MEMBODOH-BODOHKAN’ orang yang menyanggah dan enggan percaya dengan penjelasannya, tetapi PKR yang merupakan parti yang diwakilinya lebih berminat dengan berita Tian Chua lebih rela masuk penjara selama sebulan dan menarik semula rayuannya di mahkamah. Portal-portal berita yang sebelum ini memberikan ruang kepada Rafizi, juga tidak begitu menyebelahinya.
DAP langsung tidak membela Rafizi. Regu utamanya, Tony Pua, langsung tidak mengeluarkan sebarang kenyataan. Mudah untuk difahami mengapa DAP mengambil sikap ‘berkecuali’ dalam hal Rafizi Ramli walaupun DAP juga sangat terkenal dengan penipuan akaun mereka, sepertimana yang berlaku dalam pemilihan CEC yang menyebabkan parti itu hampir diisytiharkan haram.
Matlamat untuk mencapai kemenangan besar pada PRU-14, menyebabkan DAP sanggup berbuat apa-apa sahaja demi mendapatkan undi orang Melayu-Islam, khususnya Melayu-Bandar di mana kebanyakan calon DAP akan bertanding. Pada masa yang sama, DAP juga menjaga kepentingan untuk menang dengan undi Cina.
Setelah pesta arak Jerman, Octoberfest dibenarkan di Selangor, serangan ke atas Dobi Islam di Johor terbaharu DAP meneruskan agenda mereka untuk menimbulkan rarsa tidak percaya dan sangsi dengan entiti-entiti penguatkuasaan kerajaan seperti PDRM dan SPRM. Serangan secara verbal itu, telah berjaya sebelum ini terutama ke atas PDRM, sehinggakan terdapat terlalu banyak video-video viral yang memburuk-burukkan PDRM yang turut memberi kesan kepada anggota-anggota dan pegawai-pegawai PDRM yang bertugas.
Terbaharu, Lim Kit Siang mempertikaikan SPRM yang menurutnya tidak menjalankan tugas yang diamanahkan. Malahan Lim Kit Siang menggelarkan Ketua Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad sebagai ‘monyet yang mempunyai mata tetapi tidak melihat, ada telinga tetapi tidak mendengar dan mulut tetapi tidak berbicara’ hanya kerana SPRM tidak mengambil sebarang tindakan mengikut kehendak DAP dalam isu 1MDB.
REUTERS dua tahun lalu menyiarkan berita tentang siasatan oleh SPRM, PDRM dan Pejabat Peguam Negara yang membersihkan nama Perdana Menteri daripada tuduhan dan skandal 1MDB yang dipopularkan oleh DAP dan PKR. Malah SPRM turut menyatakan wang yang dipersoalkan itu, sebenarnya adalah derma politik daripada keluarga diraja Arab Saudi kepada Najib.
Di Malaysia, derma politik tidak mempunyai sebarang undang-undang, apabila DAP menentang sekeras-kerasnya sebarang pengisytiharan yang perlu dibuat oleh mana-mana parti politik tentang punca dan sumber dana politik mereka.
Ogos 2017, THE STAR ONLINE melaporkan tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) menggantung saman jenayah ke atas 1MDB setelah tidak mempunyai sebarang bukti atau salahguna dalam syarikat pelaburan negara itu.
15 September 2017, syarikat perfileman yang mana anak tiri Najib Abdul Razak adalah salah seorang pemiliknya, Red Granite berjaya mencapai persetujuan dengan Kerajaan Amerika Syarikat berhubung aset-aset syarikat tersebut yang sepatutnya disita kerana kononnya dibiayai dengan wang 1MDB.
Hampir keseluruhan fakta terkini menunjukkan segala tuduhan yang dilemparkan oleh DAP dan Pakatan terhadap 1MDB dan Najib Abdul Razak khususnya, hanyalah tuduhan-tuduhan jahat yang bukan sahaja untuk mencemarkan imej Perdana Menteri dan Kerajaan, tetapi yang lebih penting untuk memastikan integriti pihak berkuasa dan penguatkuasa undang-undang di negara ini, tercemar dan tidak lagi dipercayai.
Memang benar seperti yang diperkatakan oleh Lim Kit Siang, rakyat memerhati tindak-tanduk SPRM. Malah bukan stakat memerhati, bahkan mempersoalkan mengapa SPRM terlalu lambat bertindak terhadap mana-mana kes yang membabitkan DAP dan PKR.
Ramai yang masih lagi ingat tentang kes membabitkan Christina Liew dari PKR yang sekarang ini dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan Sabah. Christina Liew, pada 30 Sptember 2015, Mahkamah Tinggi Tawau telah memutuskan dia dan dua rakan subahatnya bersalah kerana melakukan pemerdayaan untuk memiliki tanah dan telah didenda sebanyak RM558 juta.
Begitu juga dengan kes membabitkan anak lelakinya, Lim Guan Eng dalam dua kes rasuah dan salahguna kuasa, sehingga kini masih terkial-kial dan mencari-cari lompong undang-undang untuk dimanipulasikan agar dia tidak dibicarakan tuduhan-tuduhan tersebut yang membabitkan sebidang tanah dan sebuah banglo di Jalan Pinhorn.
Tidak cukup dengan itu, terdapat juga kes membabitkan RM305 juta yang dibayar menggunakan tanah dan wang rakyat Pulau Pinang kepada syarikat penyedia laporan kebolehlaksanaan Terowong Dasar Laut yang sebenarnya tidak pernah dilaksanakan walaupun bayaran telah dibuat.
Begitu juga dengan kes kilang haram Sungai Lembu yang turut membabitkan anaknya!
Masyarakat turut mempersoalkan tindakan DAP khususnya Lim Guan Eng yang terpaksa mengambil tindakan mendapatkan pengisytiharan dari mahkamah bahawa Akta SPRM adalah tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan semata-mata untuk membebaskan dirinya daripada sebarang tindakan undang-undang.
Dan sekarang, bapanya menggelar Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai monyet yang ada mata tetapi tidak melihat, ada telinga tetapi tidak mendengar dan ada mulut tetapi tidak bercakap?
Berdasarkan kepada isu-isu semasa yang membabitkan DAP dan 1MDB, siapa sebenarnya yang jadi monyet? SPRM atau Lim Kit Siang-DAP?
No comments:
Post a Comment