Saturday 19 January 2019

MENTERI UNDANG UNDANG, KETUA HAKIM NEGARA DAN PEGUAM NEGARA SERONOK BERJOGET BERSAMA NI, PEMBUNUH ADIB DAH DITANGKAP KE?


Tahniah kepada semua penyokong tegar Pakatan Harapan yang belumi insaf akan kesilapan mereka pada 9 Mei, 2018 #MalaysiaMemilih.  

Kebijaksanaan andalah yang telah menyebabkan seluruh rakyat negara ini menanggung kesan “Rule of Law” bertukar menjadi “Law of the Jungle”.

Setelah lingkup sistem perundangan kita dibuatnya, semua perasuah dan penjenayah DAP, PKR dan PPBM seperti Guan Eng, Phang Li Khoon, Sivarasa Rasiah, Eric Paulsen, Tony Pua, Hassan Karim, Tamrin Ghafar dan lain-lain digugurkan dari pertuduhan ke atas mereka, kini Menteri jaga Undang-Undang Pakatan Harapan, Liew Vui Keong, Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum dan Peguam Negara, Tommy Thomas boleh berronggeng diatas pentas bersama penuh kegirangan.

Saya nak tanya pada 3 manusia ini, Kes Adib dah bicara ke?  Pembunuh adib dah didakwa ke? Inkues untuk cari punca kematian Adib dah mula ke?  

4 tertuduh yang didakwa cuba membunuh Adib dibawah Seksyen 307 Kanun Kesiksaan sudah didakwa dibawah Seksyen 302 kerana membunuh ke?

 Adakah 4 tertuduh ini masih di Malaysia atau sudah lari kenegara yang mengharamkan hukuman mati?

Hmmmm, sah memang Pakatan Tiada Harapan.  Jogetlah dulu, kes Adib tak sepenting malam muda mudi ini kan?

Kenapa tak ajak Atuk sekali baru lengkap makna “Law of The Jungle tu?


No comments:

Post a Comment