Tuesday, 24 October 2017

MEREKA MAHU SELAMATKAN MALAYSIA DARI APA SEBENARNYA?


Di pihak pembangkang, antara istilah yang paling mereka gemari adalah istilah “Selamatkan Malaysia”. Gambaran yang mereka beri seolah-olah Malaysia semakin hari semakin hancur dan hanya di tangan merekalah negara ini dapat diselamatkan dari pelbagai cerita rekaan dan fitnah mereka.
Jika diimbau sejenak dari mana perkataan ini timbul, ianya mula-mula sekali keluar pada tahun 2015 apabila Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan memorandum untuk mengutip 1 juta tandatangan bagi menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib. Di sinilah istilah Selamatkan Malaysia mula-mula sekali dimainkan.

Setelah itu, istilah ini digunakan secara meluas oleh pembangkang yang berpendapat, istilah ini amat dekat dengan rakyat dan dilihat cukup hampir dengan pelbagai cerita rekaan dan karut yang dicipta oleh mereka. Sejak daripada itulah, istilah Selamatkan Malaysia seolah-olah menjadi istilah rasmi buat Pakatan Harapan hari ini.
Timbul persoalan. apa yang mereka mahu selamatkan menerusi istilah Selamatkan Malaysia? Sehingga hari ini, sosio politik, kebudayaan dan pembangunan ekonomi negara berada pada tahap yang cukup baik. KDNK negara berada pada paras 4.5 sehingga 5 peratus, paling tinggi seluruh rantau Asia Tenggara.
Melihat kepada fakta pendek ini, apa yang mereka mahu selamatkan? Bukankah hari ini, keadaan di dalam Pakatan Harapan sendiri berpecah belah? Bukankah ahli PPBM sendiri semakin lama semakin meninggalkan perjuangan parti berkenaan sehingga Mahathir sendiri menggelarkan mereka sebagai sampah?
Lebih melucukan, keadaan di dalam Pakatan Harapan sendiri terlalu kucar kacir dan tidak menentu. Adakah ini lambang sebenar tujuan mereka mahu menyelamatkan Malaysia? Sudahkan semua pemimpin dan penyokong mereka bercermin sebentar untuk menilai sendiri harapan dan kemahuan mereka untuk menyelamatkan Malaysia?
Jika urusan dalaman parti mereka sendiri pun gagal untuk diselesaikan, adakah rakyat sanggup memperjudikan nasib untuk melihat kelompok yang terlalu banyak perpecahan dalaman ini mentadbir negara satu hari nanti? Jawapannya sudah tentu tidak bukan.
Malaysia hari ini telahpun dikenali sebagai sebuah negara yang cukup stabil dan mempunyai kemampuan yang kukuh dari segi ekonomi. Semua ini atas komitmen berterusan kerajaan yang diterajui oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Justeru, apa lagi yang perlu diselamatkan?
Memetik kata-kata Tan Sri Annuar Musa baru-baru ini, beliau menegaskan Malaysia memerlukan sebuah parti yang stabil dan mampu mentadbir negara ke tahap yang lebih baik. Hasil gabungan kesemua 13 buah parti yang mempunyai iltizam yang sama dan membentuk Barisan Nasional inilah yang menjadi tunjang kepada kekuatan dan kestabilan negara yang kita saksikan hari ini.


No comments:

Post a Comment