KUALA LUMPUR, 10 Okt – Buat julung kalinya, UMNO Online akan mengadakan program berbentuk bual bicara ‘Anda Tanya, Kita Jawab’ secara ‘live’ (siaran langsung) pada esok, 11 Oktober 2017, Rabu.
Program tersebut yang dijadualkan akan diadakan secara berkala itu akan mengetengahkan beberapa pemimpin parti, kerajaan, golongan profesional serta mahasiswa bagi membincangkan hal-hal berkaitan isu-isu semasa serta soal-soal yang berhubung dengan kepentingan rakyat.
Program pertama Diskusi UMNO Online tersebut akan menampilkan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang akan turut bersama anak-anak muda dari kalangan mahasiswa dan juga pemimpin belia bagi membicarakan topik-topik yang menjurus kepada aspirasi dan kehendak golongan muda di negara ini.
Diskusi yang bersiaran ‘live’ melalui platform media sosial Facebook dan Youtube dijadualkan bermula pada jam 12.00 tengah hari dan berdurasi selama empat puluh lima minit itu juga akan menampilkan selebriti media elektronik yang akan bertindak sebagai moderator.
Sehubungan itu, semua pihak dialu-alukan menyaksikan program tersebut secara ‘Live’ di Facebook rasmi UMNO Online, www.facebook.com/mediaumnomalaysia dan juga Youtube www.youtube.com/MediaUMNOMalaysia serta boleh mengutarakan pendapat dan soalan yang menjurus mengenai topik perbincangan. – Media UMNO
No comments:
Post a Comment