Tuesday, 29 January 2019

WAN AZIZAH BODOH ATAU ANWAR YANG PERLI TUN MAHATHIR ?


1. Wan Azizah semalam mengulangi episod bodoh Liew Chin Tong dari DAP yang mengatakan masyarakat Orang Asli mungkin menyangka BN masih memerintah Malaysia. Ini ekoran kekalahan besar PH yang tidak disangka sama sekali. Begitu besar impak kemenangan di PRK Cameron Highlands hingga kebanyakan pemimpin PH mengeluarkan kenyataan ‘medium well‘ meroyan atau meroyan ‘well done‘.
2. Wan Azizah telah menghina masyarakat Orang Asli dan rakyat Malaysia amnya dengan kenyataan yang mengatakan mungkin Orang Asli masih berfikiran Tun Mahathir itu dari BN. Kebodohan tahap apakah ini? Tun Hamid Mohamad bekas Ketua Hakim Negara pernah membayangkan apa akan jadi pada negara jika ‘nenek kipas’ ini dilantik ke jawatan penting negara. Barangkali inilah sebab musababnya.
3. Barangkali juga inilah TPM paling bodoh dalam sejarah Malaysia. Semua orang tahu setakat mana kebolehan Wan Azizah. Menjadi menteri sahaja sudah tidak layak, apatah lagi Timbalan Perdana Menteri. Beliau di jawatan sekarang semata-mata atas kepentingan politik. Sekurang-kurangnya apabila telah dilantik ke jawatan itu, pandanglah ke hadapan. Perbaiki prestasi diri atau simpan sikit kebodohan tersebut. Inilah realiti TPM Malaysia sekarang.
4. Berbalik kepada kenyataan Wan Azizah bahawa Tun Mahathir mungkin masih BN, mungkin ada maksud tersirat tersirat di sebaliknya atau atau ada tangan ghaib di belakang Wan Azizah. Adakah kenyataan ini keluar ekoran dari kenyataan Tun Mahathir yang sangat mendambakan bintang kebesaran KSM (Kerja Sampai Mati)? Apabila Tun Mahathir mengeluarkan kenyataan ini walaupun dengan nada sinis, ia akan memanaskan ‘punggung’ seseorang.
5. Tambahan pula kenyataan Tun Mahathir itu disambut dengan rasa syukur dan sokongan Timbalan Presiden PKR. Lagi panaslah ‘punggung’ seseorang itu. Kebelakangan ini begitu banyak kenyataan “pukul anak sindir menantu” dari pimpinan PH khususnya dari PPBM. Kadir Jasin (MT PPBM) pernah menyatakan Datuk Seri Najib kini memulakan ‘delay tactics‘ dalam kes mahkamah beliau sedangkan perbicaraan belumpun bermula.
6. Sebaliknya satu dunia tahu siapa yang telah terbukti bermain ‘delay tactics‘ di mahkamah hingga perbicaraan terpaksa dirangguhkan lebih 60 kali! Apabila Tun Mahathir menyebut bahawa orang yang mendapat pengampunan adalah orang yang bersalah, pastinya Anwar Ibrahim amat terasa sekali. Pendirian Tun Mahathir amat jelas, suami kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia adalah pesalah dalam kes liwat.
7. Semua ini tentunya merobek hati Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Nurul Izzah dan keluarga mereka. Salah mereka juga yang percaya dan yakin dengan Tun Mahathir. Berlakonlah sebaik manapun, namun bahasa tubuh tidak pernah berbohong.
Dan apabila Wan Azizah mengeluarkan kenyataan mengaitkan Tun Mahathir mungkin masih bersama BN, itu adalah cerminan ketidakpuasan hati mereka kepada Tun Mahathir. Sama ada Wan Azizah mengeluarkan kenyataan itu atas kehendak beliau atau bertindak bagi pihak Anwar Ibrahim, kita nanti sahaja episod seterusnya dari drama ini.
Siapkan stok pop-corn banyak-banyak…

No comments:

Post a Comment