Sunday 6 January 2019

TUN M MAMPU MENSUCI SESUCINYA DAN MEMBURUK SEBURUKNYA SESAORANG ITU SEKIRA BELIAU MAHU

Kelebihan Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun M) adalah kemampuannya menysucikan secucinya sesaorang itu jika dia mahu.
Begitu juga Perdana Menteri (PM) kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu mampu memburuk seburuknya seseorang itu jika dia mahu.
Sebenarnya itulah kelebihan Tun M. Dia boleh mensucikan sesucinya seseorang dan boleh menjadikan seseorang itu dilihat buruk sebagai manusia paling buruk atau jahat.
Ini yang beliau buat pada Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Anwar mulanya dijadikan manusia paling jijik. Kemudian menjadi bersih dan bakal jadi PM. Begitu juga Lim Guan Eng.
Begitu juga beliau cuba lakukan terhadap Najib (Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak) dan Zahid Hamidi (Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi) kononnya seorang pencuri atau perasuah.
Berdasrkan kenyataan Tun M di sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) baru-baru ini yang berkata tiada perbincangan mengenai kenyataan kontroversi Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman, Naib Presiden parti pimpinannya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Maksudnya tiada tindakan disiplin akan diambil ke atasnya beliau(Ab Rashid).
Ketika Perhimpunan Agung Tahunan parti tersebut minggu lalu, Ab Rashid di dalam ucapannya menggelar ahli parti PPBM yang membantah pemberian jawatan dan kontrak kerajaan kepada pimpinan parti sebagai ‘pandangan bodoh’ serta menggesa mereka mesti memenangi pilihan raya dengan apa cara sekalipun.
Tambah lagi Ab Rashid juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya (ERC) yang dilantik oleh Tun M.
Oleh yang demikian bagaimana dia (Ab Rashid) mahu melakukan reformasi sistem pilihan raya sedangkan pemikirannya dikuasai oleh jiwa kotor, salah guna kuasa dan perasuah?
Persoalan disini kenapa BERSIH diam membisu kerana Tan Sri Ab Rashid juga melibatkan Jawatankauasa Khas Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya? Adakah kerana beliau telah disucikan oleh Tun M maka BERSIH terpaksa diam membisu?

No comments:

Post a Comment