Masalahnya kita di Malaysia ghairah mahu mewujudkan pelbagai institusi tetapi tidak ghairah dalam memastikan keberkesanan peranannya.
Mesej sudah jelas, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan pelbagai pihak membantah penubuhan Jabatan Integriti Dan Tadbir Urus Negara (JITN).
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad dengan lantangnya menolak hasrat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Paul Low menubuhkan JITN. Pertentangan Dzulkifli dan Paul Low dalam isu itu makin panas.
Dzulkifli mempunyai hujah yang konkrit, begitu juga pelbagai pihak termasuk tokoh-tokoh, badan bukan kerajaan dan orang ramai. Rumusannya JITN tidak relevan dan tiada keperluan, hanya bertindih skop peranan dan satu pembaziran. Sedangkan kerajaan sepatutnya memperkasakan lagi SPRM dengan pertambahan peruntukan kewangan dan tenaga kerja yang sewajarnya memandangkan beban tanggungjawab yang besar.
Banyak pihak berpendapat jika Kabinet meneruskan juga penubuhan JITN ia memberi mesej yang salah kepada rakyat. Setakat ini penjelasan Paul Low tidak menyakinkan walaupun JITN dikatakan tidak menggangu kuasa SPRM dan institusi bebas yang lain. Banyak pihak bersetuju Dzulkifli adalah lebih baik segala tumpuan diberikan bagi penambahbaikkan kebajikan anggota-anggota penguatkuasa terutama PDRM yang perlukan perhatian dan tindakan.
Masalahnya kita di Malaysia ghairah mahu mewujudkan pelbagai institusi tetapi tidak ghairah dalam memastikan keberkesanan peranannya.
Apapun yang pasti Dzulkifli mendapat sokogan yang besar menolak JITN. Lebih-lebih lagi SPRM telah memberi impak yang tinggi sejak diterajui beliau, dengan banyak pembongkaran rasuah dan salah guna kuasa meliputi banyak kes berprofil tinggi. Walaupun SPRM adalah institusi bebas, ia turut memberi kesan positif dalam melonjakkan imej kerajaan dan keyakinan rakyat.
Kemungkinan saranan untuk menubuhkan JITN didalangi oleh tangan-tangan raib yang merasa panas atas kesan cemerlang SPRM akhir-akhir ini, dengan cubaan untuk mengurangkan kuasa SPRM tidak boleh diketepikan begitu sahaja.
Maka banyak pihak mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan seluruh warga kerjanya atas kecemerlangan dan keberanian. Lebih istimewa lagi, hari ini tahun ke 50 SPRM yang dahulu dikenali BPR. Biar apa pun dugaan serta cabaran ditempuhi, namun rakyat bersama anda semua.
No comments:
Post a Comment