Thursday 12 October 2017

LIM KIT SIANG TIDAK LAYAK MENJADI PERDANA MENTERI BUKAN HANYA KERANA DIA IMIGRAN BARU DARI NEGERI CHINA.




P.Ramasamy yang merupakan Timbalan Setiausaha Agung DAP berkata, pemimpin yang paling layak untuk dipertimbangkan memegang jawatan Perdana Menteri ialah Kit Siang kerana berdasrkan ‘sejarah dan pengalamannya dalam politik negara’.

Sebelum itu, Zahid Ibrahim yang kononnya Melayu, menyifatkan pelantikan Ahli Parlimen Gelang Patah yang pengecut dan selalu berpindah randah menipu kawasan parlimennya itu sebagai satu idea yang bernas.

Menurut Zahid, jika Pakatan Harapan menang pada PRU Ke 14 mungkin cadangan untuk menjadikan Kit Siang sebagai Perdana Menteri bukan cadangan yang buruk.

Dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang pada 25 Januari lalu, Kit Siang mengakui bukan menjadi kesalahan kepada sesiapa untuk mempunyai cita-cita tinggi menjadi Perdana Menteri.

Dalam kehidupan masyarakat majmuk penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak layak untuk dilantik sebagai Perdana Menteri kerana kebolehannya dilihat banyak tertumpu kepada aspek menggembar-gemburkan isu politik merentasi masyarakat Cina sahaja. Walaupun secara tersuratnya untuk memancing undi lain-lain kaum mereka mendakwa bahawa DAP merupakan parti berbilang kaum. Hakikat sebenarnya tidak sebagaimana yang tersurat, ini dapat digambarkan dalam barisan kepimpinan DAP dan juga dalam proses pemilihan kepimpinnan parti itu. Bolehkah lain-lain kaum terutama orang Melayu terpilih dengan mudahnya dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP? Jawatan yang tidak ada kuasa seperti Pengerusi Kebangsaan atau ketua cawangan mungkin ada. Itu pun berapa peratus, ia hanya untuk mempamirkan bahawa mereka merupakan parti berbilang kaum, hakikatnya ia tidak sebegitu. Begitu juga dengan kepimpinan Pakatan Harapan yang dikuasai DAP. Kesemua pemimpin berwajah Melayu yang ada sekarang ialah alat atau di bawah telunjuk DAP atau Lim Kit Siang. Ini diakui sendiri oleh ahli DAP Superman Hew ‘Using Malay to screw Malay’.

Banyak pihak telah mempersoalkan tentang tiada sebarang rekod mahupun potensi meyakinkan sehingga Kit Siang layak diangkat sebagai calon Perdana Menteri.

Penilian yang seharusnya dibuat oleh Zahid Ibrahim perlu bergantung kepada faktor sumbangan dan rekod kebaikan yang diberikan kepada rakyat. Malah, perkara ini belum terbukti dalam kehidupan masyarakat majmuk, jauh sekali beliau layak memegang tampuk pemerintahan.

Rekod DAP juga lebih menjurus kepada politik membangkang bukan politik mentadbir rakyat. Jikalau sebelum menjadi Perdana Menteri beliau sudah menghasut serta memecah belahkan rakyat yang mengakibatkan rusuhan kaum 13 Mei 1969, masakan beliau layak dilantik sebagai Perdana Menteri. Seandainya beliau dilantik menjadi Perdana Menteri di ramalkan akan berlaku peristiwa berdarah yang lebih teruk lagi daripada 13 Mei 1969 akan berlaku.

Oleh itu, jumlah 38 kerusi yang dimiliki DAP sekarang di Dewan Rakyat bukan syarat mutlak menjadi pemimpin yang lebih baik. Hakikatnya DAP tidak harus berbangga dengan 38 kerusi yang diperolehi hasil kerja politik kebencian mereka memecah belahkan rakyat Malaysia terutama kaum Cina melalui hasutan perkauman serta pembohongan yang tidak berasas.

