Sejak pembubaran Parlimen berkuatkuasa 7 April 2018 sehingga menjelang hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), belum lagi kedengaran ucapan atau kenyataan panas daripada dua tokoh utama DAP.
Ya, sama ada penasihat parti itu, Lim Kit Siang (LKS) mahupun setiausaha agungnya, Lim Guan Eng (LGE) setakat ini tidak begitu menonjol dalam mengkritik dan membongkar keburukan kerajaan, berbanding pilihan raya sebelum ini.
Sama ada sengaja dirancang ataupun memangnya kedua-dua tokoh parti chauvinis dan rasis itu kehabisan modal, buat masa ini banyak kenyataan atau kritikan daripada Pakatan Harapan (PH) dibuat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, hatta Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu.
Namun, apa yang tersirat dan tersurat daripada tindakan LKS dan anaknya, LGE mudah difahami.
Mereka mahu menyorokkan identiti sebenar DAP sebagai parti rasis, bertujuan menarik undi orang Melayu.
LKS dan LGE bukan saja menjadikan Dr Mahathir, Wan Azizah dan Mat Sabu sebagai pelindung wajah sebenar parti itu, tetapi juga sebagai keldai dalam mendukung perjuangan PH.
Modus operandi sedemikian secara tidak langsung melindungi identiti sebenar DAP daripada pengundi Melayu.
Ia juga seolah-olah mengaburi orang ramai bahawa DAP tidak mempunyai kuasa dalam pakatan itu.
Ini kerana secara zahirnya PKR ditonjolkan lebih berkuasa dalam PH hinggakan DAP sanggup mengorbankan logo sendiri yang telah digunakan sejak sekian lama, untuk PRU14.
Namun, sebenarnya DAP adalah parti paling berkuasa dalam PH.
Ini terbukti LGE tanpa segan silu mengumumkan calon parti itu akan dilantik sebagai menteri, sekiranya pakatan menang PRU14.
Kalau ikut hirarki dalam PH, Dr Mahathir atau Wan Azizah sepatutnya orang paling layak membuat pengumuman penting seumpama itu.
Tindakan LGE itu bukan saja tidak menghormati kedudukan hiraki parti rakan dalam PH, malah membuktikan siapa dan parti mana paling berkuasa dalam PH.
DAP juga sanggup guna logo PKR, meskipun dibantah oleh ahli khususnya ahli veteran parti itu, kerana apa yang tersirat ialah ia mahu memancing undi Melayu.
Pada PRU13, DAP sanggup tidur sebantal dengan PAS, semata-mata mahu menumpang imej parti berasaskan Islam itu dalam menarik pengundi Melayu.
Malah, sebelum PRU13, LGE menandatangani secara bersama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengisytiharkan PAS mempunyai hak untuk menegakkan agenda negara Islam tetapi hari ini, DAP adalah musuh utama PAS kerana PAS mahu melaksanakan hak mereka.
Kini DAP bertukar pendirian dan menyerang usul pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016 (RUU 355) yang dibawa PAS sebelum ini.
Usul itu mencadangkan peningkatan hukuman syariah untuk orang Islam dengan penambahan hukuman sebatan.
Justeru, orang Melayu tidak seharus terdaya dengan penampilan ‘low profile’ dan lebih bersopan DAP pada PRU kali ini kerana matlamat mereka tetap sama, iaitu untuk menjadi antara parti politik dominan di negara ini.
Ingat bahawa mengundi PKR bermakna mengundi DAP.
Seperti sedia maklum, DAP tidak pernah lari daripada agenda kesamarataan menerusi Malaysian Malaysia, selain rasis dan anti Islam.
No comments:
Post a Comment