Tuesday 15 January 2019

UMNO SAH SAMAN 2 BEKAS AHLINYA KELUAR PARTI DAN 6 BEKAS AHLINYA YANG KELUAR PARTI, MUNGKIN KEMBALI KE PANGKUAN UMNO


15 JAN: UMNO mengesahkan writ saman sudah dihantar kepada dua Ahli Parlimen yang keluar parti itu baru-baru ini.
Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata wakil rakyat itu adalah Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali yang baru sahaja menyertai PPBM.
“Peguam kita telah menghantar writ saman kepada mereka,” katanya ketika ditemui media di program bersama belia di Tanah Rata malam tadi.
Sementara itu, Annuar mengesahkan dia ada mendengar khabar enam bekas Ahli Parlimen UMNO akan kembali menyertai parti itu.
Beliau berkata perkara itu ada dibincangkan tetapi menyarankan media menghubungi individu berkenaan.
“Borang belum sampai di meja saya,” katanya.
Annur berkata UMNO sebenarnya memahami situasi yang mendorong orang-orang berkenaan keluar parti.
“Tidak sampai berpatah arang, berkerat rotan. Mereka semua kawan-kawan kita,” katanya.

No comments:

Post a Comment