Wednesday, 25 October 2017

HINA NEGARA SENDIRI…. MASIH WARASKAH TUN MAHATHIR?


Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad menggelar Malaysia sebagai ‘Darul Penyangak’ adalah satu penghinaan terhadap negara sendiri.
Perbuatannya amat tidak wajar bagi bekas Perdana Menteri dan kononya seorang negarawan menggelarkan negara ini dengan nama sebegitu kerana gelaran tersebut tidak patriotik dan di luar daripada batas kewarasan berpolitik.
Jikapun marah dengan kerajaan hari ini, Mahathir tidak sepatutnya menghina negara sendiri. Negara ini adalah negara kita bersama.Adakah beliau tidak minat lagi untuk menjadi warga negara Malaysia?
Baik atau buruknya, maju atau mundurnya negara ini, kita perlu bersama mempertahankannya, bukan menghinanya.
Penghinaan ini bagi merujuk kepada catatan di blog Dr Mahathir yang menamakan Malaysia negara ‘Darul Penyangak’ berikutan pelaksanaan projek 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Dr Mahathir sebenarnya mengulangi isu 1MDB dan GST itu dalam setiap tulisan dan ucapannya semata-mata supaya rakyat membenci Datuk Seri Najib Tun Razak Najib dan mahukan Perdana Menteri itu jatuhkan.
Strategi Dr Mahathir ini adalah seperti menyerang ular, iaitu ketuk kepala ular berulang kali supaya akhirnya ular menjadi lemah dan lumpuh. Itu sahaja yang Dr Mahathir mahu, iaitu menjatuhkan Najib. Inilah politik dendam yang tidak baik dan ini bukan sikap seorang negarawan. Ini merupakan sikap seorang Ketua Kongsi Gelap di Chow Kit Road.
Sebenarnya Najib telah menjelaskan satu persatu berserta fakta mengenai 1MDB dan juga menerangkan mengenai rasional pelaksanaan GST.
Mahathir sudah pasti tidak mahu mendengar serta menerima sebarang penjelasan kerana matlamatnya adalah hanya untuk menjatuhkan PM Najib atas sebab dendam pribadi, bukannya untuk kepentingan negara tetapi untuk melunaskan dendam nafsu serakahnya.

No comments:

Post a Comment