Kenyataan Menteri Kewangan ni tak betul.
1. Selepas cadangan daripada Public Accounts Committee (PAC) dan pelan rasionalisasi, aset-aset 1MDB dipindahkan ke bawah Kementerian Kewangan (MoF).
2. 1MDB menjadi “shell company’.
3. Bila aset 1MDB dijual, duit masuk melalui MoF.
4. Bila bayar hutang, duit ini yang digunakan.
5. Ini bukan ‘bail-out’. Tapi wang 1MDB hasil dari jualan aset-aset mereka.
Analogi mudah kalau tidak faham jugak kenapa MoF bayar hutang 1MDB:
Bila MoF ambil alih semua aset 1MDB, maka MoF kena la ambil sekali hutang-hutang syarikat berkenaan.
Contoh:
Kau beli kereta yang tidak habis bayar dengan bank.
Kau bayar duit dekat pemilik asal. Selepas itu kau sambung bayar dekat bank.
Takkan kereta kau dapat tapi baki hutang bank pemilik lama kena bayar.
Menteri Kewangan yang kononnya bijak, usah sebarkan fakta tidak benar. Tak baik, nanti rakyat anggap anda bodoh.
Nota Kaki: Apa isteri Menteri Kewangan buat di Kementerian? Apa peranan beliau? Jangan marah, tanya saja.
No comments:
Post a Comment