Sunday, 27 May 2018

BENARKAH SKANDAL FOREX BANK NEGARA ADALAH KERUGIAN DAN BUKAN KECURIAN?

Dato’ Lokman Adam

Itulah yang sering diperbahaskan oleh orang-orang yang tidak tahu bagaimana kecurian boleh dilakukan dalam urusniaga jualbeli matawang.

Di sini saya ingin berkongsi dengan para pembaca bagaimana sesuatu kecurian boleh berlaku dalam urusniaga matawang Bank Negara tetapi secara zahirnya nampak ia hanyalah kerugian disebabkan urusniaga jual beli.

Jika kita tahu apa yang akan dibuat oleh Bank Negara samada pada polisi kewangannya ataupun pada tindakannya dalam aktiviti jual beli matawang maka kita boleh memanfaatkan keuntungan daripada keputusan tersebut.

Misalnya jika ringgit berada di paras yang agak tinggi dan kerajaan mahu agar nilai matawang ini menurun sedikit supaya eksport negara lebih kompetetif, maka pihak yang ada maklumat tersebut boleh bertindak untuk memanfaatkan kejatuhan ringgit untuk kepentingan dirinya.

Individu tersebut cuma perlu membeli dollar sebelum bank negara bertindak. Sebaik sahaja nilai ringgit dijatuhkan sedikit oleh bank negara maka dia segera menjual semula dollar dan dengan itu dia dapat mengaut keuntungan daripada perbezaan nilai matawang tersebut.

Contohnya nilai matawang Ringgit berada pada paras 2.80 berbanding 1 dollar Amerika. Dan beliau tahu jika dia isytiharkan sesuatu berita yang mengejutkan maka matawang Ringgit boleh jatuh kepada 3.00 berbanding 1 dollar Amerika. Jadi sebelum isytiharkan berita tersebut atau sebelum Menteri buat sesuatu polisi kewangan tertentu yang boleh menjatuhkan nilai matawang itu, dia atau proksinya akan beli USD terlebih dahulu dengan menjual ringgit yang ada dalam simpanannya. Ini bermakna dia akan jual RM3.80 untuk dapatkan 1 USD.

Selepas itu bila matawang Ringgit jatuh ke paras RM3.00 berbanding 1 USD, barulah dia akan jual pula USD pula untuk ditukarkan kepada ringgit. Maka dengan itu pada hari pertama dia jual ringgit pada RM2.80 untuk dapatkan 1 USD dan selepas itu dia jual 1 USD untuk mendapat RM3.00. Akhirnya dia berjaya mengaut keuntungan sebanyak 20 sen bagi setiap 1 USD. Jika urusniaga peribadinya itu bernilai 1 juta USD maka keuntungan yang diperolehinya ialah RM200 ribu.

Ini bermakna ketika bank negara jual maka individu ini membeli dan ketika bank negara beli, individu ini pula jual. Akhirnya apabila individu ini untung maka yang ruginya adalah bank negara.

Rakyat akan nampak ia adalah kerugian urusniaga forex bank negara dan bukannya kecurian kerana tiada siapa melihat wang dari bank negara dibawa keluar secara fizikal atau di masukkan ke dalam akaun peribadi individu tertentu.

Maka golongan yang merasa diri mereka pandai tapi tak berapa pandai akan terus berhujah ini bukan kecurian tetapi kerugian urusniaga forex.

Persoalannya di sini apakah perkara yang dinyatakan di atas berlaku dalam skandal Urusniaga Forex Bank Negara yang dilaporkan mengalami kerugian RM31.5 billion di zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir, Anwar Ibrahim, Tun Daim Zainuddin dan lain-lain ?

Untuk mendapat jawapannya kita perlu lihat apakah terdapat unsur penipuan dalam mendedahkan fakta kerugian Bank Negara atau tidak ? Hasil siasatan yang dibuat oleh Suruhanjaya Siasatan di Raja yang didedahkan pada 30 November 2017 mendapati memang terdapat unsur penyembunyian fakta kerugian oleh pihak-pihak yang dinyatakan dalam laporan tersebut. Maka dengan itu Suruhanjaya Siasatan telah meminta Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri Kewangan Dato Seri Anwar Ibrahim, Tun Daim Zainuddin dan beberapa orang lagi disiasat polis dan didakwa di Mahkamah.