Perkara berkenaan sekali gus memperlihatkan sikap sebenar DAP apabila menganggap pemimpin mereka lebih baik berbanding sesiapa sahaja dalam UMNO sebagai Perdana Menteri.

Dalam pada itu, kami menyfatkan kenyataan Zahid Ibrahim itu secara tidak langsung menggambarkan bahawa beliau sudah dipengaruhi DAP sehingga sudah tidak nampak kebenaran di depan mata.

Sedangkan dahulu beliau pernah menjadi pemimpin dalam Kabinet kerajaan, adakah tiada satu kebaikan langsung sehingga menyifatkan pemimpin UMNO mengkhianati kepercayaan rakyat? Kalau benar ada, sila buktikan? Jangan sekadar tembak rambang. Sekalipun ada kecuaian ia boleh diperbetulkan kerana yang bermasalah mungkin individu tertentu.

Kita juga tidak boleh mengharapkan kesempurnaan 100 peratus dalam mana-mana pentadbiran sekalipun. Tindakan itu juga seolah-olah menunjukkan beliau lebih Cina daripada orang Cina (DAP) sendiri kerana lebih masak dengan sifat peribadi Kit Siang.

Zaid ibarat pepatah Melayu, “Kuman di seberang laut nampak, tetapi gajah di tepi mata tak nampak”. Beliau menganggap pemimpin DAP lebih baik berbanding sesiapa sahaja dalam UMNO serta menyifatkan pemimpin UMNO mengkhianati kepercayaan rakyat. Jikalau begitu, sedarkah beliau tentang rakan seperjuangannya Lim Guan Eng anak bossnya Kit Siang bukan setakat ditomah malah telah didakwa terpalit dengan salah guna kuasa dan rasuah oleh SPRM dan sekarang menunggu perbicaraan. Bukan itu sahaja, malah Esko Kerajaan DAP Pulau Pinang sedang disiasat (belum didakwa) dalam isu rasuah kilang haram. Malah bossnya sendiri telah dikabarkan menerima rasuah RM1 bilion daripada Mahathir.

Dalam masa sama, kami tidak menolak kemungkinan ia adalah strategi Zahid Ibrahim dalam cubaan memancing undi orang Cina dengan menghina kepimpinan UMNO.

Beliau (Zahid) dijangka bertanding atas tiket DAP dalam menghadapi PRU Ke 14 dan kenyataan itu semata-mata ingin meraih sokongan serta menagih kepercayaan daripada pengundi Cina.

Nampaknya Zahid Ibrahim amat yakin bahawa DAP akan meletakkannya di kawasan selamat, ia itu kawasan majoriti kaum Cina dalam menghadapi PRU Ke 14. Mungkinkah demikian?

Tetapi dengan strategi DAP sekarang, “Using Malay to Screw Malay”, tidak mustahil beliau akan diletakkan di kawasan majoriti Melayu untuk meraih sokongan orang Melayu.

Sekiranya ditakdirkan demikian, perbuatannya sekarang yang menghina UMNO,  Melayu dan Islam dijangkakan akan memakan dirinya. Terutama sekali sekiranya DAP meletakkan beliau bertanding di negeri kelahiran beliau iaitu negeri Kelantan, kubu kuat PAS. Kemungkinan beliau hilang wang pertaruhan jika bertanding di negeri Kelantan amatlah tinggi, bukan sahaja kerana menghina Melayu dan Islam. Malah permusuhan ketat PAS dengan DAP masa kini akan mengukuhkan kemungkinana bahawa beliau akan hilang wang pertaruhan sekiranya bertanding di negeri asalnya itu.  

Bukan sahaja di negeri Kelantan, malah di negeri-negeri lain juga seandainya beliau diletakkan kawasan majoriti Melayu, walaupun mungkin tidak hilang deposit, peluang untuk menang adalah amat tipis kerana penghinaannya terhadap Melayu dan Islam yang telah beliau lakukan yang menguris hati mereka.








No comments:

Post a Comment