Thursday 5 October 2017

PESTA ARAK BUKAN ISU DI SELANGOR ? - AZMIN ALI

Jelas Mohamed Azmin, penganjuran pesta arak bukanlah satu isu di Selangor dengan alasan sebelum ini kerajaan negeri pernah memberi kelulusan kepada penganjurnya.

Setelah puas berdolak-dalik, Menteri Besar Azmin Ali akhirnya memperlihatkan pendiriannya yang sebenar apabila bertegas untuk memberikan kelulusan kepada penganjuran pesta arak selagi pihak penganjur mematuhi syarat ditetapkan.  

Jelas Mohamed Azmin, penganjuran pesta arak bukanlah satu isu di Selangor dengan alasan sebelum ini kerajaan negeri pernah memberi kelulusan kepada penganjurnya.

Katanya lagi, “Ia bukan isu di Selangor, kita telah bagi kelulusan sejak beberapa tahun lalu tetapi penganjur kena mematuhi syarat-syaratnya dan itu prosedur normal.

Dengan angkuhnya beliau kata lagi, “Kita beri kelulusan tahun lalu, kita beri kelulusan untuk beberapa tahun lalu, jadi kami akan terus beri kelulusan selagi mematuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT)”.

Kenyataan beliau bahawa ‘penganjuran pesta arak bukanlah isu di Selangor’ adalah satu jawapan yang dangkal yang tidak boleh diterima oleh semua lapisan agama terutama Islam. Sekiranya bukan isu di Selangor, masakan ia banyak dapat banthan daripada kalangan masyarakat dan NGO, dan kemungkinan golongan militan seperti yang dinasihat Ketua Polis Negara (KPN).

Sebagai seorang pemimpin yang kononnya beragama ‘Islam’, alasan bahawa pesta tersebut perlu diluluskan kerana ia telah diluluskan dahulu tidak boleh diterima. Itu bukan satu alasan yang kukuh sekiranya beliau benar-benar menghormati agama beliau sendiri seperti yang termaktub dalam Bahagian I Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, ia itu ‘Islam Sebagai Agama Persekutuan’.


Sekira pemimpin-pemimpin agama bukan Islam seperti Kristian, Buddah dan Hindu boleh menghormati Islam, mengapa seorang pemimpin yang kononnya bergama ‘Islam’ tidak boleh menghormati agamanya sendiri.

Cukup, cukuplah, semua rakyat tahu, demi kemaruk kuasa dalam politik beliau telah dijadikan alat oleh sebuah parti yang secara konsisten menyanggah sebarang bentuk pendekatan Islamik, iaitu parti DAP yang bersikap chauvinis Cina dan anti-Islam.

Oleh itu, ingatlah saudara Azmin Ali, Allah tidak akan mempersoalkan Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng di alam barzah nanti, Allah akan mempersoalkan anda kerana membenarkan pesta arak(sekiranya anda masih lagi percaya ajaran Islam).

Sebelum ini, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali telah berkata, sebab beliau membenarkan pesta arak dibenarkan di Selangor kerana sejajar dengan prinsip yang dipegang oleh Kerajaan Negeri Selangor iaitu menghormati hak kaum dan agama lain.

Relevankah apa yang beliau katakan itu? Apakah mereka menghormati Islam hanya dengan membenarkan mereka mengadakan pesta arak? Pokoknya, adakah penganjur pesta arak tersebut akan menghormati Islam dengan mengadakan pesta tersebut? Rancangan mereka itu untuk mengadakan pesta itu sahaja memang sudah jelas cubaan untuk menghina Islam. Sebenarnya mereka sendiri tidak hormati kita  dan mengapa pula Azmin Ali terhegeh-hegeh perlu menghormati mereka, adakah ini satu hormat kerana politik, atau Azmin Ali sendiri jadi barua mereka, ini memang tidak adil dan berat sebelah.

Selain itu apa yang dilihat pesta arak ini  jelas tidak menghormati sensitiviti agama lain, selain mencabar keharmonian hidup beragama demi untuk meraih undi peminum arak tegar yang kebanyakkannya orang bukan Islam.

