14 JAN: “Apa yang dimaksudkan dengan bagi duit minyak… minyak sawit… minyak wangi atau minyak pelincir (wang sogokan)?
“Sebab semasa hari penamaan saya difahamkan Orang Asli ini datang naik bas, ramai yang nampak. Apakah yang berjalan kaki untuk naik bas itu perlu isi minyak dalam badan mereka?” soal Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pakatan Harapan (PH) berkaitan tersebarnya gambar jentera parti itu sedang memberikan wang kepada Orang Asli.
PH memberi alasan itu adalah pemberian duit petrol kepada sukarelawan yang datang pada hari penamaan calon.
Tambah Ka Siong, berdasarkan alasan yang diberi oleh PH itu maka beliau menyarankan agar definasi sukarelawan di dalam Kam“Alasan bagi duit pada sukarelawan… maka definasi sukarelawan itu harus ditukar sebab mana ada definasi beri duit pada sukarelawan.
“Saya kesian kepada calon Barisan Nasional (BN) pada PRU-14 yang lalu. Kemenangannya dibatalkan tanpa alasan yang kukuh, hanya kerana buat jamuan kepada Orang Asli. Kini ada bukti kukuh tapi dihalalkan oleh kerajaan baru.
“Apakah ini acuan Malaysia Baru yang kita mahukan? Sudahlah tidak konsisten… banyak ‘u-turn’ lagi,” ujarnya lagi.
No comments:
Post a Comment