(Berita Harian, May 26, 2018) – Tindakan kepemimpinan Pakatan Harapan untuk menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri jika pakatan pembangkang diterajui DAP memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) hanya mendatangkan lebih banyak masalah daripada menyelesaikan masalah kepada negara.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, secara sinis mempersoalkan kewajaran pemilihan Dr Mahathir yang disifatkannya sebagai punca masalah negara untuk menggantikan Datuk Seri Najib Razak.
“Mereka kata Datuk Seri Najib (Razak) pencetus masalah negara. Katakan ia betul, tetapi mereka memilih Dr Mahathir, punca segala masalah negara 22 tahun dulu sebagai pengganti.
“Ini nak selesaikan masalah atau nak rayakan masalah. Hari ni Pakatan Harapan penuh bermasalah kerana siapa, adakah kerana Dr Mahathir, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang atau Mohamad Sabu.
“Jangan kata kerana PAS lagi, kalau kerana PAS, maknanya Pakatan Harapan terlalu rapuhlah. Satu lawan empat pun boleh goncang,” katanya.
Ahli Parlimen Pasir Mas yang juga anak bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu turut menyalahkan penyokong Dr Mahathir yang dilabelkan sebagai `pemuja’ kerana mengheret Pengerusi Pakatan Harapan itu untuk terus memasang impian memegang tampuk kekuasaan sekali lagi untuk melindungi serta menyucikan dosanya yang lampau..
Beliau berkata tindakan `pemuja’ Dr Mahathir hanya bersandarkan sejarah lampau untuk memaksa bekas Perdana Menteri itu terus aktif dalam politik negara.
“Pemuja Dr Mahathir terlalu naif kudrat sampai terus bertongkat dengan ilusi lampau. Mereka membosankan..,” katanya menerusi status dimuat naik di Facebook rasminya, hari ini.
No comments:
Post a Comment