Monday, 14 May 2018

KABINET DR. M PASCA PRU-14

Tidak lengkap juga sekiranya kami tidak mengucapkan tahniah kepada Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri kerajaan Pakatan Harapan.

Beliau turut mencipta sejarah menjadi wanita pertama yang menyandang jawatan tersebut.

Sekalung tahniah kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang dilantik sebagai Menteri Kewangan, Presiden PPBM Muhiyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri dan Presiden Amanah, Mohamad atau Mat Sabu sebagai Menteri Pertahanan.

Ini kali kedua tokoh bukan Melayu menyandang jawatan Menteri Kewangan selepas Tan Siew Sin. Hal percaturan dan prestasi terbaik DAP.(DAP mendapat sokongan besar kaum Cina. Kaum lain berpolitik menguntungkan kaum dan agama, Melayu pula berpolitik merugikan kaum sendiri) Cuma Guan Eng dilantik ketika beliau masih dalam pendakwaan di mahkamah atas tuduhan rasuah. Oleh itu wajarkah perasuah menjadi Menteri Kewangan? Pemilihan Muhiyiddin pula memang tepat dengan pengalaman luasnya dalam kabinet termasuk sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Paling menarik perhatian pelantikan Mat Sabu sebagai Menteri Pertahanan yang mengundang banyak reaksi negatif orang ramai. Selepas ini jeneral dan para pegawai kanan tentera akan tabik kepada beliau yang diwarnai beberapa kontroversi. Ini termasuk mengangkat pejuang komunis sebagai wira dan menghina anggota keselamatan yang terkorban di Lahad Datu yang menghiris hati keluarga dan anggota pasukan keselamatan. Apapun ini merupakan satu hadiah kepada kebanyakkan anggota keselamatan yang dikhabarkan banyak beralih sokongan dengan mengundi PH.

Pada peringkat ini, kami tidak mahu ulas panjang termasuk soal ketokohan dan kesesuaian untuk jawatan itu. Berilah peluang kepada Mat Sabu dan kita nilailah kemudian. Manalah tahu beliau boleh menjadi Menteri Pertahanan yang hebat !!!


No comments:

Post a Comment