23 JAN: Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong mendakwa Lim Guan Eng tidak tahu malu apabila Menteri Kewangan itu mempertahankan kenyataannya bahawa peningkatan kutipan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 2018 adalah hasil strategi kerajaan Pakatan Harapan.
“Guan Eng, kita semua pernah membayar cukai syarikat. Semua orang tahu cukai yang kita bayar tahun ini adalah untuk tahun kewangan sebelumnya,” kata Presiden MCA itu.
Malah, katanya, rakyat juga tahu kutipan cukai LHDN lebih tinggi kerana hasil dari cukai petroleum untuk tahun 2018 adalah lebih tinggi berbanding tahun 2017 kerana harga minyak dunia meningkat semasa pemerintahan kerajaan BN.
Persoalannya sekarang, adakah Guan Eng juga mahu ambil kredit di atas kenaikan harga minyak dunia.
“Jangan kelentonglah Guan Eng! Semua ini tidak ada kena-mengena dengan cerita ‘strategi PH yang lebih baik’ seperti yang cuba dijaja oleh beliau,” ujarnya.
Ahli Parlimen Ayer Hitam itu turut mempersoalkan jika kutipan hasil Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) meningkat 34 peratus, melebihi daripada sasaran mengapa Kementerian Kewangan memperluaskan lagi skop kutipan cukai berkenaan. Adalah jelas di sini bahawa hakikatnya tidak ada peningkatan, cuma beliau hanya mahu digembar gemburkan bertujuan untuk menipu rakayat. Jika ada tunjukkan buktinya bukan hanya bercakap sahaja.
Seperti yang dimaklumkan, cukai SST akan diperluaskan kepada perkhidmatan pengendalian taman hiburan, penyediaan pembrokeran dan penaja jaminan, pembersihan termasuk kedai dobi dan penyediaan latihan bermula 1 Mac 2019 ini.
Menurut Jabatan Kastam, ia melibatkan antara 5,000-10,000 buah syarikat.
Sambil menyatakan rasa hairan, Ka Siong mempersoalkan tidakkah tindakan meluaskan skop SST itu akan membebankan golongan pendapatan rendah (B40).
“Pekerja kilang nak basuh baju di kedai dobi pun dikenakan SST, anak muda yang mahu mempertingkatkan diri dengan menyertai kursus latihan, golongan B40 nak “lepas tension” bawa anak-anak ke taman hiburan pun kena SST. Aduh malang sekali kerajaan penipu!,” katanya.
Ka Siong berkata, beliau hairan dengan keputusan meluaskan skop kutipan SST itu memandangkan Guan Eng berkali-kali memberi jaminan di Dewan Rakyat bahawa SST tidak membebankan rakyat.Sekarang, apa sudah jadi?
“Apa yang nyata sekali, segala pengumuman popular, sudah pasti kredit diambil oleh Guan Eng kononnya beliau seorang yang berjiwa rakyat. Tetapi hakikatnya adalah hampas dan rakyat dibebankan.
“Tetapi apabila ada sahaja pengumuman tentang perluasan skop kutipan SST, dia lari pula. Akhirnya Ketua Pengarah Jabatan Kastam terpaksa membuat pengumuman yang dianggap tidak popular.
“Kasihan Ketua Pengarah KASTAM!,” tambah Ka Siong.
Kesimpulannya di sini Guan Eng telah menipu rakyat di siang hari dengan menggunakan media TV3. Ia itu sebuah media arus perdana yang sudah dicucuk hidung seperti lembu.
No comments:
Post a Comment