Sunday, 6 January 2019

TIDAK PERNAH BERLAKU SEJARAH MALAYSIA RAKYAT MEMBERI SUBSIDI MINYAK KEPADA KERAJAAN YANG MEMERINTAH


6JAN: Setelah rakyat mensubsidikan kerajaan selama hampir dua bulan, akhirnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) baru sedar untuk menurunkan harga minyak.
Akhirnya kerajaan PH tunduk kepada gesaan rakyat apatah lagi harga minyak dunia telah lama turun.
Alhamdulillah, selepas disedarkan dan digesa oleh rakyat baharulah kerajaan PH men
gumumkan harga pasaran minyak dunia yang baru. Seandainya tidak digesa dan disedarkan sudah tentu rakyat dan pengguna akan terus mensubsidikan kerajaan selama hampir dua bulan… akhirnya mereka terpaksa tunduk dan turunkan harga yang mana harga minyak dunia dah lama turun.
Setelah berkali bertangguh dan membuat pusingan U, kelmarin, Kementerian Kewangan menetapkan harga runcit produk petroleum dilaksanakan secara mingguan mulai 12 tengah malam semalam dengan harga RON95 serta RON97 diturunkan sebanyak 27 sen menjadi RM1.93 dan RM2.23 seliter, manakala harga diesel turun 14 sen menjadi RM2.04 seliter.
Kami rakyat berpendapat bahawa penurunan harga minyak bukan kerana kehebatan kerajaan PH, sebaliknya selepas pendedahan demi pendedahan dibuat oleh rakyat bahawa kerajaan PH ‘merompak’ duit rakyat kerana masih tidak mahu menurunkan harga runcit produk petroleum tersebut walaupun harga dunia sudah lama menunjukkan trend semakin menurun.
Setelah didedah oleh rakyat yang minyak mesti diturunkan, akhirnya rejim #PH setuju untuk menurunkannya.
Adakah penurunan harga minyak kerana kehebatan kerajaan PH? Tidak sama sekali. Harga Minyak #Malaysia turun disebabkan penurunan harga pasaran minyak dunia. Oleh itu, rakyat sekali lagi jangan tertipu kononnya kerajaan PH mampu menurunkan harga minyak apabila berkuasa.
Yang mereka mampu hanyalah menipu rakyat dengan mengekal harga minyak lama walaupun harga pasaran minyak dunia sudah lama turun.
“Itu pun setelah banyak hari mereka ‘merompak’ duit rakyat yang mebeli RON95 dengan harga RM2.20.
 Hakikatnya perkara ini telah pun diberi amaran oleh mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui twiter beliau dua bulan yang lepas sebelum pengumuman harga baru oleh kerajaan PH.
KERAJAAN PH ADALAH KERAJAAN PENIPU !!!!!!

No comments:

Post a Comment