Ini kerana jika terdapat unsur pemalsuan fakta atau penyembunyian fakta kerugian sebenar maka di situ wujudnya unsur pecah amanah yang yang boleh disabitkan dengan kesalahan jenayah bagi kes ini.

Kesimpulannya, kemungkinan kecurian wang negara melalui cara yang dinyatakan di atas atau melalui cara lain tetap ada. Jika kecurian tidak berlaku sekalipun, penipuan telah berlaku. Maklumat sebenar telah disembunyikan mengikut laporan tersebut. Jika tak curi kenapa nak menipu ? Apakah individu-individu ini cuba mengambil kesempatan daripada kekukuhan ekonomi di waktu itu demi memuaskan nafsu mereka atau mereka mahu menunjukkan kepada dunia bahawa mereka adalah pemimpin yang bijak menguruskan ekonomi negara padahal hakikatnya mereka telah melingkupkan ekonomi negara ?

WALLAHU a’lam, Wassalam.

3 Comments


 M Zin
Gabenor dah meninggal dan 2 orang lain yg tahu(?) YBhg Dato 
memang ada disabitkan keterangan dokumen BNM dan MoF
iaitu DS Anwar dan TS Nor M Yakcop sahaja

Nampaknya mereka berdua ini juga akan bawa turun kubur keterangan berkenaan penglibatan atau tidak dua individu lain
( tiada keterangan bersurat, hmm baik sangka mereka tidak?)

WA'LLAHU 'alam wa Salam !

M Zin..M Zin
SS16 Subang Jaya
Like · Reply · 1 · 15h
 

Memang FOREX tu berlaku kecurian pun tak yah susah-susah nak syak itu ini.

Sebab rules of law Madey selamber jer cakap Najib curi duit RM42 billion 1MDB. So yang ni lak suruhanjaya forex dah dapat hasil syak ada x kena atau bahasa kasarnya kecurian ler.

Duit kecurian billion-billion tu masuk kat bank Daim kat bank Afrika. Reputasi power Daim kan memang boleh buat saham Malaysia turun naik. Dulu orang kata Daim bersin jer..saham leh jatuh. Sekarang ni dia duduk jadi penasihat pun sebab nak yakinkan pelabur ler...ekonomi Malaysia dia pantau..

Semua orang celik internet tahu kalau benda-benda pasal matawang dari Afrika adalah wang x bersih. Email2 scam duit , black money semua asal Afrika ler..

Tetiba Daim leh buka lak bank besar kat Afrika sana sini. 

Daim ni serampang dua mata, kejap leh duduk dalam kerajaan pastu keluar buat bisnes..kejap masuk balik jadi Menteri Kewangan. Pendekata dia leh rencana ler jatuh turun duit ringgit ni mcm artikel ni cakap.

Suruhanjaya dah suruh siasat pun 3 makhluk ni (Madey, Daim dan Anwar). Lim Kit Siang dari awal lama dulu dah dedahkan suruh siasat tapi skrg dah geng diam jer ler.

Polis dah tubuhkan pasukan khas siasatan tapi ni dah tukar gomen..polis terkucil ler..sibuk nak buka fail dakwa Najib.

Kita jangan malu-malu segan teriak jalan demo besar2 sepanjang 5 tahun cakap yang Madey , Daim dan Anwar geng perompak ....Tulis kat WSJ semua....sebab leh Madey wat camtu selamber jer...

Bawa balik duit negara dari Bank Afrika.

Alah Madey cakap skrip dia camtu pasal 1MDB juga bawa balik duit negara kunun... 

Kerajaaan rules of law kunun. 

Dey..Madey..Poorah......
Like · Reply · 1 · 11h · Edited
 
To be nominated noble prize...hmmmmmm.
Like · Reply · 3h

No comments:

Post a Comment