Siri 1
Kerajaan hari ni macam TV3.
Jual gosip mengikut cita rasa rakyat.
Rancangan paling popular dan tahan lama TV3 sampai sekarang ada (Melodi) kerana bukan jual fakta tapi cerita sensasi.
Dan itulah cara kerajaan hari ini bagi rakyat lupa tanggungjawab sebenar menyelesai masalah rakyat.

BUKTI
1. Kenyataan
‘Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan ‘secara kasar’ tahu di mana untuk mencari Jho Low’
1. Kenyataan
‘Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan ‘secara kasar’ tahu di mana untuk mencari Jho Low’
Tindakan sepatutnya
Waran tangkap dan Red notice Interpol. Cari dan bawa balik. Dakwalah. Bukan sekadar teaser pasal Jho Low. Mungkin Ogy Ahmad Daud lagi pandai pasal ni.
Waran tangkap dan Red notice Interpol. Cari dan bawa balik. Dakwalah. Bukan sekadar teaser pasal Jho Low. Mungkin Ogy Ahmad Daud lagi pandai pasal ni.
2. Kenyataan Kerajaan
‘Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengakui bahawa hutang negara kini sudah melebihi RM1 trilion’
‘Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengakui bahawa hutang negara kini sudah melebihi RM1 trilion’
3. Fakta
i) Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata angka rasmi hutang kerajaan setakat suku pertama 2018 adalah sebanyak RM705 bilion, manakala hutang yang dijamin kerajaan pula adalah RM238 bilion.

ii) Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 dan Akta Pendanaan Kerajaan 1983, setakat 31 Disember 2017, kerajaan merekodkan jumlah hutang berjumlah RM686 billion iaitu peningkatan hampir RM40 billion daripada RM648 billion yang direkodkan tahun sebelumnya (2016).
Sepatutnya
Kerajaan dedah angka sebenar dan langkah mengurangkan National Debt. Menuding jari dan buat sidang media sensasi setiap hari tak selesai masalah.
Kerajaan dedah angka sebenar dan langkah mengurangkan National Debt. Menuding jari dan buat sidang media sensasi setiap hari tak selesai masalah.
3. “Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull mendedahkan dirinya dihubungi ‘Ahli Parlimen dari utara’ yang bersedia untuk menunaikan segala permintaannya asalkan kes 1MDB dianggap ‘selesai’.
Fakta
Seksyen 25(3) Akta SPRM 2009 menyatakan mana-mana orang yang daripadanya suapan telah diminta atau diperoleh atau percubaan dibuat untuk memperoleh suapan hendaklah seawal mungkin melaporkan perkara tersebut.
Kegagalan mematuhi seksyen ini merupakan satu kesalahan dibawah seksyen 25(4) Akta yang sama dan jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.
Semasa kempen PRU, dah buat huru-hara dalam pemikiran rakyat. Create speculation in Economy. Setiap hari kempen Selamatkan Malaysia. Sekarang betulkanlah. Jika benar negara adalah masalah,selesaikan. Tidak ada orang paksa bertanding dalam PRU dan tiada orang paksa jadi Menteri.
Akhir kata cubalah jadi macam rancangan ‘Kisah Benar 999’ yang kurang popular tapi tidak jual gosip.
Faiz Kamarul
Penulis Rakyat
Penulis Rakyat
No comments:
Post a Comment