Monday 21 May 2018

PEMISAHAN KUASA: DR M TIDAK SEHARUS MENEMUI EMPAT MATA DENGAN KETUA HAKIM NEGARA, KATA SEORANG PEGUAM.

Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif
(The Star) – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak seharusnya menemuai Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif secara empat mata, kata Roger Tan seorang peguam kanan.
Ini tidak seharusnya berlaku sekiranya kita menghormati doktrin pengasingan kuasa dengan tegas,” kata Tan dalam posting Facebook nya pada hari Ithnin (Mei 21).
Beliau berkata bahawa Md Raus seharusnya telah menolak jemputan pertemuan  tersebut pada Selasa yang lepas.
Tan menambah bahawa beliau bersetuju dengan kata-kata Dr Mahathir bahawa tiga tiang negara ialah eksekutif , perundangan dan kehakimanakan diasingkan dan kedaulatan undang-undang akan dikembalikan.
Beliau menambah bahawa kempen Pakatan Harapan, pada ketika itu sebagai Pembangkang, mungkin telah membuat Dr Mahathir melihat betapa penting untuk menyokong pemisahan kuasa dan kebebasan institusi awam.
Tan berkata ini penting sebagai jentera kerajaan seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) dan banyak pihak lagi boleh disalah guna dan digunakan dengan mudah oleh penyandang jawatan kepada kepentingan dirinya.
Tun Salleh Abas Ketua Hakim Negara yang dipecat Mahathir
Dengan itu, institusi mesti dibina semula untuk mengelakkan berulang semula sebab tidak akan ada lagi apa yang di lakukan oleh Dr Mahathir (selama 22 menjadi PM) untuk jangka panjang buat masa akan datang.
Sekiranya beliau berjaya mengelakkan berulangnya perkara tersebut di atas,ia merupakan satu kehebatan warisan yang ditinggalkan belakang untuk banyak generasi, lebih banyak generasi akan datang,” kata Tan.

No comments:

Post a Comment