Sebenarnya Azmin Ali tidak layak mewakili orang Melayu Islam negeri Selangor untuk menentukan sama ada pesta arak itu boleh atau tidak boleh diadakan di negeri Selangor. Memandangkan arak dilarang oleh Islam, maka dengan membenarkan pesta arak di negeri Selangor ini jelas mengambarkan beliau telah menghina D.Y.M.M Sultan Selangor sebagai pihak berkuasa agama Islam seperti yang termaktub di Bahagian I Perkara 3(2) Perlembagaan Persekutuan.

Berdasrkan Bahagian I Perkara 3 (2) Perlembagaan Persekutuan, hanya D.Y.M.M Sultan Selangor sahaja melalui Majlis Agama Islam Negeri Selangor (MAIS) dan seterusnya kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkuasa membuat sebarang pelaksanaan atau penguatkuasaan undang-undang Islam di negeri Selangor bukannya Menteri Besar.

Ironinya jawatan Azmin Ali sebagai Menteri Besar adalah atas pekenan D.Y.M.M Sultan Selangor. Masakan beliau lebih berkuasa daripada Baginda untuk membenarkan pesta arak tersebut diadakan di negeri Selangor yang mana ia bertentangan dengan undang-undang Islam.

Beliau sebagai Menteri Besar tidak boleh dengan sewenang-wenangnya membenarkan pesta arak diadakan di Selangor, bagaimanapun ia boleh dicabar oleh rakyat Islam Selangor di mahkamah melalui ‘Semakan Kehakiman’ atau ‘Judiciary Review’ sama ada Menteri Besar mempunyai kuasa untuk menidakkan kuasa D.Y.M.M Sultan dalam pelaksanaan undang-undang Islam.

Satu persoalan yang ingin dibangkitkan kepada Azmin Ali, arak ini milik agama dan kaum mana? Kalau beliau nak kata hormati agama dan kaum lain, terlebih dahulu buktikan arak ini milik siapa?

Beliau harus faham bahawa arak bukanlah milik mana-mana agama atau kaum dan arak jelas ditentang oleh semua agama. Selain memudaratkan manusia seperti memabukkan dan ketagihan, ia juga mewujudkan masalah sosial seperti pergaduhan yang tidak terkawal sehingga mengakibatkan pembunuhan dan kemalangn jalan raya atau mungkin kase rogol atau liwat. Kemudaratannya kepada manusia lebih kurang sama dengan kemudaratan mengambil dadah. Jikalau dadah boleh diharamkan, mengapa tidak terhadap minum arak? Kedua-duanya mewujudkan masalah sosial.

Kristian, Buddha, Hindu dan apatah lagi Islam semuanya menolak arak kerana ia memudaratkan manusia serupa seperti dadah. Kaum lain tidak dihalang untuk minum arak tetapi jangan buat pesta kerana ia mencabar dan tidak menghormati perlembagaan negara ini di mana Islam adalah agama persekutuan.

Sementara itu banyak pihak menyuarakan kekecewaan terhadap Azmin Ali kerana didakwa gagal menjaga maruah Islam walaupun beliau sendiri seorang Islam (tak taulah kalau sudah tukar agama kerana kemaruk dengan politik) kerana baginya politik adalah segalanya, Islam tidak penting baginya. Padanya dirinya adalah penting daripada Islam demi untuk mendapatkan kuasa. Adakah beliau layak diundi oleh Melayu Islam pada pilihan raya umum akan datang? Oleh itu adalah harapkan orang Melayu kali ini tidak akan mudah lupa, mengundi Azmin Ali atau PKR bermakna undi untuk Islam dihina.

Dengan isu ini Azmin Ali secara terang-terang tanpa berselindung telah membuka pintu dengan seluasnya untuk Perlembagaan Persekutuan Bahagian I Perkara 3(1) -Islam Sebagai Agama Persekutuan dicabar oleh pihak bukan Islam yang mempunyai agenda tersendiri untuk menulis semula perlembagaan negara ini sekiranya mereka berkuasa. Itulah ibaratnya jika pokok yang sudah condong, bukan sahaja ular, kura-kura juga turut naik.

Selama ini kita orang Islam tidak pernah halang kaum lain minum arak, malah kilang arak pun wujud di Selangor.

Sebagai sebuah kerajaan yang berprinsipkan Islam, kerajaan negeri tidak boleh terlalu liberal dan letakkan kebebasan mutlak sebagai keutamaan kerana pesta arak jelas membawa keburukkan hampir serupa dengan gejala dadah.












No comments:

Post a Comment