Thursday 24 May 2018

UMNO, PEMIMPIN JMM MAHU SPRM MENYIASAT SEMULA SALAH LAKU MAHATHIR YANG LEPAS.


(The Sun Daily) – Pemimpin UMNO Datuk Lokman Adam dan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Datuk Azwanddin Hamzah tiba di Ibu Pejabat SPRM hari ini diikuti oleh 50 orang penyokong untuk mendesak SPRM menyiasat semula laporan yang telah dibuat terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa menyalahguna kuasa semasa menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.
Lokman yang bercakap dengan media setelah memberi kenyataan berkata beliau telah meminta SPRM membuka semula kertas siasatan ini.
Sebahgian daripada laporan itu telah dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr Wan Azizah, Lim Guan Eng dan banyak lagi yang lain terhadap Mahathir ketika 22 menjadi Perdana Menteri,” kata beliau.
Beliau berharap bahawa SPRM di bawah kepimpinan yang baru akan berlaku adil dan saksama dalam menyiasat kes yang dibawa terhadap Mahathir.
Di antara kes yang beliau desak untuk dibuka semula ialah penglibatan Mahathir di dalam skandal Perwaja Steel, skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) dan skandal kerugian FOREX Bank Negara Malaysia dan juga dakwaan naib presiden PKR Rafizi Ramli’s bahawa Mahathir terlibat dengan rasuah, yang beliau namakan beberapa.
Kami minta mereka membuka semula siasatan ini dan melaksanakan siasatan yang adil,” kata beliau.
Lokman menambah bahawa beliau telah membuat laporan polis terhadap ketua pesurujaya SPRM yang baru Datuk Seri Mohd Shukri Abdull atas kenyataan yang beliau buat semasa sidang media Selasa yang lepas.
“Shukri mendakwa bahawa beliau telah ditemui dan ditawarkan rasuah oleh seorang Ahli Parlimen , kami mahu dia menamakan Ahli Parlimen tersebut untuk dikenal pasti,” beliau berkata di ibu pejabat SPRM di sini setelah memfailkan laporan.
Beliau berkata bahawa sebagai seorang ketua SPRM ketika itu, Shukri sepatutnya telah menyiasat Ahli Parlimen berkenaan tetapi beliau tidak lakukan.
Beliau juga berkata sebahagian daripada kenyataan Shukri adalah subjudis kerana mempunyai konflik kepentingan dalam siasatannya dalam isu 1MDB.


No comments:

Post a Comment