6 JAN: Walaupun pelbagai kata nista dan hinaan dilemparkan terhadap UMNO, hakikatnya UMNO lebih baik daripada Pakatan Harapan (PH).
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang masih tidak mempunyai idea dalam mengurus tadbir negara setelah sembilan bulan berkuasa selain bertindak ‘copy paste’ atau ‘salin dan tampal’ segala dasar yang diwujudkan oleh kerjaan BN yang UMNO sebagai parti dominan untuk kepentingan rakyat.
Ketika PH berada di dalam blok pembangkang dahulu, apa sahaja dasar yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO semuanya mereka kritik dan kutuk, tetapi sebaliknya kini setelah menjadi kerajaan mereka hanya tahu menukar nama sahaja terhadap semua yang diilhamkan oleh kerajaan dahulu, ibarat ‘lembu punya susu sapi dapat nama’.
Oleh itu, mana lagi teruk, yang dituduh gagal selama 61 tahun ke atau hanya tukar nama sahaja apa-apa yang pernah dikutuk dulu?
Sebangsat-bangsat #UMNO, sehina-hina UMNO, dan seburuk-buruk UMNO yang dicaci, adalah lebih baik dari #PH sekarang #kerajaanph #copypaste.
Penjenamaan semula Pusat Transformasi Bandar dan Desa, Klinik 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia dan terbaharu, penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan adalah beberapa contoh dasar yang dahulunya menjadi mangsa kutukan PH, tetapi kini terpaksa mereka buat pusingan ‘U’ atau ‘menelan kembali kahak mereka’ kerana keberkesanan dasar tersebut dengan mengubah namanya sahaja.tetapi intipati konsepnya adalah sama.
Kesimpulannya PH ialah sebuah gabungan parti yang hanya inginkan kuasa sahaja, tetapi tiada idea dan hala tuju untuk berkhidmat untuk kepentingan rakyat dan negara. Kepakaran PH ialah menipu rakyat demi untuk berkuasa dan membuat pusingan ‘U’ apabila sesuatu idea itu gagal dilaksanakan dan terus melaksanakan ‘copy paste’..
No comments:
Post a Comment