Sunday, 20 May 2018

SELAMATKAH MALAYSIA?… APABILA KEDAULATAN UNDANG-UNDANG DIGANTIKAN DENGAN KEDAULATAN KEKUASAAN.


Dalam coretan kami yang lepas kami ingatkan betapa kerajaan Pakatan Harapan diterajui Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad tidak boleh melakukan kesilapan dan kecelaruan.

Namun hakikatnya itu yang berlaku setelah 22 hari memerintah, sehingga menjadi bahan sinikal rakyat Malaysia. Inikah harapan untuk menyelamatkan Malaysia?

Dari segi pemilihan dan pembentukan Kabinet, mengotakan janji, layanan ke atas bekas Perdana Menteri, Najib Tun Razak dan perubahan serta pelantikan ketua jabatan dilingkari isu dan kontroversi.

Perlantikan Lim Guan Eng yang berdepan kes rasuah di mahkamah dan dikhabarkan kes beliau mungkin akan digugurkan dengan alasan yang belum jelas lagi. Sekiranya ini berlaku ia akan memberikan pelbagai syarat termasuk sama ada soal integriti diketepikan dan amalan kapatalisme kroni yang ditentang oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibiarkan begitu sahaja.

Dalam hal ini nampaknya tidak ada lagi kedaulatan undang-undang (rules of law) dan malah telah diganti oleh kedaulatan kekuasaan (rules of might).

Dr. Mahathir menjadi Menteri Pelajaran (sebelum melantik orang lain) dan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi (dua peranan), tidak sepatutnya berlaku.

Begitu juga pelantikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang perlu dirujuk ke Parlimen terlebih dahulu. Itu belum menyentuh tindakan ke atas beberapa yang lain termasuk Peguam Negara, Apandi Ali dan membatalkan keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung status Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dilihat gagal mengikut peraturan. Tindakan-tindakan itu diambil sebelum pun Kabinet mengankat sumpah - lambat disempurnakan.

Kami setuju dengan pendirian PAS yang melihat kerajaan Pakatan Harapan tergopoh-gapah termasuk dalam membuat siasatan terhadap ke atas Najib. Pentadbiran Dr. Mahathir seharusnya berusaha untuk menyatukan rakyat selapas PRU-14 dan bukannya kelihatan dipandu rasa dendam yang membawa mudarat. Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man meminta kerajaan berlaku adil dan bukan hanya menumpukan siasatan ke atas Najib. Ketika era pemerintahan Dr.Mahathir selama 22 tahun juga katanya, banyak kes perlu disiasat kerana kerugian berbilion ringgit. Jikalau Dr. Mahathir ghairah menyelak kain musuh ketatnya Najib, maka beliau juga sepatutnya sedia menerima untuk kainnya sendiri diselak untuk menentukan sama ada beliau benar-benar berintegriti.

Tidak kurang menarik perhatian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) diteruskan walaupun sebelum ini ditomah sebagai pemberian dedak kepada rakyat. Pengenalan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bagi mengantikan GST sifar (belum dimansuhkan) dikhuatiri mengakibatkan gejala ketirisan berulang kerana ia sistem percukaian kurang efisien selain ia berundur ke belakang.

Kami juga haran apabila kerajaan Pakatan Harapan berkuasa tidak sampai seminggu, ekonomi Malaysia tiba-tiba dikatakan stabil. Segala tomahan Malaysia akan bankrap kerana kononnya kerajaan BN tidak pandai mengurus ekonomi ternyata tidak benar.

Bekas Gabenor Bank Negara (BNM) Dr. Zeti Akhtar Aziz yang kini anggota Majlis Penasihat Kerajaan mengakui ekonomi negara berada dalam keadaan baik dan rizab bank pusat berada pada tahap tertinggi iaitu RM438 bilion. Maknanya, prestasi ekonomi negara di bawah pentadbiran Najib adalah menyakinkan.

Jadi siapa yang berbohong? Janji-janji harga minyak dan tol akan diturunkan serta-merta sebaik Pakatan memerintah, juga tidak berlaku dan perlu menunggu lagi atas pelbagai alasan.

Hakikatnya Pakatan Harapan tidak mempunyai mekanisme baharu bagi melaksanakannya segera, sekadar lebih kepada janji manifesto untuk memikat pengundi. Dengan masih diwarnai kemenangan PRU-14, sepatutnya momentum imej kerajaan Pakatan Harapan terus positif tetapi sebaliknya banyak reaksi negatif diterima.

Banyak lagi isu menyebabkan kami geleng kepala sambil tertanya-tanya berapa banyak lagi kesilapan dan kecelaruan selepas ini?

Benar juga pemerhatian penganalisis politik yang berpendapat bahawa adalah lebih mudah untuk memenangi PRU kerana perkara yang lebih sukar yang bakal dilalui adalah untuk melunaskan kepercayaan yang telah diberi oleh rakyat.

No comments:

Post a Comment