26 JAN: Kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) P078 Cameron Highlands adalah yang termanis buat Barisan Nasional (BN) setelah tewas pada empat PRK sebelum ini.
Kemenangan ini juga merupakan isyarat buat Pakatan Harapan yang rakyat tidak lagi puas hati dengan pentadbiran hari ini yang berasaskan pendustaan.
Pastinya ini adalah kemenangan yang manis buat BN setelah 4 kali kita gagal, di Balakong, Sri Setia, Sungai Kandis, Port Dickson, ini juga adalah pembakar semangat kepada jentera parti kita yang masih kerja kuat di bawah BN, walaupun kita tidak lagi tadbir kerajaan, tapi kita masih lagi terus berkhidmat untuk sejahterakan rakyat
Kami yakin rakyat dah buka mata, rakyat dah buat referendum dalam PRK Cameron Highlands, masing-masing terjemahkan rasa tak puas hati kepada Pakatan Harapan, tidak tepati janji, dan ia benar-benar menghampakan rakyat.
Pakatan Harapan jangan ambil kesempatan, ini perasaan yang rakyat sedang hadapi sekarang ini.
Kemenangan yang besar buat BN pada kali ini juga adalah bantuan kerjasama dengan PAS yang turut turun padang untuk berkempen demi memenangkan calon BN, Ramli Mohd Nor.
Kerjasama bantuan daripada PAS terutamanya dalam PRK sangat membantu BN kerana telah memberikan kepercayaan kepada kita. Ini adalah strategi terbaik untuk teruskan kerjasama bagi memastikan supaya penyatuan ummah dapat diperkasakan
.
No comments:
Post a Comment